. . .بسم الله الرحمن الرحيم

Wednesday, 11 April 2012

.:: Peringatan Untuk Anak Adam ::.


 Gempa berukuran 8.9 skala Richter melanda Semeuleu, Aceh. Gempa ini terjadi pada 03.38 petang waktu tempatan.

Amaran tsunami :

GEORGETOWN, PENANG: ESTIMATED TIME OF
TSUNAMI HITTING THE COAST AT 9.11PM

PORT DICKSON: ESTIMATED TIME OF TSUNAMI
HITTING THE COAST AT 2.10AM

SINGAPORE TSUNAMI ALERT: ESTIMATED TIME OF
TSUNAMI: 7.51AM TOMORROW

PLEASE ALERT ALL YOUR FAMILIES AND FRIENDS
WHO ARE STAYING ON WEST COAST OF MALAY PENINSULA.
---

9:11 - Oleh itu, jika mereka bertaubat (dari
kekufuran), dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat, maka mereka itu adalah saudara
kamu yang seugama; dan Kami menjelaskan ayat-ayat keterangan Kami satu persatu bagi kaum yang
mahu mengetahui.

2:10 - Dalam hati mereka (golongan yang munafik
itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki),
maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada
mereka; dan mereka pula akan beroleh azab seksa
yang tidak terperi sakitnya, dengan sebab mereka
berdusta (dan mendustakan kebenaran).

7:51 - (Tuhan berfirman: Orang-orang kafir itu ialah) orang-orang yang menjadikan perkara-
perkara ugama mereka sebagai hiburan yang
melalaikan dan permainan, dan orang-orang yang telah terpedaya dengan kehidupan dunia (segala
kemewahannya dan kelazatannya). Oleh itu, pada
hari ini (hari kiamat), Kami lupakan (tidak hiraukan)
mereka sebagaimana mereka telah lupa (tidak
hiraukan persiapan-persipan untuk) menemui hari
mereka ini, dan juga kerana mereka selalu
mengingkari ayat-ayat keterangan Kami .

~ sebagai peringatan buat mereka yg lalai =(


Friday, 6 April 2012

♥ TERSURAT & TERSIRAT : LELAKI dan WANITA ♥



Wanita...
Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki.

Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.

Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri. Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.

Pernahkah kita lihat sebaliknya??
Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.

Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya . Bukankah ibu adalah seorang wanita ?

Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya , manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan
anak-anak.

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabk an terhadap 4 wanita :
1. ibunya ,
2. isterinya ,
3.anak perempuannya , dan
4. saudara perempuannya.

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini :
1. suaminya,
2. ayahnya,
3. anak lelakinya dan
4. saudara lelakinya .



Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja :
1. sembahyang 5 waktu
2. puasa di bulan Ramadhan
3. taat suaminya dan
4. menjaga kehormatannya .

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.
Mas yaALLAH.. .sayangnya ALLAH pada wanita ....

Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki , tetapi ingatlah wahai lelaki...kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi
pemimpin...maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya. supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA..


p/s : sila share ilmu ini ,kerna ilmu ini datangnya dr ALLAH SWT . .