. . .بسم الله الرحمن الرحيم

Friday, 8 February 2013

.:: Memahami Surah Al- Kahfi ::.







Bismillahirahmanirrahim ...

Assalamualaikum wbt (:

Alhamdulillah ,jumaat penghulu segala hari kembali bertamu . Amalan² sunat di hari mulia ini in sha Allah dapat dilakukan dengan sempurna oleh seluruh umat Islam .Antaranya dengan membaca surah al-Kahfi ,seperti sabda Rasulullah saw :“Barangsiapa yang membaca surat Al-Kahfi, ia akan terjaga selama delapan hari dari setiap fitnah, jika Dajjal keluar dalam delapan hari Allah akan menjaganya dari fitnah Dajjal.” Hadis ini bersumber dari Ubay bin Ka’b dari Nabi saw. (Tafsir Nur Ats-Tsaqalayn 3: 242)

Imam Ja’far Ash-Shadiq (sa) berkata:“Barangsiapa yang membaca surat Al-Kahfi setiap malam Jum’at, ia tak akan mati kecuali mati syahid, Allah akan membangkitkannya sebagai orang yang syahid, dan pada hari kiamat ia akan bersama orang-orang yang syahid.” (Tafsir Nur Ats-Tsaqalayn 3: 242)


Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani

1 - Segala puji tertentu bagi Allah yang telah menurunkan kepada hambaNya (Muhammad), Kitab suci Al-Quran, dan tidak menjadikan padanya sesuatu yang bengkok (terpesong)

2- (Bahkan keadaannya) tetap benar lagi menjadi pengawas turunnya Al-Quran untuk memberi amaran (kepada orang-orang yang ingkar) dengan azab yang seberat-beratnya dari sisi Allah, dan memberi berita gembira kepada orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka akan beroleh balasan yang baik.

3- Mereka tinggal tetap dalam (balasan yang baik) itu selama-lamanya.

4- Dan juga Al-Quran itu memberi amaran kepada orang-orang yang berkata:" Allah mempunyai anak".

5- (Sebenarnya) mereka tiada mempunyai sebarang pengetahuan mengenainya, dan tiada juga bagi datuk nenek mereka; besar sungguh perkataan syirik yang keluar dari mulut mereka; mereka hanya mengatakan perkara yang dusta.

6- Maka jangan-jangan pula engkau (wahai Muhammad), membinasakan dirimu disebabkan menanggung dukacita terhadap kesan-kesan perbuatan buruk mereka, jika mereka enggan beriman kepada keterangan Al-Quran ini.

7- Sesungguhnya Kami telah jadikan apa yang ada di muka bumi sebagai perhiasan baginya, kerana kami hendak menguji mereka, siapakah di antaranya yang lebih baik amalnya. 

8- Dan sesungguhnya Kami akan jadikan apa yang ada di bumi itu (punah-ranah) sebagai tanah yang tandus.

9- Adakah engkau menyangka (wahai Muhammad), bahawa kisah "Ashaabul Kahfi" dan "Ar-Raqiim" itu sahaja yang menakjubkan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Kami?

10- (Ingatkanlah peristiwa) ketika serombongan orang-orang muda pergi ke gua, lalu mereka berdoa: "Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami".

11- Lalu Kami tidurkan mereka dengan nyenyaknya dalam gua itu, bertahun-tahun, yang banyak bilangannya.

12- Kemudian Kami bangkitkan mereka (dari tidurnya), untuk Kami menguji siapakah dari dua golongan di antara mereka yang lebih tepat kiraannya, tentang lamanya mereka hidup (dalam gua itu).

13- Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk.

14- Dan Kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian), semasa mereka bangun (menegaskan tauhid) lalu berkata: "Tuhan kami ialah Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi; kami tidak sekali-kali akan menyembah Tuhan yang lain dari padanya; jika kami menyembah yang lainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui sesuatu yang jauh dari kebenaran."

15- (Mereka berkata pula sesama sendiri): "Kaum kita itu, menyembah beberapa tuhan yang lain dari Allah; sepatutnya mereka mengemukakan keterangan yang nyata yang membuktikan ketuhanan makhluk-makhluk yang mereka sembah itu? (Tetapi mereka tidak dapat berbuat demikian); Maka tidak ada yang lebih zalim dari orang-orang yang berdusta terhadap Allah.

16- Dan oleh kerana kamu telah mengasingkan diri dari mereka dan dari apa yang mereka sembah yang lain dari Allah, maka pergilah kamu berlindung di gua itu, supaya Tuhan kamu melimpahkan dari rahmatnya kepada kamu, dan menyediakan kemudahan-kemudahan untuk (menjayakan) urusan kamu dengan memberikan bantuan yang berguna".

17- Dan engkau akan melihat matahari ketika terbit, cenderung ke kanan dari gua mereka; dan apabila ia terbenam, meninggalkan mereka ke arah kiri, sedang mereka berada dalam satu lapangan gua itu. Yang demikian ialah dari tanda-tanda (yang membuktikan kekuasaan) Allah. Sesiapa yang diberi hidayah petunjuk oleh Allah, maka dia lah yang berjaya mencapai kebahagiaan; dan sesiapa yang disesatkanNya maka engkau tidak sekali-kali akan beroleh sebarang penolong yang dapat menunjukkan (jalan yang benar) kepadanya.

18- Dan engkau sangka mereka sedar, padahal mereka tidur; dan Kami balik-balikkan mereka dalam tidurnya ke sebelah kanan dan ke sebelah kiri; sedang anjing mereka menghulurkan dua kaki depannya dekat pintu gua; jika engkau melihat mereka, tentulah engkau akan berpaling melarikan diri dari mereka, dan tentulah engkau akan merasa sepenuh-penuh gerun takut kepada mereka.

19- Dan demikianlah pula Kami bangkitkan mereka (dari tidurnya), supaya mereka bertanya-tanyaan sesama sendiri. Salah seorang di antaranya bertanya: "Berapa lama kamu tidur?" (sebahagian dari) mereka menjawab: "Kita telah tidur selama sehari atau sebahagian dari sehari". (Sebahagian lagi dari) mereka berkata: "Tuhan kamu lebih menengetahui tentang lamanya kamu tidur; sekarang utuslah salah seorang dari kamu, membawa wang perak kamu ini ke bandar; kemudian biarlah dia mencari dan memilih mana-mana jenis makanan yang lebih baik lagi halal (yang dijual di situ); kemudian hendaklah ia membawa untuk kamu sedikit habuan daripadanya; dan hendaklah ia berlemah-lembut dengan bersungguh-sungguh (semasa di bandar); dan janganlah dia melakukan sesuatu yang menyebabkan sesiapapun menyedari akan hal kamu.

20- "Sesungguhnya, kalaulah mereka mengetahui hal kamu, tentulah mereka akan merejam dengan membunuh kamu, atau mereka akan mengembalikan kamu kepada agama mereka (secara paksa); dan jika berlaku demikian, kamu tidak sekali-kali akan berjaya selama-lamanya".

21- Dan demikianlah Kami dedahkan hal mereka kepada orang ramai supaya orang-orang itu mengetahui bahawa janji Allah menghidupkan semula orang mati adalah benar, dan bahawa hari kiamat itu tidak ada sebarang syak padanya; pendedahan itu berlaku semasa orang-orang itu berbantahan sesama sendiri mengenai perkara hidupnya semula orang mati. Setelah itu maka (sebahagian dari) mereka berkata: "Dirikanlah sebuah bangunan di sisi gua mereka, Allah jualah yang mengetahui akan hal ehwal mereka". orang-orang yang berkuasa atas urusan mereka (pihak raja) pula berkata: "Sebenarnya kami hendak membina sebuah masjid di sisi gua mereka".

22- (Sebahagian dari) mereka akan berkata: "Bilangan Ashaabul Kahfi itu tiga orang, yang keempatnya ialah anjing mereka "; dan setengahnya pula berkata:"Bilangan mereka lima orang, yang keenamnya ialah anjing mereka" - secara meraba-raba dalam gelap akan sesuatu yang tidak diketahui; dan setengahnya yang lain berkata: "Bilangan mereka tujuh orang, dan yang kedelapannya ialah anjing mereka". Katakanlah (wahai Muhammad): "Tuhanku lebih mengetahui akan bilangan mereka, tiada yang mengetahui bilangannya melainkan sedikit". Oleh itu, janganlah engkau berbahas dengan sesiapapun mengenai mereka melainkan dengan bahasan (secara sederhana) yang nyata (keterangannya di dalam Al-Quran), dan janganlah engkau meminta penjelasan mengenai hal mereka kepada seseorangpun dari golongan (yang membincangkannya).

23- Dan janganlah engkau berkata mengenai sesuatu (yang hendak dikerjakan): "Bahawa aku akan lakukan yang demikian itu, kemudian nanti".

24- Melainkan (hendaklah disertakan dengan berkata): "Insya Allah". Dan ingatlah serta sebutlah akan Tuhanmu jika engkau lupa; dan katakanlah: "Mudah-mudahan Tuhanku memimpinku ke jalan petunjuk yang lebih dekat dan lebih terang dari ini".

25- Dan mereka telah tinggal tidur dalam gua mereka: Tiga ratus tahun dengan kiraan Ahli Kitab), dan sembilan lagi (dengan kiraan kamu).

26- Katakanlah (wahai Muhammad): "Allah jua yang mengetahui tentang masa mereka tidur; bagiNya lah tertentu ilmu pengetahuan segala rahsia langit dan bumi; terang sungguh penglihatanNya (terhadap segala-galanya)! Tidak ada bagi penduduk langit dan bumi pengurus selain daripadaNya dan Ia tidak menjadikan sesiapapun masuk campur dalam hukumNya.

27- Dan baca serta turutlah apa yang diwahyukan kepadamu dari kitab Tuhanmu; tiada sesiapa yang dapat mengubah kalimah-kalimahNya; dan engkau tidak sekali-kali akan mendapat tempat perlindungan selain daripadaNya.

28- Dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang beribadat kepada Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredaan Allah semata-mata; dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia; dan janganlah engkau mematuhi orang yang Kami ketahui hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami di dalam Al-Quran, serta ia menurut hawa nafsunya, dan tingkah-lakunya pula adalah melampaui kebenaran.

29- Dan katakanlah (wahai Muhammad): "Kebenaran itu ialah yang datang dari Tuhan kamu, maka sesiapa yang mahu beriman, hendaklah ia beriman; dan sesiapa yang mahu kufur ingkar, biarlah dia mengingkarinya". Kerana Kami telah menyediakan bagi orang-orang yang berlaku zalim itu api neraka, yang meliputi mereka laksana khemah; dan jika mereka meminta pertolongan kerana dahaga, mereka diberi pertolongan dengan air yang seperti tembaga cair yang membakar muka; amatlah buruknya minuman itu, dan amatlah buruknya neraka sebagai tempat bersenang-senang.

30-Sebenarnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh sudah tetap Kami tidak akan menghilangkan pahala orang-orang yang berusaha memperbaiki amalnya.

31- Mereka itu, disediakan baginya syurga yang kekal, yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; mereka dihiaskan di dalamnya dengan gelang-gelang tangan emas, dan memakai pakaian hijau dari sutera yang nipis dan sutera tebal yang bersulam; mereka berehat di dalamnya dengan berbaring di atas pelamin-pelamin (yang berhias). Demikian itulah balasan yang sebaik-baiknya dan demikian itulah Syurga tempat berehat yang semolek-moleknya.

32- Dan berikanlah kepada mereka satu contoh: Dua orang lelaki, Kami adakan bagi salah seorang di antaranya, dua buah kebun anggur; dan Kami kelilingi kebun-kebun itu dengan pohon-pohon tamar, serta Kami jadikan di antara keduanya, jenis-jenis tanaman yang lain.

33-Kedua-dua kebun itu mengeluarkan hasilnya, dan tiada mengurangi sedikitpun dari hasil itu; dan kami juga mengalirkan di antara keduanya sebatang sungai.

34- Tuan kebun itu pula ada mempunyai harta (yang lain); lalu berkatalah ia kepada rakannya, semasa ia berbincang dengannya: "Aku lebih banyak harta daripadamu, dan lebih berpengaruh dengan pengikut-pengikutku yang ramai".

35- Dan ia pun masuk ke kebunnya (bersama-sama rakannya), sedang ia berlaku zalim kepada dirinya sendiri (dengan sebab kufurnya), sambil ia berkata: "Aku tidak fikir, kebun ini akan binasa selama-lamanya.

36- Dan aku tidak fikir, hari kiamat kan berlaku; dan kalaulah aku dikembalikan kepada Tuhanku (sebagaimana kepercayaanmu), tentulah aku akan mendapat tempat kembali yang lebih baik daripada ini.

37- berkatalah rakannya kepadanya, semasa ia berbincang dengannya: "Patutkah engkau kufur ingkar kepada Allah yang menciptakan engkau dari tanah, kemudian dari air benih, kemudian Ia membentukmu dengan sempurna sebagai seorang lelaki?

38- Tetapi aku sendiri percaya dan yakin dengan sepenuhnya bahawa Dia lah Allah, Tuhanku, dan aku tidak sekutukan sesuatu pun dengan Tuhanku.

39- Dan sepatutnya semasa engkau masuk ke kebunmu, berkata: (Semuanya ialah barang yang dikehendaki Allah)! (tiada daya dan upaya melainkan dengan pertolongan Allah)? Kalau engkau memandangku sangat kurang tentang harta dan anak, berbanding denganmu,

40- Maka mudah-mudahan Tuhanku akan mengurniakan daku lebih baik daripada kebunmu, dan (aku bimbang) dia akan menimpakannya dengan bala, bencana dari langit, sehinggalah menjadilah kebunmu itu tanah yang licin tandus.

41-Ataupun air kebun itu akan menjadi kering ditelan bumi, maka dengan yang demikian, engkau tidak akan dapat mencarinya lagi".

42-Dan segala tanaman serta hartabendanya itupun dibinasakan, lalu jadilah ia membalik-balikkan kedua tapak tangannya (kerana menyesal) terhadap segala perbelanjaan yang telah dibelanjakannya pada kebun-kebunnya, sedang kebun-kebun itu runtuh junjung-junjung tanamannya; sambil dia berkata: "Alangkah baiknya kalau aku tidak sekutukan sesuatupun dengan Tuhanku!"

43- Dan ia tidak mendapat sebarang golongan yang boleh menolongnya, selain dari Allah; dan ia pula tidak dapat membela dirinya sendiri.

44-Pada saat yang sedemikian itu kekuasaan memberi pertolongan hanya tertentu bagi Allah, Tuhan yang sebenar-benarnya; Dia lah sebaik-baik pemberi pahala, dan sebaik-baik pemberi kesudahan yang berbahagia (kepada hamba-hambaNya yang taat).

45-Dan kemukakanlah kepada mereka misal perbandingan: Kehidupan dunia ini samalah seperti air yang Kami turunkan dari langit, lalu bercampur aduklah tanaman di bumi antara satu sama lain (dan kembang suburlah ia) disebabkan air itu; kemudian menjadilah ia kering hancur ditiup angin; dan (ingatlah) adalah Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

46-Harta benda dan anak pinak itu, ialah perhiasan hidup di dunia; dan amal-amal soleh yang kekal faedahnya itu lebih baik pada sisi Tuhanmu sebagai pahala balasan, dan lebih baik sebagai asas yang memberi harapan.

47-Dan (ingatkanlah) hari Kami bongkar dan terbangkan gunung-ganang dan engkau akan melihat (seluruh) muka bumi terdedah nyata; dan Kami himpunkan mereka (di padang Mahsyar) sehingga Kami tidak akan tinggalkan seorangpun dari mereka.

48-Dan mereka tetap akan dibawa mengadap Tuhanmu dengan berbaris teratur, (sambil dikatakan kepada mereka): "Kamu sekarang telah datang kepada Kami - (berseorangan) sebagaimana Kami telah jadikan kamu pada mulanya; bahkan kamu dahulu menyangka, bahawa kami tidak akan menjadikan bagi kamu masa yang tertentu (untuk melaksanakan apa yang Kami telah janjikan)".

49-Dan "Kitab-kitab Amal" juga tetap akan dibentangkan, maka engkau akan melihat orang-orang yang berdosa itu, merasa takut akan apa yang tersurat di dalamnya; dan mereka akan berkata:" Aduhai celakanya kami, mengapa kitab ini demikian keadaannya? Ia tidak meninggalkan yang kecil atau yang besar, melainkan semua dihitungnya!" Dan mereka dapati segala yang mereka kerjakan itu sedia (tertulis di dalamnya); dan (ingatlah) Tuhanmu tidak berlaku zalim kepada seseorangpun.

50-Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat: "Sujudlah kamu kepada Adam"; lalu mereka sujud melainkan iblis; ia adalah berasal dari golongan jin, lalu ia menderhaka terhadap perintah Tuhannya. Oleh itu, patutkah kamu hendak menjadikan iblis dan keturunannya sebagai sahabat-sahabat karib yang menjadi pemimpin selain daripadaku? Sedang mereka itu ialah musuh bagi kamu. Amatlah buruknya bagi orang-orang yang zalim: pengganti yang mereka pilih itu.

51-Aku tidak memanggil mereka menyaksi atau membantuKu menciptakan langit dan bumi, dan tidak juga meminta bantuan setengahnya untuk menciptakan setengahnya yang lain; dan tidak sepatutnya Aku mengambil makhluk-makhluk yang menyesatkan itu sebagai pembantu.

52-Dan (ingatkanlah) masa Allah berfirman: "Panggilah sekutu-sekutuKu yang kamu katakan itu (untuk menolong kamu); lalu mereka memanggilnya, tetapi sia-sia sahaja, kerana makhluk-makhluk itu tidak menyahut seruan mereka: dan kami jadikan untuk mereka bersama sebuah tempat azab yang membinasakan.

53-Dan orang-orang yang berdosa itu tetap akan melihat neraka, maka yakinlah mereka, bahawa mereka akan jatuh ke dalamnya dan mereka tidak akan mendapati sebarang jalan untuk mengelakkan diri daripadanya.

54-Dan demi sesungguhnya Kami telah huraikan dengan berbagai-bagai cara di dalam Al-Quran ini untuk umat manusia, dari segala jenis contoh bandingan; dan sememangnya manusia itu, sejenis makhluk yang banyak sekali bantahannya.

55-Dan tiada yang menghalang manusia daripada beriman, ketika datang petunjuk Al-Quran kepada mereka, dan daripada memohon ampun kepada Tuhan mereka, melainkan (kerana kedegilan mereka dan kerana mereka) menunggu didatangi azab yang memusnahkan yang telah menimpa orang-orang dahulu, atau di datangi azab yang dilihat dan dihadapi.

56-Dan tidak Kami mengutus Rasul-rasul, melainkan sebagai pemberi berita gembira dan pemberi amaran; dan orang-orang yang kafir membantah dengan alasan yang salah untuk menghapuskan kebenaran dengan bantahan itu; dan mereka jadikan ayat-ayatku, dan amaran yang diberikan kepada mereka sebagai ejek-ejekan.

57-Dan tidaklah ada yang lebih zalim daripada orang yang diberi ingat dengan ayat-ayat Tuhannya, lalu ia berpaling daripadanya dan lupa akan apa yang telah dilakukan oleh kedua tangannya; sesungguhnya (disebabkan bawaan mereka yang buruk itu) Kami jadikan tutupan berlapis-lapis atas hati mereka, menghalang mereka daripada memahaminya, dan (Kami jadikan) pada telinga mereka penyumbat (yang menyebabkan mereka pekak). Dan jika engkau menyeru mereka kepada petunjuk, maka dengan keadaan yang demikian, mereka tidak sekali-kali akan beroleh hidayah petunjuk selama-lamanya.

58-Dan Tuhanmu Maha Pengampun, lagi melimpah-limpah rahmatnya. Jika Ia mahu menyeksa mereka (di dunia) disebabkan apa yang mereka telah usahakan, tentulah Ia akan menyegerakan azab itu menimpa mereka; (tetapi Ia tidak berbuat demikian) bahkan ditentukan bagi mereka satu masa yang mereka tidak sekali-kali akan dapat sebarang tempat perlindungan, yang lain daripadanya.

59-Dan penduduk negeri-negeri (yang derhaka) itu Kami telah binasakan ketika mereka melakukan kezaliman, dan Kami telah tetapkan satu masa yang tertentu bagi kebinasaan mereka.

60-Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Nabi Musa berkata kepada temannya: "Aku tidak akan berhenti berjalan sehingga aku sampai di tempat pertemuan dua laut itu atau aku berjalan terus bertahun-tahun".

61-Maka apabila mereka berdua sampai ke tempat pertemuan dua laut itu, lupalah mereka akan hal ikan mereka, lalu ikan itu menggelunsur menempuh jalannya di laut, yang merupakan lorong di bawah tanah.

62-Setelah mereka melampaui (tempat itu), berkatalah Nabi Musa kepada temannya: "Bawalah makan tengah hari kita sebenarnya kita telah mengalami penat lelah dalam perjalanan kita ini".

63-Temannya berkata: "Tahukah apa yang telah terjadi ketika kita berehat di batu besar itu? Sebenarnya aku lupakan hal ikan itu; dan tiadalah yang menyebabkan aku lupa daripada menyebutkan halnya kepadamu melainkan Syaitan; dan ikan itu telah menggelunsur menempuh jalannya di laut, dengan cara yang menakjubkan".

64-Nabi Musa berkata: "Itulah yang kita kehendaki "; merekapun balik semula ke situ, dengan menurut jejak mereka.

65-Lalu mereka dapati seorang dari hamba-hamba Kami yang telah kami kurniakan kepadanya rahmat dari Kami, dan Kami telah mengajarnya sejenis ilmu; dari sisi Kami.

66-Nabi Musa berkata kepadanya: Bolehkah aku mengikutmu, dengan syarat engkau mengajarku dari apa yang telah diajarkan oleh Allah kepadamu, ilmu yang menjadi petunjuk bagiku?"

67-Ia menjawab: "Sesungguhnya engkau (wahai Musa), tidak sekali-kali akan dapat bersabar bersamaku.

68-Dan bagaimana engkau akan sabar terhadap perkara yang engkau tidak mengetahuinya secara meliputi?

69-Nabi Musa berkata: "Engkau akan dapati aku, Insyaa Allah: orang yang sabar; dan aku tidak akan membantah sebarang perintahmu".

70-Ia menjawab: "Sekiranya engkau mengikutku, maka janganlah engkau bertanya kepadaku akan sesuatupun sehingga aku ceritakan halnya kepadamu".

71-Lalu berjalanlah keduanya sehingga apabila mereka naik ke sebuah perahu, ia membocorkannya. Nabi Musa berkata: "Patutkah engkau membocorkannya sedang akibat perbuatan itu menenggelamkan penumpang-penumpangnya? Sesungguhnya engkau telah melakukan satu perkara yang besar".

72-Ia menjawab: "Bukankah aku telah katakan, bahawa engkau tidak sekali-kali akan dapat bersabar bersamaku?"

73-Nabi Musa berkata: "Janganlah engkau marah akan daku disebabkan aku lupa (akan syaratmu); dan janganlah engkau memberati daku dengan sebarang kesukaran dalam urusanku (menuntut ilmu)".

74-Kemudian keduanya berjalan lagi sehingga apabila mereka bertemu dengan seorang pemuda lalu ia membunuhnya. Nabi Musa berkata "Patutkah engkau membunuh satu jiwa yang bersih, yang tidak berdosa membunuh orang? Sesungguhnya engkau telah melakukan satu perbuatan yang mungkar!"

75-Ia menjawab: "Bukankah, aku telah katakan kepadamu, bahawa engkau tidak sekali-kali akan dapat bersabar bersamaku?"

76-Nabi Musa berkata: "Jika aku bertanya kepadamu tentang sebarang perkara sesudah ini, maka janganlah engkau jadikan daku sahabatmu lagi; sesungguhnya engkau telah cukup mendapat alasan-alasan berbuat demikian disebabkan pertanyaan-pertanyaan dan bantahanku".

77-Kemudian keduanya berjalan lagi, sehingga apabila mereka sampai kepada penduduk sebuah bandar, mereka meminta makan kepada orang-orang di situ, lalu orang-orang itu enggan menjamu mereka. Kemudian mereka dapati di situ sebuah tembok yang hendak runtuh, lalu ia membinanya. Nabi Musa berkata: "Jika engkau mahu, tentulah engkau berhak mengambil upah mengenainya!"

78-Ia menjawab: "Inilah masanya perpisahan antaraku denganmu, aku akan terangkan kepadamu maksud (kejadian-kejadian yang dimusykilkan) yang engkau tidak dapat bersabar mengenainya.

79-Adapun perahu itu adalah ia dipunyai oleh orang-orang miskin yang bekerja di laut; oleh itu, aku bocorkan dengan tujuan hendak mencacatkannya, kerana di belakang mereka nanti ada seorang raja yang merampas tiap-tiap sebuah perahu yang tidak cacat.

80-Adapun pemuda itu, kedua ibu bapanya adalah orang-orang yang beriman, maka kami bimbang bahawa ia akan mendesak mereka melakukan perbuatan yang zalim dan kufur.

81-Oleh itu, kami ingin dan berharap, supaya Tuhan mereka gantikan bagi mereka anak yang lebih baik daripadanya tentang kebersihan jiwa, dan lebih mesra kasih sayangnya.

82- Adapun tembok itu pula, adalah ia dipunyai oleh dua orang anak yatim di bandar itu; dan di bawahnya ada "harta terpendam" kepunyaan mereka; dan bapa mereka pula adalah orang yang soleh. Maka Tuhanmu menghendaki supaya mereka cukup umur dan dapat mengeluarkan harta mereka yang terpendam itu, sebagai satu rahmat dari Tuhanmu (kepada mereka). Dan (ingatlah) aku tidak melakukannya menurut fikiranku sendiri. Demikianlah penjelasan tentang maksud dan tujuan perkara-perkara yang engkau tidak dapat bersabar mengenainya".

83- Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad), mengenai Zulkarnain. Katakanlah: "Aku akan bacakan kepada kamu (wahyu dari Allah yang menerangkan) sedikit tentang perihalnya":

84- Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadanya kekuasaan memerintah di bumi, dan Kami beri kepadanya jalan bagi menjayakan tiap-tiap sesuatu yang diperlukannya.

85- Lalu ia menurut jalan (yang menyampaikan maksudnya).

86- Sehingga apabila ia sampai ke daerah matahari terbenam, ia mendapatinya terbenam di sebuah matair yang hitam berlumpur, dan ia dapati di sisinya satu kaum (yang kufur ingkar). Kami berfirman (dengan mengilhamkan kepadanya): "Wahai Zulkarnain! Pilihlah sama ada engkau hendak menyeksa mereka atau engkau bertindak secara baik terhadap mereka".

87- Ia berkata: "Adapun orang yang melakukan kezaliman (kufur derhaka), maka kami akan menyeksanya; kemudian ia akan dikembalikan kepada Tuhannya, lalu diazabkannya dengan azab seksa yang seburuk-buruknya.

88- Adapun orang yang beriman serta beramal soleh, maka baginya balasan yang sebaik-baiknya; dan kami akan perintahkan kepadanya perintah-perintah kami yang tidak memberati".

89- Kemudian ia berpatah balik menurut jalan yang lain.

90- Sehingga apabila ia sampai di daerah matahari terbit, ia mendapatinya terbit kepada suatu kaum yang kami tidak menjadikan bagi mereka sebarang perlindungan daripadanya.

91- Demikianlah halnya; dan sesungguhnya Kami mengetahui secara meliputi akan segala yang ada padanya.

92- kemudian ia berpatah balik menurut jalan yang lain.

93- Sehingga apabila ia sampai di antara dua gunung, ia dapati di sisinya satu kaum yang hampir-hampir mereka tidak dapat memahami perkataan.

94- Mereka berkata: "wahai Zulkarnain, sesungguhnya kaum Yakjuj dan Makjuj sentiasa melakukan kerosakan di bumi; oleh itu, setujukah kiranya kami menentukan sejumlah bayaran kepadamu (dari hasil pendapatan kami) dengan syarat engkau membina sebuah tembok di antara kami dengan mereka?"

95- Dia menjawab: "(kekuasaan dan kekayaan) yang Tuhanku jadikan daku menguasainya, lebih baik (dari bayaran kamu); oleh itu bantulah daku dengan tenaga (kamu beramai-ramai) aku akan bina antara kamu dengan mereka sebuah tembok penutup yang kukuh.

96- Bawalah kepadaku ketul-ketul besi"; sehingga apabila ia terkumpul separas tingginya menutup lapangan antara dua gunung itu, dia pun perintahkan mereka membakarnya dengan berkata: "Tiuplah dengan alat-alat kamu" sehingga apabila ia menjadikannya merah menyala seperti api, berkatalah dia: "Bawalah tembaga cair supaya aku tuangkan atasnya".

97-Maka mereka tidak dapat memanjat tembok itu, dan mereka juga tidak dapat menebuknya.

98- (Setelah itu) berkatalah Zulkarnain: "Ini ialah suatu rahmat dari Tuhanku; dalam pada itu, apabila sampai janji Tuhanku, Dia akan menjadikan tembok itu hancur lebur, dan adalah janji Tuhanku itu benar".

99 -Dan Kami biarkan mereka pada hari itu (keluar beramai-ramai) bercampur-baur antara satu dengan yang lain; dan (kemudiannya) akan ditiup sangkakala, lalu Kami himpunkan makhluk-makhluk seluruhnya di Padang Mahsyar.

100- Dan Kami perlihatkan neraka Jahannam, pada hari itu kepada orang-orang kafir, dengan pendedahan yang jelas nyata;

101- (Iaitu) orang-orang yang matanya telah tertutup daripada melihat tanda-tanda yang membawa kepada mengingatiKu, dan mereka pula tidak dapat mendengar sama sekali.

102- Maka adakah orang-orang kafir menyangka bahawa mereka mengambil hamba-hambaKu sebagai makhluk-makhluk yang disembah, selain daripadaKu, dapat menolong mereka?Sesungguhnya Kami telah sediakan neraka Jahannam bagi orang-orang kafir itu sebagai tempat tetamu.

103- Katakanlah (wahai Muhammad): "Mahukah Kami khabarkan kepada kamu akan orang-orang yang paling rugi amal-amal perbuatannya?

104- (Iaitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan".

105- Merekalah orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat Tuhan mereka dan akan pertemuan denganNya; oleh itu gugurlah amal-amal mereka; maka akibatya Kami tidak akan memberi sebarang timbangan untuk menilai amal mereka, pada hari kiamat kelak.

106- (Mereka yang bersifat) demikian, balasannya neraka Jahannam, disebabkan mereka kufur ingkar, dan mereka pula menjadikan ayat-ayatKu dan Rasul-rasulKu sebagai ejek-ejekan.

107- Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, disediakan bagi mereka Syurga-syurga Firdaus, sebagai tempat tetamu (yang serba mewah).

108- Mereka kekal di dalamnya, (dan) tidak ingin berpindah daripadanya.

109- Katakanlah (wahai Muhammad): "Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis Kalimah-kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis Kalimah-kalimah Tuhanku, walaupun Kami tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya, sebagai bantuan".

110- Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu; Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya".

Wednesday, 6 February 2013

.:: Kembara Kehidupan ::.



Bismillahirahmanirrahim

Assalamualaikum wbt (:

2:14am ,ok ,dah boleh start taip updates terkini untuk perkongsian .Di saat insan lain lena dibuai mimpi ,& disaat menanti waktu untuk bersama-NYA ,in sha Allah ...

Pandangan mata selalu menipu ,pandangan akal selalu tersalah ,pandangan nafsu selalu melulu ,tapi .... pandangan hati itu adalah yang hakiki ,jika hati itu bersih ....

Tapi  bila hati dikotori ,bisikannya bukan lagi kebenaran ...

Hati tempat jatuhnya pandangan ALLAH ...
Jasad lahir hanyalah tumpuan manusia semata-mata ...

Telah jauh diri mengembara ,telah lama langkah kian tercipta ...
Mencari erti hidup di dunia ini ,mencari erti DIA disisi ...
Yang selama ini sering disalah erti ,oleh mereka yang bertuhankan hati ,
Ingin diri musafir ke pelusuk dunia ,memerhatikan gelagat manusia ..

Tapi jasad masih disini ,jiwa masih disini ...

Terkadang melihat mereka ada yang gembira hingga terlupa ,
Ada juga yang berduka tetapi gembira ..

Terasa lelah menempuh jalanan beronak duri ,sering hanyut bila hidup sering berombak ,
Terkadang sesat tanpa haluan ,sehingga punca hilang di mata ..

Sering diturutkan hati yang buta ,kerna sudah pasrahkan diri padaMu ya ALLAH ..
Segala yang berlaku ,kerana Engkaulah menentu segalanya ..
Menciptakan dunia penuh pancaroba ,sampai tak terdaya rasanya kaki melangkah ..

ya Rabb ...
KAU pimpinlah langkah ini ...

Agar tidakku kesesatan dari jalan SyurgaMU yang diidamkan ..

Kerna tidak terdaya menahan seksa neraka ...
Tidak juga layak ke syurga ...
Hanya insan bergelar hamba yang diciptakan dengan kelemahan ..
Sering terlupa & sering jua terleka ..
Dengan nikmatMU yang melimpah didepan mata ...

Friday, 1 February 2013

.:: Perjalanan Menuju Redha-MU ::.



Bismillahirahmanirrahim ..


Assalamualaikum wbt ...

Cuti sem 3 ni begitu bermakna buat diri .Terlalu asyik melayan dugaan-NYA ,terlalu gembira meraih cinta-NYA .Setiap saat ku damba perhatian-NYA ,setiap masa ku rindu kasih sayang-NYA ...

Usah peduli air mata yang mengalir ,kerna di situ ,DIA telah titipkan kekuatan untukku menghapus air jernih itu dari terus mengalir ... Disaat hatiku rapuh ,DIA mengingatkanku akan ayat²-NYA ,DIA mengingatkanku akan nikmat kehidupan di sana ,iaitu akhirat yang ku kejar & dunia yang bakal aku tinggalkan ...

Terlalu mahal harga Syurga-MU ya ALLAH ,sehingga aku terpaksa membayarnya dengan ujian dari-MU ,sampai terkadang imanku luntur ,sabarku hilang .... Tapi tanpaku sedar ,KAU mengajarku apa itu erti Tabah ,erti Redha ,erti Pasrah & yang paling penting ,erti Syukur di atas setiap nikmat pemberian-MU disetiap helaan nafasku ...

Tidakku peduli hinaan manusia ,walau hakikatnya hatiku pedih untuk menerima ...
Tidakku endah cacian manusia ,walau hakikatnya hatiku sakit menderita ...
Itulah manusia bertaraf hamba yangku kenal ,hanya tahu menilai & menghukum tanpa mengetahui keadaan sebenar ...
Tidakku sangsi lagi apa yang patut ku bela ,tidakku ragu lagi apa yang patut ku pertahankan ..

Sampai terhenti denyut nadiku ,ISLAM tetap ku pertahankan ...
Syariat-MU akan ku teguhkan dalam meniti langkah²ku menuju syurga-MU ...
Surat cinta yang KAU titipkan akan sentiasa menerangi jalan hidupku ,walau jalan itu terkadang gelap ,malap hilang cahayanya ...

Saatku alpa kerna dunia akhir zaman ,panduan dari Al-Quran mengingatkanku pada-MU ..
Saatku tidak pandang agama suci ini ,sifat mulia rasul-MU membina semula keyakinanku ..
Saat diriku mulai musnah dengan kehancuran dunia ,teringatku akan syafaat rasul-MU yang menantiku disana ...

Tidakku minta dugaan untuk meningkatkan darjat ,selain ku rayu agar ujian ini menghapus dosaku pada-MU ,menghapus salah silapku terhadap manusia lain bertaraf hamba sama sepertiku ...

Andai tarikh rahsia itu tiba ,andai sudah tiba saatku pergi meninggalkan seisi alam ,

Pertemukan aku dengan-MU ...


----  PASRAH SEGALANYA ----

Pernah hati ini terguris
Dengan fitnah dan tohmahan menghiris
Sehingga terasa diri ini hina
Kerana tiada siapa yang sudi membela
Kutabahkan hatiku harungi hidup
Biarpun tiada siapa yang menemani
Keseorangan aku di lautan sepi
Ditinggalkan mereka yang aku percayai

Namun ku tahu ada hikmahnya
Setiap segala yang menimpa diri
Kuserahkan segala padaMu Tuhan
Yang berkuasa jua mencipta
Kerana engkau MAha Mengetahui
SEgala apa yang terbuku di hati

Ya Allah tidakku terdaya lagi
Menahan dugaan yang mencabar ini
Terasa bagai noktah telah kutemui
Mengakhiri segala yang telah aku mulai
Ya Allah engkau lindungilah aku
Bekalkanlah daku dengan limpahan iman
Agar tabahku menghadapi dugaan
Agar tidakku berhenti di pertengahan

Kini di sini aku berdiri
Bersama harapan yang tulus suci
Agar terbitlah kembali menteri pagi
Setelah malamku berkalut benci
-- RAws -- 

Tuesday, 22 January 2013

.:: Ilmu ,Iman Dan Amal (: ::.



Pesan Saidina Umar r.a :`Dalamilah ilmu agama sebelum kalian menjadi pemimpin ''.

Bismillahirahmanirrahim ...
Assalamualaikum wbt pembaca² yang dirahmati ALLAH sekalian (:

Ya ALLAH ,izinkan aku menjadi bidadari pada para mujahidMU dan menjadi sayap kiri pada pembela agamaMU ...

Bila hati berbicara ,jari pantas memainkan peranan ,Tup tap tup tap keyboard ditekan disaat insan² lena dibuai mimpi indah .Selalunya time² macam ni baru idea datang ,disaat hati dekat pada pencipta diri .Nak masuk sikit bab hati ,menjaga hati tu juga jihad untuk kita .Dan menjaga hati insan lain tu kewajipan untuk kita ... pernah saya post dalam fb ` Firman Allah swt : “ Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui.” (Al-Baqarah: 216)

` Jika DIA tidak mengizinkannya lagi ,jika DIA tidak mengurniakannya lagi ,jangan harap kita manusia taraf hamba ni untuk merasainya ... & jika DIA memakbulkannya ,jika DIA memberinya ,xperlu diminta ,kerna ia akan hadir bila tiba waktunya ..

-- RAws -- (^^)

--- HATI ,bukan sesuatu yang senang untuk dijaga ,perlu kawalan rapi ,perlu iman yang hakiki , perlu taqwa menghiasi ... terkadang hati yang lemah ni teruji ,jatuh bangun seseorang individu tu ,hati itu yang merasa ,hati itu yang memahami disaat insan lain sukar untuk mengerti ...


Adam & Hawa ini punya hak untuk memilih ,memilih untuk kebahagiaan hidup sendiri .Andai pencipta hati itu tidak menghadirkan 'rasa' untuk hati ni cenderung pada yang ingin memilikinya ,usah dipaksa .Kerna makin dipaksa ,makin ia menjauh ... kerna DIA maha kuasa terhadap hati ciptaan-NYA ini ...


Andai DIA tak hadirkan 'rasa' itu ,ada seribu hikmah terselindung .Ada sejuta nikmat menanti .Mungkin hati ini bukan yang terbaik ,bukan pilihan-NYA untuk yang menanti ,atau siapa tahu mungkin yang ingin memiliki hati ni bukan jua pilihan-NYA untuk hati ini .... Bila ALLAH kata ya ,siapa kita untuk menghalang ? Dan jika ALLAH kata tak ,siapa kita untuk melarang ?

Dan padaku ,imam pilihan-NYA untukku bukan dalam genggamanku ,bukan jua pada fikiranku ,bahkan mungkin tak terlintas di hatiku .Kerna tu semua rahsia-NYA & hanya DIA yang layak menentukan bila & bagaimana hijab itu terbuka ..


Sebelum menunaikan separuh dari agama ,tunaikan dulu kewajipan dalam agama .Tuntut ilmu kerna sebuah perkahwinan itu bukan sebuah medan untuk bersuka ria ,bukan sebuah medan untuk sekadar menikmati keindahan semata-mata ,tapi perkahwinan itu sebuah sebuah medan perang .Andai gugur pemimpinnya ,hancurlah tenteranya !


soalanku untuk seorang sahabat :` berdosakah bagi kita umat manusia tak ingat ayat Al-Quran yang dihafal ?sedangkan tak pernah jumpa ayat Quran mengatakan WAJIB seorang hamba tu ingat setiap patah ayat Al-Quran , dan atas sebab² tertentu bila dia terlupa ayat Quran tersebut ,maka,akan dicampakkan dia ke neraka .


Jawab sahabatku yang dikasihi :`Mungkin tak sampai tahap tu ,mungkin tasawwir dia saja.Sebab tu ibubapa yang nak hantar anak ke tahfiz kena fikir dulu ,jika anak ni dipaksa untuk hafaz Al-Quran & bila dia tidak mengamalkannya ,maka berdosa bagi ibubapa tersebut ''. ( nama sahabat dirahsiakan )


Sebab tu la sebelum melangkah membina keluarga sakinah wa rahmah perlu pada permulaan yang baik .Islam dah bagi cara untuk pilih pasangan samada lelaki atau perempuan .Jika dipilih atas dasar agama ,maka beruntunglah dia .Bila dah sempurna separuh dari agama , DIA hadirkan amanah untuk dijaga ,untuk dididik menuju redha-NYA .Bukan senang nak didik anak ,sebab tu ibubapa perlu kaji ilmu ,faham betul² ,amal ,ajar .. Ibubapa pendidik ,jenerasi terdidik in sha Allah :)


kata sahabatku :` mulai dari dirimu ' ( nama dirahsiakan )

Apa² pun ,setiap perbuatan mulai dengan ilmu ,ilmu yang berguna akan mendapat redha dari-NYA ,andai DIA kata belum tiba masanya lagi ,ada sebab kenapa DIA tidak hadirkan 'rasa' itu pada hamba-NYA ..mungkin kita sebagai hamba belum cukup ilmu untuk memimpin & menjaga amanah-NYA kelak ...husnudzon jalan terbaik pada ketentuan-NYA (:


Rasulullah SAW bersabda,

من يرد الله به خيرا يفقهه في الدين

“Orang yang dikehendaki oleh Allah untuk mendapat kebaikan akan dipahamkan terhadap ilmu agama.” (HR. Bukhari-Muslim)

Hati ini juga memahami maksud hadis ini :` Rasulullah SAW juga bersabda,

إذا جاءكم من ترضون دينه وخلقه فزوجوه إلا تفعلوه تكن فتنة في الأرض وفساد كبير

“Jika datang kepada kalian seorang lelaki yang kalian ridhai agama dan akhlaknya, maka nikahkanlah ia. Jika tidak, maka akan terjadi fitnah di muka bumi dan kerusakan yang besar.” (HR. Tirmidzi. Al Albani berkata dalam Adh Dho’ifah bahwa hadits ini hasan lighoirihi).


Hati ini perlu masa untuk memahami ,perlu waktu untuk menilai ,perlu usaha untuk mencari ,perlu iman dan taqwa untuk menentukan samada benar itu pilihan-NYA .Usah risau ,usah bimbang ,andai DIA membenarkan pasti jalannya mudah .Mohon seribu kemaafan andai hati ini pernah melukakan .Mohon keampunan andai hati ini pernah mengecewakan ..

Hati ini juga menginginkan kebahagiaan berlandaskan keimanan ,sebuah keluarga yang diberkati & dirahmati ,juga punya impian untuk menghadiahkan ulama² kecil pada pemilik hati ini selepas ALLAH & RASUL ... cuma saat itu masih belum tiba & mungkin tidak akan pernah tiba untuk hati ini ,kerna hati ini yakin akan setiap ketentuan-NYA adalah yang terbaik untuk kita manusia bertaraf hamba ....

wallahualam

-- RAws -- Jan ,23 . 1:50am
  
Firman Allah taala :
الْخَبِيثَاتُ لِلْخَبِيثِينَ وَالْخَبِيثُونَ لِلْخَبِيثَاتِ وَالطَّيِّبَاتُ لِلطَّيِّبِينَ وَالطَّيِّبُونَ لِلطَّيِّبَاتِ

“Wanita-wanita yang keji untuk laki-laki yang keji. Dan laki-laki yang keji untuk wanita-wanita yang keji pula. Wanita-wanita yang baik untuk laki-laki yang baik. Dan laki-laki yang baik untuk wanita-wanita yang baik pula.” (QS. An Nur: 26)

Friday, 18 January 2013

.:: Biarkan Ujian Itu Berlalu ::.



Bismillahirahmanirrahim ... Assalamualaikum wbt ...

Alhamdulillah ,hari ni penghulu segala hari ,genap 6 hari bercuti di kg .Dugaan yang datang dibiarkan berlalu .. walaupun hingga hari ni masih tidak pendapat apa² jawapan yang dapat merungkai segala persoalan di hati ... Namun begitu ,hadirnya insan² yang banyak memberi sokongan membuatkan diriku kuat untuk menempuhi dugaan kurniaan-NYA :)

Hari ni terasa sedikit pelik bila tiada lagi mesej dari akak tersayang ( kak Ziqah) ,selalunya ada je mesej dia masuk ke inboxku .Bertanya keadaan semasaku dalam masa yang sama cuba untuk menghiburkan hati & memberi kata semangat .Mungkin hari ni dia sibuk atau tiada kredit pada perkiraanku .Tapi ketiadaan mesej darinya masuk ke inboxku cukup untuk mengundang rasa rindu di hati ni ,heee ;)


 
Usai solat magrib mengimamkan adik²ku ,terlintas satu bayangan nakal di fikiranku .Andainya makmum di belakangku bukan lagi adik²ku ,tetapi anak²ku yang lengkap dengan pakaian solatnya & kopiah tersisip rapi di atas kepalanya .Astagfirullah ,terbayangkan semua ni membuatkan aku lebih takut andai amanah pemberian-NYA tak mampu untuk ku pikul disaat DIA mengizinkannya suatu hari nanti ...

Setiap kali ingin ku alunankan ayat suci Al-Quran dalam solat ,debaran kian terasa di hati .Andai bacaanku tidak kena pada ayatnya ,atau tidak betul tajwidnya ,apa hukumnya  ?bagaimana pula dengan makmum² yang mengikut rentak bacaanku ? Allah ... betapa jahilnya diri ni & akanku usaha untuk merungkai masalah² hukum yang sentiasa wujud dalam kehidupan seharianku ...

Doa yang sering kali ku sebut setiap solatku kini ,doa yang tak pernah terlintas di fikiranku sebelum ni .Jangan dibiarkan perpisahan itu terjadi ,tidakku rela berpisah hidup ,tapi aku redha berpisah mati ...... :(

Jari jemari pantas membuka Al-Quran ,pada perkiraanku ,andai sempatku khatam Al-Quran pada tahun ni ,mohon dimurahkan rezeki untuk diadakan majlis khatam Al-Quran .Biarlah sekali seumur hidup pun ,janji dapatku merasai majlis² kesyukuran macam ni .Rasa macam dah lama majlis² begini tidak berlansung di rumahku.Dugaan demi dugaan yang datang cukup membuat penghuni rumahku 'sepi' dalam menjalani kehidupan seharian masing² ...

Kedengaran surau yang berdekatan dengan rumahku mengadakan tazkirah malam ni ,alhamdulillah ,makin dekat dengan maulidur rasul ,makin banyak aktiviti yang dijalankan .Rindu plak kat budak² kg yang selalu meriahkan surau dikala bulan Ramadhan menjelma setiap tahun .Really² miz that moment !

Surah yang menjadi tatapanku malam ni : surah As- Saffat ( Makluk yang berbaris ) ada 182 ayat .

p/s : Baca sampai habis tau ! ^^

(Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani).


37-1: Demi yang bersaf-saf (berbaris-baris), sebenar-benar saf.
37-2: Demi yang melarang, sebenar-benar melarang.
37-3: Demi yang membacakan zikir (peringatan).
37-4: Sesungguhnya Ilah (Tuhan)mu benar-benar Esa.
37-5: Rab (Tuhan) langit dan bumi dan apa yang berada antara keduanya, dan Rab (Tuhan) “masyrik” (tempat terbit matahari).
37-6: Sesungguhnya Kami (Allah) menghiasi langit dunia (yang terendah) dengan perhiasan, (iaitu) bintang-bintang.
37-7: Dan memeliharanya daripada setiap syaitan yang derhaka.
37-8: (Supaya) mereka (syaitan-syaitan itu) tidak dapat mendengar-dengarkan golongan tertinggi, dan mereka dilempari dari segenap penjuru.
37-9: (Mereka) terusir, dan bagi mereka azab yang berpanjangan.
37-10: Kecuali (syaitan-syaitan) yang mencuri-curi; maka mereka dikejar oleh nyalaan api yang cemerlang.

37-11: Maka tanyakanlah kepada mereka: "Apakah mereka yang lebih kukuh kejadiannya atau apa yang telah Kami (Allah) ciptakan itu?" Sesungguhnya Kami (Allah) telah menciptakan mereka daripada tanah liat.
37-12: Bahkan engkau hairan (terhadap sikap mereka), sedang mereka memperolok-olokkan.
37-13: Dan apabila mereka diberi peringatan, mereka tidak mahu ingat.
37-14: Dan apabila mereka melihat sesuatu (ayat) tanda, mereka memperolok-olokkan.
37-15: Dan mereka berkata: "Ini tiada lain melainkan sihir yang nyata.”
37-16: “Apakah apabila kami telah mati, dan menjadi tanah dan menjadi tulang-tulang, apakah sungguh kami akan dibangkitkan?”
37-17: “Dan apakah (dibangkitkan juga) bapa-bapa kami yang telah terdahulu?”
37-18: Katakanlah: "Ya! Dan kamu akan terhina."
37-19: Maka sesungguhnya hanya pekikan satu kali sahaja, maka tiba-tiba mereka melihat.

37-20: Dan mereka berkata: "Aduhai, celakalah kita! Inilah hari al-din (pembalasan).”
37-21: Inilah hari keputusan yang kamu selalu mendustakannya.
37-22: Kumpulkanlah orang yang zalim beserta teman sehaluan mereka dan apa yang mereka pertuhankan.
37-23: Lain daripada Allah; maka tunjukkanlah kepada mereka jalan ke (neraka) Jahim.
37-24: Dan tahanlah mereka, sesungguhnya mereka akan ditanya.
37-25: Mengapa kamu tidak tolong-menolong?
37-26: Bahkan mereka pada hari itu aslim (menyerah diri).

37-27: Sebahagian daripada mereka menghadap kepada sebahagian yang lain, mereka saling bertanya-tanya.
37-28: Mereka (yang mengikut) berkata: "Sesungguhnya kamu yang datang kepada kami dari kanan."
37-29: Mereka (yang diikuti) menjawab: "Sebenarnya kamu sendiri yang tidak beriman."
37-30: “Dan tidak ada kekuasaan kami terhadap kamu, bahkan kamulah kaum derhaka.”
37-31: “Maka pastilah perkataan (keputusan) Rab (Tuhan) kita menimpa atas kita, sesungguhnya kita akan merasakannya.”
37-32: “Maka kami telah menyesatkan kamu, sesungguhnya kami (juga) adalah orang yang sesat.”
37-33: Maka sesungguhnya mereka pada hari itu bersama-sama dalam azab.
37-34: Sesungguhnya Kami, begitulah yang akan Kami (Allah) lakukan terhadap orang yang berbuat jahat.
37-35: Sesungguhnya mereka itu (dahulu) apabila dikatakan kepada mereka: "La ilaha illa’llah (Tiada Ilah/Tuhan melainkan Allah),” mereka menyombongkan diri.
37-36: Dan mereka berkata: "Apakah sesungguhnya kami harus meninggalkan ilah (tuhan-tuhan) kami kerana seorang penyair gila?"
37-37: Sebenarnya dia (Muhammad saw) datang dengan kebenaran dan membenarkan para rasul (sebelumnya).
37-38: Sesungguhnya kamu pasti akan merasakan azab yang pedih.
37-39: Dan kamu tidak diberi pembalasan melainkan terhadap apa yang telah kamu kerjakan.

37-40: Kecuali hamba-hamba Allah yang ikhlas (dipersucikan).
37-41: Mereka itu, bagi mereka rezeki yang termaklum (ditentukan).
37-42: Buah-buahan, dan mereka adalah orang yang dimuliakan.
37-43: Dalam syurga-syurga yang penuh nikmat.
37-44: Di atas singgahsana mereka berhadap-hadapan.
37-45: Diedarkan kepada mereka gelas (berisi minuman) dari mata air yang mengalir.
37-46: Putih bersih, lazat bagi orang yang meminum.
37-47: Tidak ada dalamnya kerosakan dan mereka tidak dihalangi daripada (meminum)nya.
37-48: Dan di sisi mereka ada bidadari-bidadari yang tidak liar pandangannya, jelita matanya.
37-49: Mereka seakan-akan telur yang terpelihara.

37-50: Lalu sebahagian mereka menghadap kepada sebahagian yang lain sambil bertanya-tanya.
37-51: Berkatalah salah seorang antara mereka: "Sesungguhnya aku dahulu mempunyai seorang teman.”
37-52: “(Teman itu) berkata: ‘Apakah kamu sungguh-sungguh termasuk orang yang membenarkan?’
37-53: Apakah sesudah kita mati, dan kita telah menjadi tanah dan tulang-tulang, benarkah kita akan diberi pembalasan?’"
37-54: Berkata pulalah dia: "Adakah kamu mahu meninjau (temanku itu)?"
37-55: Maka dia meninjaunya, lalu dia melihatnya (temannya itu) di tengah-tengah neraka Jahim (menyala-nyala).
37-56: Dia berkata: "Demi Allah! Sesungguhnya kamu hampir-hampir mencelakakan aku.”
37-57: “Dan jika tidak kerana nikmat Rab (Tuhan)ku pastilah aku termasuk orang yang dihadapkan (ke neraka).”
37-58: Maka apakah kita tidak akan mati?
37-59: Melainkan hanya kematian kita yang pertama sahaja, dan kita tidak akan diazab?
37-60: Sesungguhnya ini benar-benar kemenangan yang besar.
37-61: Untuk kemenangan serupa ini hendaklah berusaha orang yang beramal.

37-62: Itukah hidangan yang lebih baik ataukah pohon zaqqum?
37-63: Sesungguhnya ia (pohon zaqqum itu) Kami (Allah) jadikan sebagai fitnah (percubaan) bagi orang yang zalim.
37-64: Sesungguhnya ia adalah pohon yang keluar dari dasar neraka Jahim.
37-65: Buahnya seperti kepala syaitan.
37-66: Maka sesungguhnya mereka benar-benar memakannya, maka mereka memenuhi perutnya dengannya.
37-67: Kemudian sesungguhnya bagi mereka pasti (meminum minuman) yang bercampur air yang menggelegak.
37-68: Kemudian sesungguhnya tempat kembali mereka adalah neraka Jahim.
37-69: Sesungguhnya mereka mendapati bapa-bapa mereka dalam keadaan sesat.
37-70: Lalu mereka sangat tergesa-gesa mengikuti jejak mereka itu.

37-71: Dan sesungguhnya telah sesat sebelum mereka kebanyakan daripada orang yang terdahulu.
37-72: Dan sesungguhnya telah Kami (Allah) utuskan kepada mereka pemberi-pemberi peringatan.
37-73: Maka perhatikanlah bagaimanakah kesudahannya orang yang diberi peringatan itu.
37-74: Kecuali hamba-hamba Allah yang ikhlas (dipersucikan).
37-75: Sesungguhnya Nuh telah menyeru Kami (Allah), maka sesungguhnya (Kami/Allah) sebaik-baik yang memperkenankan.
37-76: Dan Kami (Allah) telah menyelamatkannya dan pengikutnya daripada bencana yang besar.
37-77: Dan Kami (Allah) jadikan keturunannya orang yang tetap (melanjutkan keturunan manusia).
37-78: Dan Kami (Allah) tinggalkan atasnya (Nuh) pada yang datang kemudian.
37-79: Salam atas Nuh pada seluruh alam.
37-80: Sesungguhnya Kami (Allah), demikianlah Kami (Allah) memberi balasan kepada orang muhsinin (yang berbuat baik).
37-81: Sesungguhnya dia termasuk hamba-hamba Kami (Allah) yang beriman.
37-82: Kemudian Kami (Allah) tenggelamkan yang lain.

37-83: Dan sesungguhnya yang benar-benar termasuk golongannya (Nuh) ialah Ibrahim.
37-84: Tatkala dia datang kepada Rab (Tuhan)nya dengan hati yang sejahtera (suci).
37-85: Tatkala dia berkata kepada bapanya dan kaumnya: "Apakah yang kamu pertuhankan itu?”
37-86: “Apakah secara dusta, kamu menghendaki ilah (tuhan-tuhan) selain Allah?”
37-87: “Maka apakah anggapan kamu terhadap Rab (Tuhan) sekalian alam?"

37-88: Lalu dia memandang dengan sekali pandang kepada bintang-bintang.
37-89: Kemudian dia berkata: "Sesungguhnya aku sakit."
37-90: Lalu mereka berpaling daripadanya dengan membelakang.
37-91: Kemudian dia pergi kepada ilah (tuhan-tuhan berhala) mereka, lalu dia berkata: "Apakah kamu tidak makan?”
37-92: “Kenapa kamu tidak menjawab?"
37-93: Maka dihadapinya mereka (tuhan-tuhan berhala) itu sambil memukulnya dengan tangan kanannya.
37-94: Kemudian kaumnya bergegas datang kepadanya.
37-95: Dia (Ibrahim) berkata: "Apakah kamu pertuhankan sesuatu yang kamu pahat sendiri?”
37-96: “Padahal Allah yang menciptakan kamu dan apa yang kamu perbuat itu."
37-97: Mereka berkata: "Dirikanlah suatu bangunan untuk (membakar)nya (Ibrahim), lalu lemparkanlah dia ke dalam api yang menyala-nyala."
37-98: Mereka hendak melakukan tipu muslihat kepadanya, maka Kami (Allah) jadikan mereka orang yang hina.

37-99: Dan dia (Ibrahim) berkata: "Sesungguhnya aku pergi kepada Rab (Tuhan)ku, dan Dia (Allah) memberi petunjuk kepadaku.”
37-100: "Rabbi (wahai Tuhanku)! Kurniakanlah kepadaku daripada (keturunan) orang yang salih.”
37-101: Maka Kami (Allah) berikannya khabar gembira dengan seorang anak yang penyantun.
37-102: Maka tatkala anak itu sampai (umur) berusaha bersama-samanya (Ibrahim), dia berkata: "Wahai anakku, sesungguhnya aku melihat dalam tidurku (mimpi) bahawa aku menyembelih engkau. Maka fikirkanlah, apa pendapatmu!" Dia (anaknya) menjawab: "Wahai bapaku, kerjakanlah apa yang diperintahkan kepada engkau, Insya’llah engkau akan mendapati aku termasuk orang yang sabar."
37-103: Tatkala kedua-duanya telah aslim (berserah diri), dan dia (Ibrahim) membaringkan (anak)nya atas kening(nya).
37-104: Dan Kami (Allah) panggillah dia: "Wahai Ibrahim!”
37-105: “Sesungguhnya engkau telah membenarkan mimpi itu." Sesungguhnya demikianlah Kami (Allah) memberi balasan kepada orang muhsinin (yang berbuat baik).
37-106: Sesungguhnya ini benar-benar suatu ujian yang nyata.
37-107: Dan Kami (Allah) tebus (ganti) dia (anak itu) dengan (seekor) sembelihan yang besar.
37-108: Kami (Allah) tinggalkan atasnya (Ibrahim) pada orang yang datang kemudian.
37-109: Salam atas Ibrahim.
37-110: Demikianlah Kami (Allah) memberi balasan kepada orang muhsinin (yang berbuat baik).
37-111: Sesungguhnya dia (Ibrahim) termasuk hamba-hamba Kami (Allah) yang beriman.
37-112: Dan Kami (Allah) berikan dia khabar gembira dengan (kelahiran) Ishaq, seorang nabi yang termasuk orang yang salih.
37-113: Kami (Allah) limpahkan keberkatan atasnya dan atas Ishaq. Dan antara anak cucunya ada yang berbuat baik dan ada (pula) yang zalim terhadap dirinya sendiri dengan nyata.

37-114: Dan sesungguhnya Kami (Allah) melimpahkan nikmat atas Musa dan Harun.
37-115: Dan Kami (Allah) selamatkan kedua-duanya dan kaumnya daripada bencana yang besar.
37-116: Dan Kami (Allah) tolong mereka, maka jadilah mereka orang yang menang.
37-117: Dan Kami (Allah) berikan kepada kedua-duanya kitab yang sangat jelas.
37-118: Dan Kami (Allah) beri petunjuk kepada kedua-duanya ke jalan yang lurus.
37-119: Dan Kami (Allah) tinggalkan atas kedua-duanya pada orang yang kemudian.
37-120: Salam atas Musa dan Harun.
37-121: Sesungguhnya demikianlah Kami (Allah) memberi balasan kepada orang (muhsinin) yang berbuat baik.
37-122: Sesungguhnya kedua-duanya termasuk hamba-hamba Kami (Allah) yang beriman.

37-123: Dan sesungguhnya Ilyas adalah termasuk salah seorang para rasul.
37-124: Tatkala ketika dia berkata kepada kaumnya: "Mengapa kamu tidak bertakwa?”
37-125: “Apakah kamu menyeru Ba'l (nama berhala) dan kamu tinggalkan sebaik-baik Pencipta?”
37-126: “Allah, Rab (Tuhan) kamu dan Rab (Tuhan) bapa-bapa kamu yang terdahulu"
37-127: Maka mereka mendustakannya, kerana itu mereka akan dihadirkan.
37-128: Kecuali hamba-hamba Allah yang ikhlas (dipersucikan).
37-129: Dan Kami (Allah) tinggalkan atasnya (Ilyas) pada orang yang datang kemudian.
37-130: Salam atas Ilyasin.
37-131: Sesungguhnya demikianlah Kami (Allah) memberi balasan kepada orang muhsinin (yang berbuat baik).
37-132: Sesungguhnya dia termasuk hamba-hamba Kami (Allah) yang beriman.

37-133: Sesungguhnya Lut adalah seorang antara para rasul.
37-134: Tatkala Kami (Allah) menyelamatkannya dan keluarganya (pengikutnya) semua.
37-135: Kecuali seorang perempuan tua yang tertinggal.
37-136: Kemudian Kami (Allah) binasakan yang lain.
37-137: Dan sesungguhnya kamu akan melalui (bekas) mereka di waktu pagi.
37-138: Dan di waktu malam. Maka apakah kamu tidak memikirkan?

37-139: Sesungguhnya Yunus adalah seorang antara para rasul.
37-140: Tatkala dia lari ke kapal yang penuh muatan.
37-141: Kemudian dia ikut mengundi, lalu dia termasuk orang yang dibuang.
37-142: Maka dia ditelan oleh ikan besar dalam keadaan tercela.
37-143: Maka kalau sekiranya dia tidak termasuk orang yang banyak bertasbih (mengingat Allah).
37-144: Nescaya dia akan tetap tinggal dalam perut ikan itu sampai hari kebangkitan.
37-145: Kemudian Kami (Allah) lemparkan dia ke tanah yang tandus, sedang dia (dalam keadaan) sakit.
37-146: Dan Kami (Allah) tumbuhkan untuknya sebatang pohon daripada jenis labu.
37-147: Dan Kami (Allah) utuskan dia kepada seratus ribu (orang) atau lebih.
37-148: Lalu mereka beriman, maka Kami (Allah) berikan nikmat kepada mereka hingga waktu yang tertentu.

37-149: Tanyakanlah (wahai Muhammad saw) kepada mereka: "Apakah untuk Rab (Tuhan) kamu anak-anak perempuan dan untuk mereka anak laki-laki?”
37-150: “Atau adakah Kami (Allah) menciptakan para malaikat (berupa) perempuan dan mereka menyaksikan?
37-151: Ketahuilah bahawa sesungguhnya mereka dengan kebohongan mereka benar-benar mengatakan.
37-152: "Allah beranak." Dan sesungguhnya mereka benar-benar berdusta.
37-153: Apakah Dia (Allah) memilih anak-anak perempuan daripada anak laki-laki?
37-154: Mengapa kamu (begitu)? Bagaimana kamu menetapkan?
37-155: Maka apakah kamu tidak ingat?
37-156: Atau apakah kamu mempunyai bukti yang nyata?
37-157: Maka bawalah kitabmu jika kamu memang orang yang benar.
37-158: Dan mereka adakan nasab (hubungan) antara Dia (Allah) dan jin. Dan sesungguhnya jin mengetahui bahawa mereka akan dihadirkan.
37-159: Subhana’llah (Maha Suci Allah) daripada apa yang mereka sifatkan.
37-160: Kecuali hamba-hamba Allah yang ikhlas (dipersucikan).

37-161: Maka sesungguhnya kamu dan apa-apa yang kamu pertuhankan itu.
37-162: Sekali-kali tidak dapat menyesatkan (seseorang) terhadap-Nya (Allah).
37-163: Kecuali orang yang akan masuk neraka Jahim (yang menyala-nyala).
37-164: Tiada (seorang pun) antara kami (malaikat) melainkan mempunyai kedudukan yang termaklum (tertentu).
37-165: Dan sesungguhnya kami, kami jualah yang sebenar-benar bersaf-saf .
37-166: Dan sesungguhnya kami, kami jualah yang sebenar-benar bertasbih.
37-167: Sesungguhnya mereka pasti akan berkata.
37-168: "Kalau sekiranya di sisi kami ada peringatan dari orang terdahulu.”
37-169: “Nescaya kami akan jadi hamba Allah yang ikhlas (dipersucikan).”
37-170: Tetapi mereka mengingkarinya, maka kelak mereka akan mengetahui.

37-171: Dan sesungguhnya telah berlaku kalimah (janji) Kami (Allah) kepada hamba-hamba Kami (Allah) yang diutuskan.
37-172: Sesungguhnya mereka, mereka itulah yang pasti mendapat pertolongan.
37-173: Dan sesungguhnya tentera Kami (Allah) itulah yang pasti menang.
37-174: Maka berpalinglah engkau (Muhammad saw) daripada mereka sampai suatu ketika.
37-175: Dan lihatlah mereka, maka kelak mereka akan melihat.
37-176: Maka apakah mereka meminta agar azab Kami (Allah) disegerakan?
37-177: Maka apabila ia turun di halaman mereka, maka amat buruklah pagi hari yang dialami oleh orang yang diperingatkan itu.
37-178: Dan berpalinglah engkau daripada mereka hingga suatu ketika.
37-179: Dan lihatlah, maka kelak mereka akan melihat.

37-180: Subhana (Maha Suci) Rab (Tuhan) engkau, Rab (Tuhan) yang mempunyai keperkasaan daripada apa yang mereka sifatkan.
37-181: Dan salam atas para rasul..
37-182: Dan Alhamdulillah (segala puji bagi Allah), Rab (Tuhan) sekalian alam.

Alhamdulillah ... ^^

* Bagi cepat terjemah ayat ni ,copy dari mr.google je .Tapi harap dapat bagi manfaat pada diri sendiri & pembaca yang lain .Kadang² baca Quran tu lebih sweet bila kita paham maksudnya ... :)

Ini saja dari RAws untuk kali nie ,terlebih terkurang mohon maaf ...

Tabarakallah :)