. . .بسم الله الرحمن الرحيم

Friday, 6 April 2012

♥ TERSURAT & TERSIRAT : LELAKI dan WANITA ♥



Wanita...
Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki.

Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.

Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri. Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.

Pernahkah kita lihat sebaliknya??
Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.

Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya . Bukankah ibu adalah seorang wanita ?

Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya , manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan
anak-anak.

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabk an terhadap 4 wanita :
1. ibunya ,
2. isterinya ,
3.anak perempuannya , dan
4. saudara perempuannya.

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini :
1. suaminya,
2. ayahnya,
3. anak lelakinya dan
4. saudara lelakinya .



Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja :
1. sembahyang 5 waktu
2. puasa di bulan Ramadhan
3. taat suaminya dan
4. menjaga kehormatannya .

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.
Mas yaALLAH.. .sayangnya ALLAH pada wanita ....

Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki , tetapi ingatlah wahai lelaki...kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi
pemimpin...maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya. supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA..


p/s : sila share ilmu ini ,kerna ilmu ini datangnya dr ALLAH SWT . .

Friday, 30 March 2012

.:: Hapy Aniversary Sahabat ::.


 
ASSALAMUALAIKUM WBT YA AKHI . .
Selamat ulangtahun yg ke-2 ya akhi . . di sini ,daku tidak punya apa-apa utk diucapkan ,kerna ,segalanya telah terluah disebalik doaku untukmu selama ini . .tapi kini,bila tiada lg tmpat untukmu dihatiku ,hilanglah segalanya melainkan pertalian sesama muslim . .
Tapi ,di kesempatan ini ,berilah daku peluang utk m’beri ucapan ,mungkin ini yang terakhir ,atau mungkin tiada lg peluang untuk kita raikannya selepas ini . . ingatlah ya akhi ,segalanya sudah suratan takdir untuk kita . .ingatlah ya akhi , ajal tidak mengenal siapa . .ingatkah kau ya akhi . .pertama kali kita menyambut ulangtahun ,janji  kita ,hanya  MATI yg akan memisahkan kita . .tapi . .kuasa ALLAH mengatasi segalanya . .bukan ajal yg memisahkan kita ,tp dugaan yg tidak lg mampu kita tempuhi b’sama yg memisahkan kita . .

Ya akhi . .
Terima kasih kerna sudi menerimaku menjadi sebahagian dr hidupmu . .
Terima kasih kerna menghapus air mata ketika dukaku . .
Terima kasih kerna menjadi kawan ketikaku gembira . .
Terima kasih kerna menjadi penguat semangatku . .
Terima kasih kerna meminjamkan daku sedikit kasih sayangmu . .
Terima kasih kerna mendekatkan daku dengan Tuhanku disaat kamu menyakitiku . .
Terima kasih kerna kamu ,daku semakin tabah mengharungi liku-liku hidupku . .
Terima kasih kerna memberiku peluang berbahagia dgn lelaki yg ikhlas memerlukanku dalam hidupnya .
Ya akhi . .
Janganlah kamu risau ,janganlah kamu bersedih ,janganlah kamu menyesal . .
Kerna ,daku sangat menghargai kehadiranmu . Yakinlah ya akhi . .segala yg kita lalui ,pahit & manis adalah dugaan untuk kita . .mungkin kita dipertemukan hanya sekadar ujian dalam hidup kita . .

Ya akhi . .
Maafkanlah diriku ,andai ,hadirnya daku dalam hidupmu menyebabkan kamu lalai  ,andai daku pernah menyakiti hatimu ,andai daku pernah mengelirukanmu dalam setiap keputusanmu ,andai daku pernah membelakangkanmu dalam keputusanku ,& andai daku pernah melepaskanmu demi kebahagiaan dirimu sendiri . .yakinlah ,segalanya sudah suratan takdir untuk kita . .

Berbahagialah ya akhi . .tanpaku kamu masih mampu bernafas sehingga hari ini . .tanpaku kamu masih mampu berdiri tabah mengharungi hidupmu . .tanpaku kamu masih mampu tersenyum & tanpaku ,masih ada yg sudi membahagiakanmu sehingga hari ini . .tp ingatlah ya akhi ,tanpa ALLAH SWT ,kita bukan siapa2 di dunia ini . .
Terima kasih yg akhi kerna pernah melamarku ,lamaran yg hanya sekadar kata-kata manis di bibir ,yg tidak memberi apa-apa makna untukmu . .pujukanmu telah m’bwtku jatuh tersungkur menyembah bumi . .kini daku bkn lg ukhti yg kamu kenali dulu . .kerna daku telah bangun dr kesilapanku sendiri ,bangun dari kealpaan diriku sendiri & mungkin juga bangun dari kebodohan diriku sebelum ini . .
Jagalah wanita lain sebaiknya ya akhi ,jangan jadikan mereka sama sepertiku . .
LA TAHZAN utk kita yg redha & pasrah mengharungi segala dugaan dr yg MAHA ESA . .
Akhir kalam ,semoga kita kan berbahagia walau di mana jua kita berada =)
wallahualam

Saturday, 24 March 2012

.:: Untukmu Muslimah ::.



Tukarlah cara PEMAKAIAN anda :)

* tudung MELEPASI dada,
* baju dan seluar yang LONGGAR,
* pakai SARUNG KAKI,
* LINDUNGI lenganmu dengan memakai SARUNG TANGAN,

P/S : Jangan PEDULI orang kata kamu "pendek" x sesuai pakai tudung labuh atau sebagainya ..  Jangan PEDULI orang kamu KETINGGALAN zaman, baju dan seluar macam size XXL...

sebab ada pandangan yang jauh lebih UTAMA...^_^

♥ Iaitu pandangan ALLAHU AZZA WA JALLA Penciptamu

wanita2 sekalian,...pakailah pakaian yg mengikut etika yg betul...jgn la mendedahkan aurat anda ....

Thursday, 22 March 2012

.:: Tentang Rasa ::.



Sekadar perkongsian =)

Keadaan by ok ckit hari ni ,lw x ,xkn la dpt update blog ni kan ? 
Hari ni by nk kongsi pengalaman tentang pengsan@ pitam .Mungkin ada yg pernah merasainya & mungkin jgk ada yg t'tanya2 bagaimana perasaan kita apabila pitam ni kan ? sama mcm by ,masih t'tanya2 mcm mana pengsan ni boleh berlaku sehinggalah diberi peluang utk merasainya sendiri . .

1~ By bertolak ke hospital tengku anis pasir puteh utk mengubati asma (dah biasa sbnarnya ngn asma ,jd xrisau sangat time tu & xnk cte sgt pn sal ni)

2~ Time tengah guna oksigen ,mesej ngn kawan2 .tp ngn sorang kwn ni ,by b'ckap tentang mati .Mana la tw kan ,ajal kita hanya ALLAH je tw ,mati e2 kan pasti . .

3~Habis 1round okcgen ,but ,asma msih b'sisa ,so ,doc suruh guna okcgen kali ke 2 .redha je la kan ,nk bwt cmne lg . .huhu

4~Lepas cyap ,doc tanya ,dh ok x ? by jwab ok  ,sebab p'jalanan nafas by time 2 ok je . pening2 pn xde ,juz rasa sedikit loya

5~Berjalan pergi ke farmasi utk ambil 4jenis ubat.Ubat apa ?rahsia . .huhu . .

6~Lepas cyap ambil ubt ,by rasa loya sangat,ni mesti effect dr okcgen td ,then . .dlm p'jalanan tu ,pandangan by kabur ,badan by rasa ringan sangat ,by xdpt imbangkan badan ,tp by sempat b'pegang kt pagar ,tapi . . .

segalanya mulai gelap . .by dengar suara sayup2 ,tp by xdapat buka mata ,badan by lemah sangat . .& by rasa ,by terbaring kt lantai , ,by terdengar suara org kelam kabut minta by dianggkat . .then ,ada tgn yg m'buka tudung labuh yg menutupi kepala by ,ada tangan yg memeriksa pergelangan tangan by ,ada tangan yg memerikksa muka by ,by dpt rasa ,tp by xmampu bwt apa2 ,m'gerakkan sedikit anggota badan pn by xmampu . .

Tapi kan ,syukur by pengsan dlm keadaan baik ,mgkin xt'hantuk kt mana2 ,mgkin la ,by cte apa yg by ingat je tw =)

7~By buka mata ,by tengok keadaan sekeliling yg masih samar2 ,by tengok nurse&doc ,semuanya lelaki ,& yg paling penting ,by xbertudung !

8~By menanggis lah ,dlm hati je la kan ,malu ni ALLAH je tw ,rugi dah la bakal suami by nanti . .mahkota sendiri sudah dilihat lelaki lain . .huhuhuhu :'(

9~Tangan kanan ada alat untuk cek tekanan darah ,tangan kiri dicucuk& dimasukkan air . .sakitlah . .tapi xpe ,nurse laki tu hensem lah ,astagfirullah2 ,sempat lagi by ni ,huhu

10~By menyarung tudung kembali seperti sedia kala ,& meminta nurse simpan ubat2 yg berterabur di atas katil ,xsangka plak by ,dorang angkat by b'sama2 ubat td & xsimpan pn ubt2 ni .Sekali fikir cm lucu pn ada . .hehe

Pe yg bwt by geram kan ,doc laki yg cek asma by td ckap by pengsan sbb nk jumpa dia blek ,e ,tolonglah ,perasannya . .huhu

Selepas keadaan sedikit stabil ,by mula contact family&rakan2 ,alhamdulillah ,ada hamba ALLAH ni yg sudi menemani by . .Dan terima kasih untuk sahabat2 yg take care tentang by .terharu sangat2 . .jasa baik kalian hanya ALLAH  je yg boleh membalasnya . .by doakan kebaikkan ke atas kamu semua . .amin 

Wallahualam


Monday, 19 March 2012

.:: Segenggam Tabah Buatmu Ayah ::.




اللَّهُمَّ رَبَّ النَّاسِ أَذْهِبِ الْبِأْسَ، اشْفِ أَنْتَ الشَافِي لاَ شَافِيَ إِلاَّ أَنْتَ شِفَاءً لاَ يُغَادِرُ سَفَمًا

Alhamdulillah , by sempat pergi melawat abah di hospital . . sayunya hati ni ALLAH je tw . . cermin kaca memisahkan kami . .by hanya dapat melihatnya dr kejauhan . .melihatnya terbaring lemah dlm sebuah bilik yg dingin sekali . .skadar melihat pn sudah diminta pakai mask ,inikan pula ingin mendekatinya . .lambaian by dr luar  hanya dibalas dengan sebuah pandangan yg sukar utk by mengerti . . bersabarlah ,semoga dugaan yg menimpa ini ,m'jd penawar kpd dosa-dosa kita ye . .ummi ,semoga ummi tabah m'jaga abah ,abah beruntung ada isteri mcm ummi ,setia dcc abah suka&duka . .                                                     

                                       
                                                      
Ketika berjauhan
Masihku rasa hangat kasihmu ayah
Betapaku rindukan redup wajahmu
Hadir menemaniku
Terbayang ketenangan
Yang selalu kau pamerkan
Bagaikan tiada keresahan

Walau hatimu sering terluka
Tika diriku terlanjur kata
Tak pernah sekali kau tinggalkan
Diriku sendirian
Ketika ku dalam kedukaan
Kau mendakap penuh pengertian
Di saat diriku kehampaan
Kau setia mengajarku
Erti kekuatan
Terpancar kebanggaan
Dalam senyummu

Melihatku berjaya
Bilaku kegagalan
Tak kau biarkan
Aku terus kecewa
Dengan kata azimat
Engkau nyalakan semangat
Restu dan doa kau iringkan
 
Terbayang ketenangan
Yang selalu kau pamerkan
Bagaikan tiada keresahan

Tak dapatku bayangkan
Hidupku ayah
Tanpa engkau di sisi
Semua kasih sayang
Yang kau curahkan
Tersemat di hati

Wednesday, 14 March 2012

.:: Andai Itu Takdir-NYA ::.


Takdir-takdir untuk makhluk telah di tulis di Luh mahfuz. Seperti yang diterangkan oleh Ibnu Abbas bahawa setelah Allah menjadikan Qalam maka Allah berfirman kepadanya: Tulislah, kemudian pena itu menuliskan apa yang akan terjadi sampai hari kiamat. Pena itu menulis di Luh Mahfuz iaitu papan tulis yang terpelihara. Takdir yang tertulis di Luh Mahfuz masih menerima perubahan kerana ada takdir tertulis di situ yang sudah dan ada takdir yang belum putus. Takdir ini dinamakan "takdir Mu'allaq". Umpamanya ada seseorang yang ditakdirkan usianya 60 tahun, tetapi jika ia menghubungkan silaturrahim yang sudah putus maka umurnya ditambah oleh Allah SWT.

Ada orang yang sudah dituliskan akan dimasukkan ke dalam neraka, tetapi jika ia banyak berdoa kepada Allah, agar dijauhkan dari neraka ia akan dimasukkan ke dalam syurga. Takdir yang semacam ini ditulis juga dalam Luh Mahfuz. Firman Allah SWT maksudnya: "Allah menghapuskan apa yang Dia kehendaki dan menetapkan (apa yang Dia kehendaki), dan disisiNya terdapat ummul Kitab (Luh Mahfuz). (Ar Ra'd ayat 39)

Menurut Tafsir Qurtubi, semua takdir Allah yang telah tertulis di Luh Mahfuz itu boleh dihapus oleh Allah jika Ia menghendaki, ataupun Allah tetapkan saja sesuai dengan kehendakNya. Kemudian yang dapat merubah takdir yang tertulis dalam Luh Mahfuz itu adalah doa dan perbuatan baik. Rasulullah SAW bersabda: "Tiada yang boleh menolak takdir selain doa, dan tiada yang boleh memanjangkan umur kecuali perbuatan baik". (Riwayat Tirmizi)

Begitu juga menghubungkan silaturrahim boleh juga mengubah takdir. Umur yang pendek boleh dipanjangkan oleh Allah, rezeki yang sukar akan dimudahkan oleh Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Dari Anas bin Malik beliau berkata, Bersabda Rasulullah SAW: "Barangsiapa yang suka banyak rezekinya dan lambat datang ajalnya maka hendaklah ia menghubungkan silaturrahim". (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Sunday, 26 February 2012

.:: Luka Dan Pengorbanan ::.



PENGORBANAN  . . 

Kenapa perlu ada air mata menangisi sebuah pengorbanan . .

Andai pengorbanan itu lahir dr hati sendiri tanpa dipaksa . .

Kenapa perlu ada air mata menangisi sebuah pengorbanan . .

Andai pengorbanan itu demi kebahagiaan orang tersayang . .

Kenapa perlu ada air mata menangisi sebuah pengorbanan . .

Andai hati ikhlas berjihad berkorban kerana ALLAH SWT . .

Kenapa perlu ada air mata menangisi sebuah pengorbanan . .

Andai diri yakin tersembunyi sebuah hikmah kurniaan ILAHI . .

Kenapa perlu ada air mata menangisi sebuah pengorbanan . .

Andai di hadapanya terbentang seribu kebahagiaan . .

( Sesungguhnya Allah sangat mencintai orang-orang yang selalu ingin membahagiakan orang lain dengan apa yang dimilikinya )


~ LA TAHZAN  ~


Ruby: 12'20am