. . .بسم الله الرحمن الرحيم

Saturday, 4 August 2012

.:: Ketentuan ILAHI ::.



16 Ramadhan 1433H , 1:12 am ,mata masih 'segar' wlwpun telah sedaya upaya cuba menikmati nikmat rehat kurniaan ILAHI .Di kala suasana sunyi menghimpit diri ,memori pantas memainkan peranan ,berfikir perkara2 yg telah terjadi & mungkin akan terjadi .Perasaan bercampur baur ,tidak tahu mana yang betul .Iman mula goyah bila dugaan melanda ,tapi by pasti ,itu semua mengajar erti tabah .Kenangan2 lalu mula menjelma ,yang menyakitkan membuat air mata mengalir & yang mengembirakan pasti membuahkan sebuah senyuman yang tiada siapa pun mengerti .

Macam mana nak hadapi hari2 mendatang kalau diri masih lagi ditentang hebat ,tiada lansung simpati .Hilang nilaian kasih sayang bila dikaburi sebuah kebencian .Andai tiada lansung tempat disisi manusia ,biarlah ada tempat disisi ALLAH .Itu yang terbaik . 1 ,2 ,3 ,4 ,mula mengimbas kembali insan2 yang pernah merampas tempat DIA di hati .Berasal dr latar belakang yang berbeza ,zahir & batin juga berbeza ,prinsip hidup ,& jalan kisah hidup cukup berbeza .Tapi 1 je yang sama ,niat untuk menghalalkan yang haram .Mereka yang mengajar erti suka & duka .Tahap keimanan & ketaqwaan yang berbeza ,& wlw sehebat mana pun merancang ,ketentuan-NYA lebih hebat mengatasi segalanya .

Kita salah menilai cinta kerna ALLAH ,kita salah mentafsir kalimah ukhwah fillah ,andai batas syariatnya xpernah kita jaga .Jika menyanyanginya ,bawalah dia menuju ALLAH ,bukan menjauhkan dia dr ALLAH.Pimpinlah dia mengejar pahala ,bukan mengajar dia menghimpun dosa..Jangan harap DIA menghadirkan seseorang yg setia untuk kita ,andai kita xpernah setia mencintai-NYA .



YA ALLAH ...
Ampunkanlah diri ini ,andai hati milik-MU ini pernah terpesong dr mengingati-MU, 
Ampunkanlah diri ini ,andai kehadiran dia membuatku lalai dlm mencintai-MU ,
Ampunkanlah diri ini  ,andai benih2 kasih & sayang mula tumbuh menghiasi taman hati ini ,
Ampunkanlah dia ,andai kehadirannya pernah merampas sekeping hati milik-MU YA ALLAH ,
Satukanlah kami YA ALLAH ,andai benar kami yang ditakdirkan bersama sesuai dengan ketentuan-MU.




kadang-kadang,ketakutan pada kehilangan,
membuat kita rela untuk tak pernah memiliki.

kadang-kadang,kerisauan pada kekecewaan,
membuat kita takut untuk berharap dan memasang impian.

kadang-kadang,ketakutan pada pengkhinatan,
membuat kita takut untuk mempercayai.

selalu,bukan kita tak mahu,
cuma kerana terlalu takut,membuat kita terkaku.
dan kerana itu,kita rela tak ambil tahu,
kita rela tak percaya.

kita rela tak memiliki apatah lagi bermimpi.
kerana kita takut,itu akan akhirnya hanya melukai.”



Untuk yang seterusnya , bila masanya tiba ,segalanya akan dipermudahkan-NYA ,bukan ragu2 dlm menerima ,tapi ,takut terluka di kemudian hari .Hati kita milik ALLAH ,takdir hidup kita juga ketentuan-NYA ,bila-bila masa semua itu akan terjadi mengikut kehendaknya ,hati kta akan berubah dgn kehadiran2 insan lain yg akan menguji ketelusan hati kita dalam menjaga sebuah hubungan ,kejadian2 diluar jangkaan yg akan menyebabkan kita menangisi sebuah perpisahan .Pahit di awal ,akan manis diakhirnya ,percayalah ! Kita sama2 berjihad menuju ALLAH ,sebagai bekal untukmu bersamaku menuju Jannah-NYA ,sebagai kekuatan untukmu tabah mengharungi pelbagai dugaan bersamaku .Walau xpernah terucap , hanya DIA mengetahui segalanya ,disaat niat & lafaz untuk memimpinku ke Jannah-NYA mulai terang setelah sekian lama dikaburi sebuah keraguan , rasa sayang itu dah ada di hatiku untukmu ... :')


Emmm ... dh habis ,masa untuk rehat ,save energy untuk beribadah kpd-NYA ,insyaALLAH ,akan terus istiqamah walaupun bulan mulia Ramadhan ni bakal meninggalkan kita lebih kurang 15 hari lagi .Jangan lupa untuk tahajjud ye & ingat ,semua yang terjadi sudah ketentuan ILAHI .. nie aje dr by untuk hari ni ,wallahualam

Tuesday, 31 July 2012

.:: Gadis BerniQab ::. ( Next Part ) ::.



 
Humaira terdiam seketika. Dia tidak tahu mahu bermula di mana. Jika diikutkan amat berat untuk dia mengingati kembali kisah lamanya itu. Kisah yang mahu dia hapuskan dari kamus hidupnya. Isy Ira, tadi kata nak cerita, ni dia dok termenung pulak, Alice menegur Humaira yang kelihatan sedang mengelamun. Hah Alice nak dengar cerita dari mana? soal Humaira pula. Ok, Alice nak tahu macam mana Ira boleh kenal dengan Bukhari tu. Dulu, Ira just cerita Ira ada boyfriend nama Bukhari, Ira tak cerita pun macam Ira kenal dia, Alice menerangkan. Hah kalau macam tu, biar Ira start dengan detik-detik awal kitorang kenallah.

 ***** Assalamualaikum warahmatullah, Assalamualaikum warahmatullah, kedengaran suara imam memberi salam. Semua jemaah mengikutnya, berpaling ke kanan, selepas itu berpaling ke kiri. Kesemua jemaah sedang khusyuk beristighfar. Astaghfirullah, astaghfirullah, astaghfirullah. Selepas itu mereka bertasbih, bertahmid dan bertakbir memuji Allah. Perlahan-lahan mereka berzikir sendiri-sendiri. Sunyi keadaan masjid ketika itu. Masing-masing menumpukan kepada ibadah masing-masing. Cuma kadangkala terdengar suara si bayi merengek, mungkin kehausan susu, atau kanak-kanak berlari, bermain di serambi masjid. Usai sahaja memohon keampunan Tuhan dan memuji-mujinya, seorang demi seorang bangun untuk menunaikan solat sunat badiyah Isya. Humaira sedang mengemas telekungnya. Dia sudah usai menunaikan solat sunat badiah Isya. Dia sedang menunggu ibunya, makcik Limah yang masih sedang di tahiyyat akhir. Selesai sahaja solat, makcik Limah terus pergi ke arah anak perempuannya. Jom balik ibu, Humaira mengajak makcik Limah pulang ke rumah. Makcik Limah hanya mengangguk. Sambil berjalan pulang ke rumah, kedua-dua beranak ini berbual-bual. Siapa yang jadi imam solat Isya tadi ibu? Tak pernah dengar pun suaranya. Rasanya bukan Ustaz Taib jadi imam tadi,Humaira menyoal ibunya. Haah, bukan Ustaz Taib. Maghrib tadi ustaz Taib jadi imam, tapi tadi Isya bukan. Ibu dengar orang cakap yang imam tu anak ustaz Taib.Oo anak ustaz Taib. Anak dia yang mana ye? Tak pernah nampak pun anak dia ikut dia datang mengajar kat masjid ni, Humaira menyoal lagi. Entah ibu pun tak tahu, jawab makcik Limah kepada anaknya. Piin, kedengaran bunyi hon kenderaan dibelakang mereka. Makcik Limah dna Humaira terus berhenti. Sebuah kereta Iswara putih berhenti. Kelihatan didalamnya Ustaz Taib dan seorang pemuda. Ustaz Taib membuka tingkap keretanya. Dia menyapa makcik Limah. Assalamualaikum WBT. Kak Limah apa khabar?Waalaikumussalam WBT. Eh ustaz, baik-baik sahaja. Ni ustaz nak pergi mana ni? Ini bukan arah ke rumah ustaz?Takdelah, saya nak pergi rumah tok penghulu sekejap. Ada hal nak bincang dengan dia.Ooo, eh tu siapa tu duduk sebelah ustaz tu? soal makcik Limah sambil jarinya menunjukkan ke arah pemuda yang duduk di sebelah kiri Ustaz Taib. Ini anak saya. Dia tengah cuti ni. Sebab tu dia ikut saya datang mengajar kat sini.Ooo kat mana dia belajar tu ustaz? soal makcik Limah lagi. Belajar agama je, dekat Universiti Islam Antarabangsa, dekat Gombak tu. Sekarangkan cuti semester, tu yang dia ada ni,terang Ustaz Taib. Anaknya yang duduk disebelah hanya tersenyum sahaja. Sesekali dia menjeling ke arah Humaira yang sedang berdiri di sebelah ibunya, makcik Limah. Eh, ni anak akak ni, apa namanya? Dah lupa pulak, maklumlah dah tua. Sekarang study di mana?Ooo yang ni nama dia Humaira. Sekarang baru je habis matrik kat UIA. Bulan Julai nanti dia masuk Gombak lah pulak.Ooo, Humaira ambil kursus apa kat UIA tu?soal Ustaz Taib kepada Humaira pula. Ekonomi je.Oo nanti masuk UIA, bolehlah jumpa dengan anak saya ni. Dia belajar kat UIA. Tapi kursus lainlah. Lagipun dia dah setahun kat sana.Ooo, jawab Humaira pendek. Dia kelihatan tidak selesa. Dia perasan bahawa anak Ustaz Taib tu sedang melihat ke arahnya. Okeylah kak Limah, saya pun dah lewat ni. Lama pulak nanti tok penghulu menunggu kat rumah dia tu. Saya pun memang dah janji nak pergi rumah dia tu, terang Ustaz Taib. Baiklah ustaz, Assalamualaikum WBT.Waalaikumussalam WBT, jawab Ustaz Taib. Dia terus menutup tingkap keretanya. Kereta Iswara putih itu terus meluncur ke arah destinasinya. Humaira dan makcik Limah meneruskan perjalanan mereka. Dalam masa tidak sampai lima minit, mereka sudah sampai di halaman rumah.

***** Ooo, macam tu rupanya Ira start kenal dengan Bukhari. Haah, macam tu je. Takdelah best sangatpun, jawab Humaira pendek. Tapikan, dari cerita Ira tadi, Bukhari ni baik orangnya, kenapa sekarang Ira dan mak Ira macam tak suka je dengan Bukhari tu? Alice menyoal lagi. Itu baru start cerita lah Alice. Ira belum cerita lagi bila Ira start berhubung dengan Bukhari, dan kenapa pulak Ira benci sangat kat dia sekarang. Hah, apa lagi, ceritalah kat Alice. Macam best je! Hah best kata Alice, sampai hati Alice kata macam tu, Humaira seakan-akan merajuk. Alah Ira, Alice main-main jelah. Takde bestnya, Alice nak tahu je. Ceritalah Ira. Yelah, yelah. Amoi ni tak sabar-sabar pulak.

***** Hah, Ira. Dah siapke barang-barang nak pergi masuk Gombak tu. Semua barang dah beli ke? Alah ibu, barang-barang dari matrik dulu boleh guna lagi. Semua still ada dalam kotak tu. Tak payah beli yang baru pun. Takkan tak nak beli barang baru kot, sarung bantalke, sarung tilam ke, beg nak pergi kelas ke? soal makcik Limah lagi. Isy, tak payahlah ibu. Elok lagi barang-barang tu. Ira baru guna setahun je kat matrik. Elok lagi. Kalau macam tu baguslah. Humaira hanya tersenyum sahaja. Begitulah ibunya, sangat mengambil berat. Setiap hal akan diingatkan kepada Humaira. Dari sekecil-kecil hal, sampai yang sebesar-besarnya. Humaira sedang membaca buku yang baru dibelinya dari pekan Tampin tadi. Menarik tajuknya .Sifat Solat Rasulullah. Tertulis di kulit buku nama penyusunnya Shaikh Nasiruddin al-Albani. Humaira terus membaca dan membaca. Banyak hal-hal dalam solat yang tidak diketahuinya wujud di dalam buku ini. Lebih-lebih lagi di dalam buku itu diletakkan sumber-sumber hadith untuk setiap perbuatan dan perihal di dalam solat. Seronok membacanya. Selama ini Humaira hanya belajar solat di sekolah. Tak pernah pulak di ajar apa buktinya Rasulullah SAW bersolat sebegitu rupa. Hah Ira, lupa lak ibu nak bagitahu tadi. Tolong pergi kedai jap. Beli mee kuning. Mak nak buat mee gorenglah petang ni. Humaira terus bingkas bangun. Dia meletakkan buku Sifat Solat Nabiitu di atas rak bukunya. Dia terus mencapai tudung yang memang sudah sedia disangkut pada hanger. Mudah bila nak keluar nanti. Dia menyalin pakaiannya. Tadi di rumah dia hanya memakai kemeja T berlengan pendek sahaja. Dia terus menyalin memakai kemeja T berlengan panjang, labuhnya juga sampai hampir ke paras lutut. Ira, duit ada kat atas meja kat ruang tamu tu. Baik ibu, jawab Humaira pendek. Dia terus turun dari rumahnya. Dia mencapai basikal Le Runnya. Jarak kedai runcit dari rumahnya tidaklah terlalu jauh. Kalau menunggang basikal, tak sampai 2 minit pun. Humaira terus memecut basikalnya. Seronok tunggang basikal laju-laju macam ni. Tiba di selekoh Humaira berhenti seketika. Melihatkan tiada kenderaan yang lalu. Dia terus melintas dengan basikalnya. Piin, Piin!, kedengaran suara hon. Humaira menoleh ke kirinya. Ya Allah! terpacul kalimah itu dari lidah Humaira. Motosikal yang tadi dia lihat jauh sudah semakin hampir dengannya. Dia cuba mengawal keadaan, Humaira terus mengelak ke tepi jalan. Basikal Le Runnya terlanggar pili bomba yang ada ditepi jalan tersebut. Humaira tersembam ke tanah. Motor Honda EX5 tadi berhenti. Seorang pemuda yang berkemeja T turun dari motor itu. Enjin motosikal dimatikan. Dia melihat ke arah Humaira. Pemuda itu kelihatan sedikit takut-takut. Mungkin risau hal-hal yang tak diingini menimpa Humaira. Akak, akak tak apa-apa ke? pemuda itu mula bertanya. Dia tidak tahu bagaimana mahu memanggil Humaira. Panggilan akak lebih sopan mungkin baginya. Kamu ni buta ke apa? Tak nampak ke orang melintas kat depan tu. Dahlah tu bawak motor dalam kampung laju-laju pulak tu. Kak, saya minta maaf kak. Saya nak cepat tadi. Akak tak apa-apake. Macam cedera je dekat tangan tu. Nak saya hantarkan pergi klinik.Tak payah, saya boleh pergi sendiri, jawab Humaira pendek. Humaira terus bangun. Dia membelek-belek basikalnya. Dia tidak memandangpun ke arah pemuda tadi. Dia berdiri membelakangkan pemuda itu. Masih elok basikalnya. Tak payahlah dia nak berjalan kaki ke rumah. Dia membatalkan hasrat untuk pergi ke kedai. Dia berpatah balik pulang ke rumah. Waktu itu dia melihat ke arah pemuda yang hampir-hampir melanggar dia tadi. Astaghfirullah! Humaira terkejut. Pemuda tadi juga menoleh ke arah Humaira. Dia turut terkejut. Ya Allah! Humaira terus menuggang basikalnya pulang ke rumah. Dia sedikit menyesal. Sedikit rasa malu timbul dihatinya. Pemuda tadi juga turut terkejut. Dia membiarkan sahaja Humaira pergi. Nyaris-nyaris dia melanggar Humaira. Nasib baik tidak ada apa-apa yang terjadi. Sampai sahaja di rumah. Humaira terus meletakkan basikal di bawah rumahnya. Dia terus berlari naik ke atas. Dia masuk ke bilik air. Dia cuba mencuci luka di pergelangan tangannya. Pedih. Dia menahan sakit. Humaira keluar dari bilik air. Makcik Limah kehairanan. Aik, bila pulak dia balik, hatinya berbisik. Ira, mana barang yang ibu suruh beli tadi? soal makcik Limah. Ye mak. Tak sempat belipun, jawab Humaira pendek. Hah tak sempat beli? Macam mana pulak boleh tak sempat? soal makcik Limah lagi. Dia terus pergi ke arah bilik anak daranya itu. Dia melihat Humaira sedang meletakkan ubat pada ditangannya. Makcik Limah terkejut. Ya Allah! Ira accident ke tadi, kenapa tak cakap kat ibu? Sikit je ibu, bukan teruk sanga pun. Hah yelah tu. Tak nak pergi klinikke. Biar ibu call kan teksi. Kita pergi klinik. Biar doktor cuci luka kat tangan kamu tu. Cepat sikit sembuh. Isy, tak payahlah ibu. Sikit je ni. Ira boleh letak ubat sendiri. Suka hati kamulah Ira. Tulah bawak basikal laju-laju sangat. Kan dah accident! Humaira hanya mendiamkan diri sahaja. Dia terus meletakkan ubat di tangannya. Sesekali dia mengaduh kepedihan. Rasa pedih bila terlanggar luka ditangannya.

 ***** Haha! Kelakarlah Ira ni. Nasib baik tak apa-apa. Betullah cakap mak Ira tu. Ira suka sangat bawak basikal laju-laju, Alice berseloroh sambil tergelak. Isy, apa pulak, budak tu lah. Bawak motor macam tak sayang nyawa. Eh, sambung lah lagi. Baru pukul 11 ni. Pukul 12 malam nanti baru Ira boleh stop cerita. Amboi! Ni nak dera Ira ke. Okeylah untuk cik Alice yang comel ni, Ira ceritalah lagi, kata Humaira.

***** Assalamualaikum WBT. Kedengaran suara lelaki di halaman rumah memberi salam. WaalaikumussalamWBT. Makcik Limah menjawab. Dia terus mencapai tudungnya yang ada di dapur. Siapa pulak yang datang tengah-tengahari ni? soalnya di dalam hati. Makcik Limah terus bergerak ke pintu rumah. Dia melihat keluar. Kelihatan Ustaz Taib, isterinya dan anaknya yang menuntut di UIA itu. Eh, ustaz, ustazah. Apa tercegat kat bawah tu. Naiklah atas, makcik Limah mengajak mereka naik ke atas rumahnya. Makcik Limah terus bersalaman dengan isteri ustaz Taib. Dia mempersilakan mereka duduk. Makcik Limah mahu memanggil Humaira untuk membuatkan air kepada tetamu yang ada ini. Makcik Limah membatalkan hasratnya. Dia teringat yang tangan anaknya luka. Mungkin masih sakit lagi agaknya. Eh ustazah, ustaz, kenapa datang tak beritahu. Ni tak sediakan apa-apa ni. Tengah masak tadi kat dapur.Eh, tak payah susah-susahlah kak. Kami pun tak rancang pun nak datang ni.Ooo, macam tu. Eh biar saya ke dapur kejap, sediakan minuman, panas-panas ni, mesti ustaz dan ustazah hauskan.Eh tak payahlah kak. Kami datang ni pun ada hal sikit. Pasal Humaira.Hah pasal Humaira. Kenapa dengan anak saya ustaz? Apa dia buat? soal makcik Limah. Dia terkejut apabila tiba-tiba ustaz Taib menyebut nama anak tunggalnya. Tak ada apa-apa. Ni tadi Bukhari baru bagitahu. Waktu dia balik dari pekan tadi, dia hampir accident dengan Humaira kat simpang tadi. Tu yang dia ajak kami datang sini. Yelah nak tahu juga macam mana keadaan anak akak tu, terang ustaz Taib. Ooo. Patutlah. Ira ada dalam bilik tu. Biar saya panggilkan dia kejap. Makcik Limah terus pergi ke bilik anaknya. Humaira sedang berbaring-baring sambil menyambung membaca buku Sifat Solat Nabi tadi. Dia khusyuk membaca tanpa menyedari kehadiran ibunya di pintu biliknya. Ira, Ira. Keluar kejap nak. Ustaz Taib sekeluarga ada kat luar tu. Mereka nak jumpa Ira. Humaira terus mencapai tudungnya. Dia dapat menjangka tujan kehadiran ustaz Taib sekeluarga. Humaira terus bergerak ke ruang tamu. Dia pergi ke arah isteri ustaz Taib. Dia menghulurkan tangan untuk bersalam dengan ustazah Hasmah, isteri ustaz Taib. Apa khabar ustazah, Humaira bertanya khabar sambil bersalaman. Ustazah baik-baik sahaja. Humaira macam mana? Saya sihat je ustazah.Hah luka Humaira tadi macam mana. Nak ustaz bawakan pergi klinikke? Isy tak payahlah ustaz, sikit je ni, jawab Humaira pendek. Kami datang ni nak mintak maaflah pada kak Limah dan Humaira tadi. Nasib baik tak jadi apa-apa tadi. Ni si Bukhari ni yang beria-ria ajak datang. Takut sangat dia tadi lepas waktu hampir accident dengan Humaira ni. Takpelah ustaz, ustazah. Bukan apa-apa pun. Sikit je ni. Silap saya juga tadi. Main lintas je, terang Humaira pula. Tulah, Bukhari ni. Dah berapa kali ummi cakap. Bawak motor tu perlahan-lahanlah sikit. Ni main laju je. Nasib baik tak jadi apa-apa, tambah ustazah Hasmah lagi. Saya minta maaf ye Humaira. Tak sengaja tadi, Bukhari pula bersuara. Hah rancak berbual. Berbual-bual tu, jomle minum sikit, makcik Limah bersuara sambil menghidangkan air dan sedikit kuih kepada ustaz Taib sekeluarga. Eh dengar ceritanya, Humaira minggu depan dah nak masuk UIA Gombak ye? soal ustazah Hasmah. Iye ustazah, minggu depan. Ada sesi orientasi lagi kat sana nanti. Lepas seminggu tu baru start kelas agaknya. Haah, seminggu nanti kena sesi orientasi, tapi kat UIA dia tak panggil orientasi, Bukhari cuba mencelah. Oo dia panggil apa pula? soal ustazah Hasmah. Kat UIA dia panggil taaruf week. Ooo, macam tu, sampuk makcik Limah pula. Eh nanti minggu depan nak pergi UIA naik apa pula? Takkan naik bas kot? Barang banyak tu biasanya kalau budak baru masuk, ustaz Taib pula mencelah. Rancangnya mungkin nak sewa kereta dari Tampin ni. Ingatkan petang ni nak pergi rumah Haji Abu tu. Ingat nak sewa van dia tu. Yelah banyak barang nak dibawakan. Eh, apa kata biar kami je hantar. Lagipun waktu tu hari Ahad, bukan kami bekerjapun. Isy, tak payahlah ustaz, buat susah-susah ustaz je. Takpe, kami pun bolehle juga nak ziarah saudara-mara kat Kuala Lumpur tu. Lagipun bukan jauh sangat. Dua jam sahaja perjalanan dari Tampin ni. Hah, nanti saya ada waktu sesi taaruf week tu. Saya jadi komiti waktu taaruf week tu. Ooo, baguslah macam tu. Kalau Humaira ada apa-apa masalah. Bolehlah jumpa je Bukhari ni. Mintak tolong dia. Manalah tahu kena ragging ke. Isy ummi ni, kat UIA mana ada ragging-ragging. Eh, tak ada ke. Ummi selalu dengar kat tempat lain, kalau orientasi je, mesti ada ragging-ragging ni. Benda biasa je ragging-ragging ni. Tak adalah ummi. Kat UIA tak ada semua benda ni. Oo baguslah macam tu. Tak payahlah makcik nak risau sangat tentang Humaira ni, sampuk makcik Limah pula. Humaira hanya mendiamkan diri. Dia memang sudah sedia tahu bahawa di UIA tiada budaya ragging. Sejak masuk ke matrikulasi UIA di Petaling Jaya lagi, dia sudah tahu akan hal ini. Inilah yang mungkin membezakan UIA dengan universiti-universiti yang lain. Hah, Bukhari bagilah no handphone kamu kat Humaira. Senanglah dia nak telefonke, sms ke waktu kat Gombak nanti. Manalah tahu ada hal-hal penting ke, ustazah Hasmah bersuara lagi. Betul cakap ummi kamu tu. Kalau demam ke, atau nak pergi Bandar KL beli barangke. Bolehlah kirim kat Bukhari ni. Dia ada motor. Tak payah Humaira nak keluar pergi bandak KL tu, ustaz Taib menyokong saranan isterinya ustazah Hasmah. Isy, tak payahlah ustaz, ustazah. Buat susah-susah je, jawab Humaira pula. Eh tak apa. Hah Bukhari, bagilah nombor handphone kamu kat Humaira tu, ustaz Taib berkata kepada anaknya. Bukhari menyebutkan nombor handphonenya sambil tangan Humaira ligat menaipnya di telefon bimbit jenis Nokia. Humaira, miss call saya. Saya nak save no handphone kamu, Bukhari bersuara. Humaira tidak berkata apa-apa. Dia terus mendail nombor telefon Bukhari yang baru sahaja dia dapat tadi. Telefon bimbit Bukhari berbunyi. Nombor telefon Humaira tertera di skrin telefon Bukhari. Bukhari menekan butang telefon bimbitnya dan menyimpan nombor Humaira. Eh, kak Limah. Kami balik dululah. Nanti apa-apa hal. Kami telefonlah,ustazah Hasmah bersuara seraya bangun untuk bersalaman dengan makcik Limah dan Humaira. Iye, insya-Allah ustaz, ustazah. Kalau senang nanti. Datanglah lagi kat rumah ni,jawab makcik Limah pula. Ustaz Taib sekeluarga terus turun dari rumah makcik Limah. Makcik Limah dan anaknya Humaira berdiri di pintu rumah mereka sambil memerhatikan kereta ustaz Taib beredar dari rumah mereka. Humaira terus membantu ibunya mengemaskan cawan-cawan minuman tadi. Walau luka ditangannya masih terasa pedih. Dia tetap membantu ibunya. Jam sudah menunjukkan pukul satu tengahari. Lagi sepuluh minit masuklah waktu Zuhur. Makcil Limah memanggil anaknya. Ira, dah mandike. Nanti kita solat Zuhur berjemaah ye.Ibu, Ira cutilah hari ni.Aik cuti, pagi tadikan kita solat Subuh sama-sama.Tadi, pukul sepuluh pagi tadi, baru darah keluar. Ira dah agak dah. Hari ni mesti cuti punya. Dari malam tadi Ira dah rasa semacam je kat perut ni. Nasib baik pad ada lagi.Ooo, kalau macam tu takpelah. Ibu solat sorang-sorang sahajalah ni. Ira pergilah rehat. Jangan buat kerja berat-berat. Nanti lambat baik pulak luka kat tangan tu.Baiklah ibu, jawab Humaira pendek. Dia terus melangkah ke dalam biliknya. Dia ingin menyambung membaca buku Sifat Solat Nabi nya itu. Asyik tergendala sahaja dari tadi. Kalau boleh tengahari ini juga ingin dikhatamnya buku itu. Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Ada mesej yang masuk. Humaira terus membuka peti mesejnya. Tertera nama Bukhari sebagai penghantar mesej itu. Apa pulak mamat ni nak, baru dapat nombor dah hantar mesej,rungut Humaira di dalam hatinya. Dia terus membaca mesej itu. Aslm wbt. Ya ukhti Humaira, ana mahu minta maaf atas kejadian tadi. Bukan sengaja nak langgar anti tadi. Humaira hanya membaca mesej itu. Dia tidak membalaspun. Malas kata hatinya. Dia terus membaca dan membaca buku Sifat Solat Nabi itu. Dan tanpa disedari dia terlelap di atas katilnya. Buku yang dibaca itu terletak di atas dadanya. Mungkin terlalu letih. Makcik Limah usai solat Zuhur. Dia terus ke bilik Humairah. Fikirnya mahu mengajak Humaira makan tengahari. Dia membatalkan niatnya itu apabila melihat anak tunggalnya itu sudah tidur. Dia membiarkan sahaja. Jam 230 petang baru Humaira terjaga. Dia melihat telefon bimbitnya. Ada tiga sms yang diterima. Dia terus meembaca. Ketiga-tiga mesej itu dari Bukhari. Mesej pertama: Kenapa anti tak balas sms ana? Anti masih marah dengan ana? Mesej kedua: Anti masih marah dengan ana? Mesej ketiga: La Basa. Ana tahu siapa diri ana. Kalau anti tak mahu berkawan dengan ana pun tak apa. Humaira hanya menggeleng-geleng kepalanya. Tidak faham. Baginya tiada keperluan untuk dia membalas SMS Bukhari. Belum pernah dia berhubung dengan mana-mana lelaki, bahkan nombor telefon bimbitnya pun tidak diketahui mana-mana lelakipun. Tadipun, dia tidak ada alasan untuk menolak bila Bukhari meminta nombor telefon bimbitnya. Jika tadi tiada ustaz Taib dan ustazah Hasmah. Memang jangan mimpi Bukhari akan mendapatkan nombor telefonnya. Humaira terus mendelete sms-sms dari Bukhari tadi. Malas aku nak layan, dengus Humaira di dalam hatinya.

 ***** Isy, Ira ni. Tak baiklah buat macam tu. Mesti bengang si Bukhari tu Ira tak layan dia. Biarlah siapa suruh. Ingatkan pak lebai macam dia tu tak layan perempuan. Gatal jugak rupanya.Isy Ira ni. Tak baik cakap macam tu. Entah-entah waktu tu dia betul-betul nak minta maaf ke, Alice bersuara lagi. Ira pun fikir macam tu juga. Rasa tak baik buat macam tu. Jadi malam tu, Ira replylah sikit SMS dia.Wah, reply jugak. Ingatkan tak nak layan si Bukhari tu. Alah malam tu je Ira reply sms dia. Lepas tu sampai masuk UIA Gombak takdelah.Ooo macam tu. Tapi Ira belum cerita lagi kenapa Ira dengan mak Ira marah sangat dengan dia.Hmm, Humaira seakan mengeluh. Alice hanya memandang ke arah wajah Humaira. Alice percaya ke kalau Ira cerita kenapa Ira benci sangat dengan dia.Mestilah, kenapa pulak tidak, jawab Alice. Ira pun macam tak percaya yang Bukhari macam tu. Tak sangka budak baik macam dia sanggup buat benda tak elok macam tu.Apa yang Bukhari buat Ira? soal Alice tidak sabar. Lepas masuk UIAM Gombak tu, Bukhari adalah jugak sms-sms Ira. Dia selalu ajak Ira pergi kuliah-kuliah agama yang ada dekat UIA tu. Ira sukalah jugak dapat sms dari dia.Oo macam tu.Tapi, ada satu hari tu sms dia lain macam sikit.Hah apa yang lain tu Ira, ceritalah.

 ***** Malam itu Humairah sedang membuat latihan Business Mathematicnya. Jam sudah menunjukkan pukul 12 malam. Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Ada sms yang masuk. Mesej dari Bukhari. Humaira tidak merasa apa-apa. Mungkin esok ada kuliah agama kot. Humaira terus membuka sms tadi. Aslm wbt Ya ukhti Humaira. Tengah buat apa tu? Humairah terdiam seketika. Apa pula mimpi mamat ni bertanya khabar malam-malam buta ni. Biasanya smsnya hanya berkisar pada mengajak hadir ke kuliah, pembatalan kuliah, takpun mesej-mesej yang berbentuk tazkirah. Humaira menaip mesej. Tidak sedap hati pula jika tidak membalas mesej ini. Wslm wbt. Ana tengah study. Apa mimpi akhi mesej ana malam-malam ni? Humaira terus menghantas sms itu. Tak sampai seminit sms berbalas lagi. Ana teringatkan anti. Asyik terbayang wajah anti sahaja.Humaira kelu seketika. Apa mahu dibalas. Tapi jarinya terus menaip sms. Akhi ni nak bergurau-gurau pula malam-malam ni. Ana tak ada masa. Ana nak study ni. Bukhari membalas lagi: Ana bercakap benar. I really-really miss u. Ana suka kat anti. Humaira terdiam. Gila! Tapi di dalam hatinya sedikit keriangan. Dia sudah tidak tahu apa yang mahu dibalas dengan sms itu. Terus ditutupnya buku Business Mathematicnya. Dia tersenyum sendirian. Jauh dilubuk hatinya, dia juga menyukai Bukhari. Tak sangka lelaki itu menyimpan perasaan yang sama kepada dirinya. Malam itu Humaira asyik terbayangkan wajah Bukhari. Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi lagi: Esok kita jumpa di kuliah feqh ya. Dah lama ana tak jumpa anti. I miss you. Wslm wbt,Humaira tersenyum. Sebelum melelapkan mata, sempat lagi dia menaip sms untuk membalas sms Bukhari. I miss you too. See you tomorrow.

***** Amboi, jiwangnya kamu dengan Bukhari ni. Bukan main lagi ye Ira.Entahlah Alice, Ira pun tak tahu kenapa dengan senang je Ira terima Bukhari tu.Mungkin sebab dia baik kot. Sebab tu Ira senang je terima dia.Mungkin betul juga kata Alice. Sebab Ira ingat dia baiklah Ira terima dia.Hmm, jadi apa yang berlaku seterusnya. Dah suka sama suka tu, Alice bersuara lagi. Hmm tulah yang Ira sedihkan, kami suka sama suka. Ira ada beritahu ibu Ira pasal ni. Dia pun tak kisah. Dia suka sahaja Bukhari tu.Ooo macam tu. Habis tu ibu Ira tak suruh ke kamu bertunang ke, kahwin ke? soal Alice lagi. Ada, ibu ada cakap, kalau dah suka sama suka tu, ikat sahajalah. Lagi elok.Jadi, Ira dah bertunanglah dengan Bukhari tu.Tak sempat pun. Bukhari menolak katanya belum sedia lagi. Ira ikut sahajalah.Ooo macam tu, kata Alice pula. Tapi eloklah tak sempat bertunang tu. Tak sanggup Ira nak ada tunang macam tu.Kenapa Ira, apa dia buat?Alice tahu, Ira ingat dia lelaki baik. Setia kat Ira. Lagipun dia aktif dengan aktiviti dakwah. Tapi rupanya sebaliknya.Apa Bukhari dah buat Ira?

***** Humaira sedang membaca buku accounting di biliknya. Tak lama lagi peperiksaan semester. Maka Humaira menghabiskan masanya dengan mengulangkaji pelajaran. Kuliah-kuliah feqh dan akidah pun sudah dua minggu tiada. Memang begitulah, apabila lagi tiga minggu menjelang musim peperiksaan, kuliah-kuliah agama pada waktu malam akan dihentikan. Ini untuk memberi peluang kepada pelajar-pelajar ini mengulangkaji pelajaran mereka. Humaira membelek-belek telefon bimbitnya. Sudah tiga hari tidak menerima sms daripada Bukhari. Mungkin sibuk agaknya. Masing-masing akan hadapai peperiksaan akhir semester. Tiada siapa yang mahu terkandas. Tiba-tiba telefon bimbit Humaira berbunyi. Mungkin ada sms dari Bukhari, Humaira berkata di dalam hati. Aslm wbt. Ya ukhti! Maafkan ana kerana lama tak reply sms anti. Ana sedikit sibuk. Ana ada hal nak beritahu anti, malam nanti ana call anti. Humaira membiarkan sahaja mesej itu. Takpe, malam ini Bukhari akan menelefonnya. Sudah hampir lapan bulan, setiap malam ada sahaja sms yang akan dihantar oleh Bukhari. Kadangkala Bukhari akan menelefon Humaira. Hinggakan teman sebilik Humaira, Emmy berasa hairan. Kadangkala dia bertanya siapa yang telefon, Humaira hanya tersenyum sahaja. Humaira sangka rakannya Emmy tidak tahu apa yang berlaku. Itulah sangkaan awalnya. Tapi akhirnye rahsia yang terselindung terbongkar jua. Hari itu muncul kembali ke dalam lamunan Humaira.


 ***** Satu hari Humaira keluar. Mungkin ke tandas agaknya. Waktu itu hanya Emmy yang ada di bilik. Rakan-rakan yang lain keluar. Emmy pergi ke katil Humaira. Dia mahu mengambil buku accountingnya yang dipinjam oleh Humaira. Tiba-tiba dia terlihat telefon bimbit Humaira. Terpapar satu mesej di telefon bimbit itu. Hai sayang, ukhti tengah buat apa tu. Ana rindu kat anti. Jikalah anti ada di sini ana ini, pasti ana akan membelai-belai rambut ukhti, mesti ukhti suka kan. Ukhti bayangkan kita berdua sahaja  Emmy terus meletakkan telefon bimbit itu. Tak sanggup dia mahu membaca sms itu. Dia terkejut. Tak dia sangka. Dia seakan tidak percaya bahawa inilah yang dibualkan melalui sms setiap hari. Emmy terus pergi ke katilnya. Dia menunggu Humaira balik. Pintu bilik dikuak. Kelihatan Humaira masuk. Humaira bersuara: Tak tidur lagi ke Emmy?soal Humaira. Belum lagi, tak mengantuk, jawab Emmy perlahan. Diikutkan hatinya mahu sahaja dia bertanyakan Humairah tentang sms itu. Tapi dia menangguhkan hasratnya. Dia melihat sahaja apa tindakan Humairah selepas membaca sms yang ada itu. Humairah kelihatan tersenyum-senyum. Entah apa yang ditaipnya. Dia membalas mesej Bukhari. Emmy hanya memerhatikan sahaja. Biarkan, esok masih ada. Aku akan dapatkan jawapannya dari Humaira esok, kata Emmy di dalam hati. Emmy terus melelapkan matanya walau hatinya tidak tenang dengan apa yang baru diketahuinya. Emmy, Emmy bangun. Jom kita solat Subuh berjemaah. Dah pukul enam ni, Humaira mengejutkan Emmy. Dua rakan yang lain masih tidur lagi. Mereka sedang cuti. Maklumlah perempuan. Hah dah pukul enam. Tunggu jap Ira, Emmy nak ambil wudhu dulu. Mereka solat berjemaah berdua. Humaira menjadi imamnya. Usai sahaja solat, selepas berzikir beberapa ketika. Emmy bersuara: Ira, kalau aku nak tanya satu soalan boleh tak, tapi kau jangan marah ye.Apa soalan kau tu Emmy, cakap jelah. Tak ada aku nak marahnya.Siapa yang selalu telefon dan sms kau tu? soal Emmy. Alah kawan akulah Emmy, jawab Humaira. Lelaki ke perempuan? soal Emmy lagi. Lelaki. Heheh takdelah perempuan, kawan sekolah Ira dulu, jawab Humaira. Ooo, macam tu,Emmy bersuara. Dalam hatinya dia sungguh tak sangka yang Humaira masih lagi mahu berselindung. Masih mahu menipu dirinya. Ira, aku sebenarnya syukur sangat dapat duduk sebilik dengan kau ni. Kau baik. Walau aku macam ni. Pergi kelas pun dengan baju ketat, pakai seluar jeans, kau still kawan dengan aku, Emmy menyambung bicara. Heh Emmy,apalah ni, Subuh-subub macam ni buat cerita syahdu pulak. Biasalah tu. Sesama kawan.Takdelah Ira, kau selalu nasihat aku. Dulu aku ingat lagi. Aku memang payah nak solat Subuh, tapi kau selalu kejutkan aku. Ajak aku solat jemaah macam sekarang ni. So, aku memang bersyukur sangatlah.Hmm, jawab Humaira. Aku harap kau akan kekal macam tu. Tak berubah. Aku nak kau ajar aku, bimbing aku. Tapi Emmy terhenti di situ. Tapi apa Emmy? soal Humaira pula. Sebenarnya berat aku nak cakap ni Ira. Sebenarnya aku terbaca sms yang kau dapat semalam. Aku tak sengaja. Aku tak ada niat pun nak nak baca sms tu. Humaira terkejut. Segala yang cuba diselindungnya terbuka jua. Hancur! Maruahnya di hadapan Emmy hilang. Dia malu, sedih, marah. Malu dengan apa yang telah dia lakukan bersama Bukhari, sedih kerana maruah dia tercalar, segala noda-noda hitam yang tersembunyi di sebalik tudung labuhnyanya itu akhirnya terbuka jua. Marah! Geram! Geram kepada Emmy kerana membongkar apa yang dia sorokkan selama ini. Humaira terus menanggalkan telekungnya. Dia bersuara dengan keras: Siapa suruh kau baca sms aku?Aku tak sengaja Ira, aku tak ada niat pun nak baca sms tu.Ah! Kau memang sengaja cari kesalahan aku kan. Lepas ni bolehlah kau hebohkan kat kawan-kawan yang lain.Ira, aku tak ada niat macam tu. Aku janji Ira, aku takkan bagitahu kawan-kawan yang lain. Aku janji Ira. Apa aku dapat kalau aku buat macam tu. Humaira terus pergi ke arah katilnya. Perasaannya bercampur baur, dia tidak tahu apa yang boleh dia buat lagi. Emmy terdiam. Dia pergi ke arah Humaira. Kau tak percayakan aku ke? Aku takkan bagitahu sesiapa tentang hal ni. Humaira mendiamkan diri. Emmy bersuara lagi. Dulu kau selalu nasihat aku, bila aku tak solat kau ingatkan aku, bila dulu aku dok gayut telefon dengan boyfriend aku, kau nasihat aku berhenti semua tu. Aku ikut cakap kau. Tapi kenapa kau jadi macam ni. Aku nak kau jadi macam dulu. Humaira yang aku kenal dulu.Ah! Kau jangan nak ceramah akulah Emmi. Kau siapa? Kau ingat kau baik sangat. Dahlah. Kau dah tahu siapa aku sekarangkan. Dah aku nak tidur. Emmy terdiam.

***** Humaira tersedar dari lamunannya. Itulah kali terakhir dia bersama Emmy. Selepas segala-galanya terbongkar, Humaira memohon untuk berpindah ke bilik lain. Entah apa rezekinya, mudah sahaja permohonan menukar bilik dia diluluskan. Bukan setakat itu, dia berpindah dari mahallah Sumayyah ke mahallah Asiah. Humaira kembali membaca buku accountingnya. Perasaan sedih tiba-tiba muncul pabila teringat kembali pertengkarannya bersama Emmy. Akan tetapi sebentar sahaja, Humaira tersenyum kembali apabila mengingatkan janji Bukhari untuk menelefonnya malam itu. ***** Alice terdiam. Cerita yang Humaira ceritakan seolah-olah satu kejutan buatnya. Humaira, gadis yang dia kenali sejak sekolah. Sukar berinteraksi dengan lelaki hatta teman-teman sekelas. Alice teringat, Humaira pernah membaling beg seorang budak lelaki keluar dari kelas hanya kerana budak lelaki itu mengganggu Alice. Tapi cerita yang dia baru dengar kali ini, seolah-olah Humaira yang lain wataknya. Bukan Humaira yang Alice kenali. Alice bersuara: Lepas tu, apa yang jadi, Ira? Macam mana Ira dengan Emmy? Humaira terdiam. Matanya merah, dia seakan-akan mahu menangis. Entahlah Alice, aku tak tahu. Dah lama aku tak hubungi Emmy. Mesti dia kecewa dengan aku.Hmm, takpelah Ira. Benda dah jadi. Nak buat macam mana. Eloklah dapat kawan macam dia.Yup. Dia baik. Memang dia kurang didikan agama. Waktu Ira baru kenal dia, Ira rasa macam susah nak masuk dengan dia. Waktu 1st week sebilik dengan dia. Tak pernah sekalipun Ira tengok dia bangun solat Subuh. Ira start perlahan-lahan ajak dia solat. Alhamdulillah dia mula-mula macam malas, tapi lama-lama dia ikut juga.Hmm.Ira tak cuba hubungi dia ke, atau ajak dia kawan balik dengan Ira?Hmm, Ira bukan tak nak. Ira malu, malu dengan dia. Dia berubah jadi baik. Dia harapkan Ira untuk jaga dia, ajar dia solat, ajar dia mengaji, tapi akhirnya Ira yang rosak. Ira malu nak jumpa dengan dia lagi. Alice terdiam. Humaira seakan-akan tidak dapat menahan lagi air matanya. Dia menangis. Alice cuba memujuknya, menenangkannya. Alice menggosok belakang Humaira. Humaira menangis teresak-esak. Perasaan bersalah muncul di dalam hati Alice. Kenapalah dia perlu mendesak Humaira menceritakan kesemuanya? Kenapalah perlu dia merosakkan malam itu dengan tangisan Humaira. Kenapa? Kenapa? Cuma hati Alice masih bertanya-tanya. Apakah yang Bukhari lakukan sehingga Humaira begitu benci padanya. Niatnya untuk mengetahui hal itu padam apabila melihat tangisan Humaira yang tidak henti-henti. Malam itu, Humaira terus menangis dan menangis. Entah kenapa perasaan sedih yan teramat sangat. Alice terus memeluknya, memujuk dan memujuk. Akhirnya Humaira tenggelam dengan tangisannya di dalam dakapan sahabatnya Alice. Malam itu menjadi saksi kepada tangisan kesedihan, penyesalan, tangisan memohon taubat dari Tuhan. Alice membiarkan sahaja Humaira di dalam dakapannya. Akhirnye mereka terlena. Malam menjadi sunyi.


الصلاة خير من النوم Kedengaran sayup-sayup suara Muazin melaungkan azan Subuh. Alice terjaga daripada tidurnya. Dia melihat sekeliling. Hairan, Ini bukan rumah aku, bisiknya di dalam hati. Akhirnya dia tersenyum sendirian, baru dia teringat bahawa dia sedang berada di rumah sahabatnya Humaira. Alice mencari-cari Humaira. Dia terpandang Humaira sedang tekun membaca al-Quran. Humaira menoleh ke arah Alice. Awal Alice bangun, Humaira bersuara. Terbangun dengar suara azan tadi. Ira buat apa tu? Alice menyoal walaupun dia tahu Ira sedang membaca al-Quran. Baca al-Quran. Kalau Alice mengantuk, tidurlah dulu. Ira nak solat Subuh dengan ibu.Okey, jawab Alice ringkas sambil menarik selimutnya hingga ke kepala dan menutupi seluruh tubuhnya. Usai solat Subuh berjemaah bersama ibunya. Humaira masih tetap duduk di atas sejadah. Mulutnya kumat kamit melafazkan Istighfar, memohon keampunan daripada Allah. Kadangkala dia seakan menangis apabila teringatkan kesilapan yang pernah dia lakukan. Sejarah hitam yang hampir meragut maruahnya. Humaira mengambil sebiji buku kecil berwarna merah jambu bertajuk Perisai Muslim. Ia merupakan buku yang mengumpulkan zikir-zikir dan doa-doa yang diambil daripada hadith-hadith Rasulullah sallallahu alaihi wassalam. Judul asal buku itu ialah Hisnul Muslim, susunan seorang ulama bernama Shaikh Said bin Wahf al-Qahthani. Humaira menyelak helaian buku kecil tersebut, dia mencari zikir-zikir di waktu pagi yang masih belum dihafalnya. Kedengaran suara makcik Limah memanggil Humaira. Ira, Nampak tak buku zikir ibu yang warna pink tu?Ni, ada dekat rak buku ni ibu, jawab Humaira sambil tersenyum. Dia teringat buku merah jambu tersebut adalah buku merah jambu yang sama yang sedang dia gunakan. Baru sebulan yang lalu dia membeli buku zikir tersebut. Itupun selepas diperkenalkan oleh seorang sahabatnya di UIA. Dia membelikan sebiji lagi buku itu untuk ibunya, makcik Limah. Gembira tidak kepalang makcik Limah ketika Humaira menunjukkan buku tersebut kepada beliau. Banyak sungguh zikir-zikir dan doa-doa yang Rasulullah sallallahu alaihi wassalam amalkan tetapi tidak diketahui masyarakat. Alhamdulillah, ibu ingat dah hilang buku zikir ibu ni. Kalau hilang susahlah, ibu bukan hafal zikir-zikir dan doa yang ada dalam buku ni.Alah, kalau hilang, nanti Ira belikan yang baru untuk ibu. Di UIA ada banyak.Eh, zikir pagi di muka surat mana ye Ira? Ibu lupalah.Ni, muka surat 119, Ira berkata sambil menunjukkan muka surat itu kepada ibunya. Perbualan mereka terhenti. Kedua beranak itu menumpukan perhatian kepada doa dan zikir yang mereka baca. Sayup-sayup Humaira dan makcik Limah membaca apa yang ada di dalam buku itu. Tiada kedengaran suara mereka. Perlahan. أعوذ بالله من الشيطان الرجيم Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam. Diikuti dengan bacaan ayat Kursi, surah al-Ikhlas, al-Falaq, dan an-Nas sebanyak tiga kali. Diteruskan dengan pujian kepada Allah seraya memohon kesejahteraan untuk hari itu dan memohon perlindungan daripada kecelakaan yang mungkin berlaku dengan izinNya. - أَصْبَحْنَا وَأَصْبَحَ الْمُلْكُ لِلَّهِ، وَالْحَمْدُ لِلَّهِ، لاَ إِلَـهَ إِلاَّ اللهُ وَحْدَهُ لاَ شَرِيْكَ لَهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلَهُ الْحَمْدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرُ. رَبِّ أَسْأَلُكَ خَيْرَ مَا فِيْ هَذَا الْيَوْمِ وَخَيْرَ مَا بَعْدَهُ، وَأَعُوْذُ بِكَ مِنْ شَرِّ مَا فِيْ هَذَا الْيَوْمِ وَشَرِّ مَا بَعْدَهُ، رَبِّ أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْكَسَلِ وَسُوْءِ الْكِبَرِ، رَبِّ أَعُوْذُ بِكَ مِنْ عَذَابٍ فِي النَّارِ وَعَذَابٍ فِي الْقَبْرِ. Kami hayati waktu pagi dan kerajaan hanya milik Allah, segala puji bagi Allah. Tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) kecuali Allah Yang Maha Esa, tiada sekutu bagiNya. BagiNya kerajaan dan bagiNya pujian. Dialah Yang Mahakuasa atas segala se-suatu. Ya Tuhan, aku mohon kepada-Mu kebaikan di hari ini dan kebaikan sesudahnya. Aku berlindung kepadaMu daripada kejahatan hari ini dan kejahatan sesudahnya. Wahai Tuhan, aku berlindung denganMu dari kemalasan dan kejelekan di hari tua. Wahai Tuhan! Aku berlindung kepadaMu dari seksaan neraka dan kubur. Selepas dua puluh minit memuji dan memohon kepada Allah. Humaira menutup buku Hisnul Muslim. Dia bergerak ke arah Alice yang sedang nyenyak tidur. Humaira menarik selimut Alice. Dia tersenyum sendirian. Dia mengusik jari kaki Alice dan menggerak-gerakkannya untuk mengejutkan supaya bagung dari tidur. Entah siapa yang mengajarkan teknik tersebut tidak diketahuinya. Cuma setakat pengalaman Humaira, ia berkesan mengejutkan seseorang daripada tidur tanpa membuatkan dia terperanjat. Alice membuka matanya. Isy, dah pukul berapa ni. Alice mengantuk lagi lah, sungut Alice. Kesan keletihan kerana perjalanan jauh semalam masih terasa. Dah pagi Amoi oi. Jom bangun, kita sarapan. Alice kena tolong Ira buat breakfast pagi ni.Alice mengantuklah, Ira buatlah sorang-sorang. Nanti dah siap, Ira kejutkan Alice ye, jawab Alice sambil menarik selimutnya kembali. Iii mengada betul amoi ni, bangun-bangun.Yelah, yelah. Kacau betullah Ira ni,sungut Alice. Hah, macam tu lah. Ini nak tidur sahaja, bangun pagi-pagi ni elok. Murah rezeki. Burung pun keluar pagi untuk cari makanan, betul tak cik Alice? gurau Humaira. Yelah, yelah, Ira nak perli Alice lah tu, jawab Alice sambil ketawa. Mereka berdua teringat kisah di zaman persekolahan mereka. Ketika itu mereka di tingkatan satu. Alice telah menulis satu karangan Bahasa Melayu yang menceritakan tentang kerajinan. Karangan Alice telah mendapat markah yang tertinggi hingga di isi di dalam majalah sekolah mereka. Di dalam karangan tersebut, Alice telah membuat perbandingan antara manusia yang malas dengan burung-burung yang keluar pagi untuk mencari rezeki. Entah bagaimana contoh yang menarik tentang burung itu telah menyebabkan karangannya terpilih di dalam majalah sekolah mereka. Mereka berdua bergerak ke dapur. Kelihatan makcik Limah sedang menyediakan sarapan untuk mereka berdua. La, ibu, kenapa ibu buatkan sarapan, kan Ira dah cakap biar kami sahaja yang sediakan sarapan, kata Humaira seraya melihat sarapan sudah disediakan. Yalah tu, nak tunggu kamu berdua siap, laparlah perut ibu. Dah lah tu, ajak si Alice tu sekali minum. Nanti sejuk pula air dengan bihun goreng ni. Alice dan Humaira segera duduk di meja makan. Humaira membaca Basmallah secara perlahan sebelum mula mengambil makanan yang sudah terhidang. Terasa seperti ingin tercekik, Humaira lantas mencapai air yang sudah terhidang tanpa menyedari gelojohnya itu diperhatikan oleh makcik Limah. Hah, elok sangatlah tu minum dengan tangan kiri. Nak jadi kawan syaitan, tegur makcik Limah tatkala melihat Humaira mengambil minuman dengan tangan kiri. Humaira tersengih, Alice di sebelah seperti kurang faham. Ira tak sengajalah ibu, nak cepat sangat, tadi rasa macam nak tercekik. Maaf ya ibu. Alice segera cuba merungkai persoalan kepada apa yang dia baru sahaja dengar. Kenapa makcik kata Ira nak jadi kawan syaitan? soal Alice. Ooo, sebab minum dengan tangan kiri ni amalan syaitan. Sebab tu makcik tegur Ira tu. Dia tu kalau dah lapar lupa semua.Hmm, Alice tak faham lah Ira. Macam mana ibu Ira boleh tahu kalau kita minum dengan tangan kiri, kita jadi kawan syaitan.Ooo, Alice ingat makcik pernah jumpa syaitan ke, jawab makcik Limah berseloroh. Hehe, kelakarlah ibu ni. Kasihan Alice tu kena gelak. Alice turut ketawa. Dia mencari pinggang Humaira untuk dicubitnya. Geram kerana ditertawakan oleh Humaira dan makcik Limah. Aduih, sakitlah Alice. Okey, okey. Sorry okey amoi. Hah, tu lah Alice tanya, Ira gelak pulak.Alah Alice janganlah marah. Gurau-gurau sahaja. Okey biar Ira terangkan. Sebenarnya dalam Islam, dalam segala hal telah diajar. Dari bab-bab berkaitan kepercayaan atau belief, sampailah kepada bab-bab kecil seperti adab dalam makan dan minum. 

Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam pernah sebut lebih kurang begini, Ira pun tidak berapa ingat susunan ayatnya, Jangan engkau makan dengan tangan kirimu, sesungguhnya syaitan itu makan dan minum dengan tangan kirinya. Makcik Limah berselawat dengan perlahan tatkala mendengar Humaira menyebut nama Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam. Dia teringat bahawa Humaira pernah menyatakan kepada beliau bahawa hanya orang yang kedekut sahaja tidak akan berselawat apabila mendengar nama Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam. Oo sampai macam tu sekali ya Islam ajar, Alice bersuara. 


Banyak lagi sebenarnya adab-adab ketika makan, sambut Humaira. Tapi kan Ira, ramai kawan-kawan Alice yang Islam, selalu sahaja minum dengan tangan kiri. Bukan seorang dua, tapi hampir kesemua kawan-kawan Alice macam tu. Tak pernah pula ada yang tegur.Hmm Humairah mengeluh.Bukan semua orang Islam amalkan cara hidup Islam Alice. Cuba Alice tengok dalam surat khabar. Rompak, rasuah, perkosa anak gadis, itu semua dilarang Islam tapi masih ada orang Islam yang buat. Inikan pula hal-hal yang dianggap kecil seperti adab makan ni. Alice mendiamkan diri sahaja mendengar penjelasan Humaira. Baru dua hari dia bersama Humaira, sudah banyak pengetahuan tentang Islam yang dia perolehi. Alice merasa hairan, ramai rakan sekuliah beliau di dalam subjek perbandingan agama atau comparative religion di universitinya orang Islam. Tetapi tidak pernah mereka menerangkan tentang Islam kepadanya. Jika dia bertanya mereka tentang Islam, mereka akan cuba mengelak dari menjawab. Tidak tahulah sama ada mereka memang tidak tahu atau sebenarnya malu untuk menerangkan tentang ajaran Islam kerana cara hidup yang adakalanya terpesong dari ajaran Islam. Hmm. Ira, Bukhari masih ada hubungi Ira? tiba-tiba makcik Limah memecah kesunyian. Ada bu, banyak kali. Tapi Ira tak jawab pun. Malas, jawab Humaira ringkas. Eloklah kalau begitu. Ibu tak mahu Humaira layan dia lagi. Sudah-sudahlah apa yang sudah berlaku.Insya-allah bu, jawab Humaira. Persoalan tentang hubungan Humaira dan Bukhari kembali menerjah masuk ke dalam kotak fikiran Alice. Hah, pagi ini, apa rancangan kita Alice. Apa aktiviti kita? soal Humaira. Entah, Alice pun tidak tahu mahu buat apa. Ira ada apa-apa idea?Hmm. Kita jalan-jalan di pekan Tampin nak. Ira pun ada barang yang mahu dibeli.Ok jugak. Pukul berapa kita nak pergi? Dalam pukul sepuluh pagi nanti. Awal-awal sangat pun, kedai tak buka lagi.Humaira dan Alice segera mengemas meja makan. Sambil mencuci pinggan mangkuk di sinki. Mereka berdua berbual-bual dan bercerita tentang kisah mereka di zaman sekolah dahulu. Alice ingat tak Zaid?Zaid mana ya? soal Alice. Alah, Zaid ketua pengawas sekolah kita dahulu.Ooo, ingat, ingat. Mamat tu pernah try nak tackle Alice, hahaha, kata Alice sambil tergelak. Haah, entah apa lah mamat tu, amoi sepet macam Alice ni juga yang diminatnya.Iii Ira ni. Tapi Alice tak layan. Gatal. Ira ingat tak ada satu hari tu, waktu Alice sampai di kelas, Alice jumpa satu surat dalam laci meja Alice.Haah, lepas tu Alice pergi baca surat tu di hadapan kelas. Habis semua kawan-kawan kita dalam kelas tahu yang Zaid minat kat Alice. Kasihan mamat tu, sudahlah syok sendiri, kantoi pula tu.Tu lah, siapa suruh tackle Alice. Sejak hari tu, dia tak tegur-tegur Alice lagi, kata Alice. Memanglah, malulah dia. Satu kelas dah tahu yang dia suka kat Alice. Jahat betul Alice ni, kasihan dia.Haha. Padan muka. Eh Ira, ada jumpa tidak kawan-kawan lama kita sejak sekolah dahulu. Dah lama Alice tak jumpa mereka. Kita buat reunion nak.Hmm. Menarik juga idea Alice. Boleh kita kumpul kawan-kawan kita. Tapi sempat ke? Alice pun ada dua tiga hari sahaja lagi di sini.Alah, sempat sahaja. Ira ada simpan kan nombor telefon kawan-kawan kita. Kalau dapat lusa pun okey. Paling kurang, kalau tak dapat jumpa semua, dapat jumpa sebahagian kawan-kawan pun okey. Okey, nanti Ira call kawan-kawan kita. Eh okeylah, Ira nak naik atas kejap, nak solat. Alice duduk-duduklah dulu. Baca buku ke, jangan tidur sudahlah. Asyik tidur sahaja. Nanti gemuk.Solat, Ira solat apa? Bukan orang Islam solat lima kali sahaja ke? Subuh, Zuhur, Asar, Maghrib, Isya. Ni solat apa pula ni?Solat Dhuha lah. Bukan solat wajib, solat sunat sahaja.Oo. Okey Alice pun nak baca buku-buku yang ada di bilik Ira tu. Humaira terus bergerak ke bilik air untuk mengambil wudhu. Itulah rutin harian beliau semenjak menjejakkan kaki di Universiti Islam Antarabangsa (UIA). Perkenalan dengan sahabat-sahabat yang mengajaknya menyertai usrah mereka, banyak mengubah gaya kehidupannya, dari biasa-biasa sahaja di dalam kehidupan beragama akhirnya berubah menjadi muslimah yang komited, yang berusaha mengamalkan segala macam bentuk sunnah Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam. Akhirnya, itulah yang membawa Humaira berubah hingga memakai niqab. Satu keputusan yang amat mengejutkan rakan-rakannya. Ada yang bersetuju, ada yang tidak tatkala beliau melahirkan hasrat untuk memakai niqab ataupun purdah. Berbagai-bagai alasan diberikan oeh rakan-rakan Humaira. Ada yang menyatakan bahawa berniqab ini hanya satu praktis golongan ekstrimis kerana wajah bukanlah aurat, maka menutup wajah adalah satu sikap melampau di dalam beragama. Ada pula yang kurang bersetuju kerana ia mungkin akan menjarakkan lagi hubungan dengan sahabat-sahabat lain sekaligus menyukarkan kerja-kerja dakwah. Humaira mendengar hujah-hujah yang disampaikan oleh sahabat-sahabatnya. Sebenarnya, yang mendorong Humaira untuk berniqab ialah apabila dia membaca perbahasan para ulama tentang hukum menutup wajah bagi wanita di sebuah laman sesawang untuk muslimah http://muslimah.or.id. Itulah kali pertama beliau mengetahui bahawa ada ulama yang mewajibkan secara mutlaq bagi wanita untuk menutup wajah daripada pandangan lelaki yang bukan mahram. Di situlah bermulanya. Humaira membaca dan terus membaca. Dia membaca hujah-hujah yang dikemukakan para ulama yang mewajibkan dan yang tidak mewajibkan. Akhirnya, Humaira meyakini pandangan ulama-ulama yang menyatakan wajah bukan aurat, akan tetapi digalakkan untuk menutupnya bahkan sunnah kerana terdapat dalil-dalil menunjukkan ia adalah pakaian isteri-isteri Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam. Lebih menarik, apabila Humaira membaca sebuah buku susunan seorang ulama hadis terkenal, Shaikh Muhammad Nasiruddin al-Albani, yang bertajuk Jilbab Wanita Muslimah. Ulama tersebut berpegang bahawa wajah bukan aurat berdasarkan dalil-dalil dari al-Quran, hadis dan penafsiran para sahabat, akan tetapi isteri ulama tersebut tetap berniqab. Ketika Humaira sedang khusyuk mendirikan solat sunat Dhuha, Alice pula sedang leka membaca buku-buku yang ada di ruang solat tersebut. Usai menunaikan solat, Humaira terus memanggil Alice. Alice, datang sini kejap, Ira nak cerita sesuatu.Hah, cerita apa? jawab Alice sambil bergerak ke arah Humaira lalu duduk di sisi sahabatnya itu. Ira nak sambung kisah malam tadi, cerita tentang Ira dan Bukhari.Hmm, tapi Alice takut Ira sedih macam malam tadi. Insya-allah, tidak.Okeylah kalau macam tu, lagipun awal lagi ni kalau kita mahu ke pekan, jawab Alice. Humaira terus mula bercerita.

*** Hubungan Humaira dengan Emmy terputus terus. Tetapi itu tidak mengubah apa-apa. Humaira masih sentiasa berhubung dengan Bukhari. Kadangkala mereka berbual-bual melalui telefon sehingga satu dua jam. Cuma mereka masih belum lagi pernah keluar berdua-duaan. Mereka hanya bertemu di kuliah-kuliah feqh, hadith dan aktiviti-aktiviti dakwah. Setakat itu sahaja. Tiada seorang pun di kalangan sahabat-sahabat mereka yang dapat menghidu perhubungan mereka berdua. Jika tidak, sudah pasti mereka tidak akan membiarkan perhubungan yang berlandaskan nafsu itu berterusan. Entah kenapa, mungkin kerana sudah terlalu lama asyik berhubung melalui telefon, terdetik di hati Bukhari untuk mengajak Humaira keluar. Humaira menolak, sudah banyak kali permintaan Bukhari untuk keluar bersama ditolak oleh Humaira. Berbagai-bagai alasan diberikan oleh Humaira, takut dilihat oleh rakan-rakan yang lain. Entah bagaimana mudahnya syaitan memerangkap. Tidak terkeluar langsung alasan yang menyatakan bahawa perbuatan mereka itu bercanggah dengan al-Quran dan as-Sunnah yang mereka pelajari di dalam kuliah-kuliah yang mereka hadiri. Hinggalah satu hari, Bukhari sekali lagi mengajak Humaira untuk keluar bersamanya ke Wisma Yakin di Masjid India. Katanya mahu beli kitab-kitab agama terjemahan Indonesia. Puas Humaira menolak, tetapi akhirnya dia tewas jua dengan pujuk rayu Bukhari. Tapi dia memberikan syarat: Nanti kita jumpa di masjid India sahaja. Nanti jika di stesen LRT Gombak, ramai student UIA, ana takut nanti ada kawan-kawan kita nampak ana dengan anta, Humaira menghantar sms kepada Bukhari. Ok, Insya-allah, thank you sayang, see you there, jawab sms Bukhari kepada sms yang dihantar Humaira. Humaira bersiap. Memilih jubah yang amat jarang dipakainya, dengan tudung labuh berwarna merah jambu yang sedondon dengan warna jubahnya. Minyak wangi turut dipakai, sesuatu yang tidak pernah dilakukan oleh Humaira apabila mahu keluar. Tiba di stesen LRT Masjid Jamek, Bukhari sudah kelihatan menunggu. Dia hanya tersenyum melihat Humaira. Mereka berdua berjalan beriringan. Tiada sepatah kata pun keluar. Mungkin masing-masing masih malu kerana inilah kali pertama mereka keluar berdua. Mereka terus ke Fajar Ilmu di tingkat tiga Wisma Yakin. Memilih beberapa buah buku yang akan digunakan di dalam kuliah dan usrah mereka. Ketika membayar di kaunter, pekerja kedia tersebut hanya tersenyum sahaja melihat mereka berdua, dia berkata: Bagus adik berdua, muda-muda dah kahwin, kata pekerja kedai tersebut kerana menyangka Bukhari dan Humaira adalah pasangan muda yang sudah berkahwin. Siapa sangka gadis bertudung labuh dan pemuda yang kelihatan wara dengan kopiah dan janggutnya sebenarnya bukanlah pasangan yang sah. Tatkala mendengar kata-kata pekerja kedai tersebut, berubah wajah Bukhari dan Humaira. Terus mereka keluar dari kedai tersebut selepas membayar harga kesemua buku yang telah dibeli. Bukhari mengajak Humaira untuk singgah di sebuah kedai makan. Mungkin kerana lapar, lagipun memang ketika itu sudah menjangkau jam dua belas setengah tengahari. Tatkala selesai menikmati makan tengahari, kedengaran azan dari Masjid India yang terletak berhampiran sahaja dengan kedai makan tersebut. 


Humaira bersuara: Kita solat dahulu ya, lepas solat Zuhur baru balik.Okey, jawab Bukhari pendek. Mereka berdua berjalan ke masjid, gaya seperti pasangan yang sudah berkahwin. Sambil berbual-bual dan kadangkala bergurau senda. Tidak seperti baru berjumpa tadi, yang mana masing-masing malu untuk berkata walau sepatahpun. Usai solat Zuhur, Humaira keluar dari masjid dan melihat Bukhari sudah sedia menunggunya. Kita pergi ke KLCC nak. Ada PC Fair hari ni, ana ingat nak beli barang komputer ana, terang Bukhari. Hmm, okey, tapi jangan lama sangat. Ana ada assignment hendak disiapkan.Ok. Mereka singgah di sebuah kedai cenderamata, Bukhari menunjukkan sebuah rantai kunci yang berbentuk love, yang sangat comel dan unik ukirannya. Di atasnya tertulis perkataan Love You Forever. Lawa tak key chain ini, kalau anti mahu ambillah, ana bayarkan.Betulke anta nak belikan ana ni.Betullah, takkan ana tipu. Ambillah, bukan mahalpun.Thanks Bukhari, jawab Humaira. Mereka berjalan menuju ke stesen LRT Masjid Jamek untuk pergi ke KLCC. Ketika melintas jalan, Humaira terasa sesuatu menyentuh tangannya. Dia melihat tangan Bukhari sedang memegang tangannya ketika melintas jalan. Humaira terkejut. Dia cuba menarik tangannya. Melihatkan yang Humaira kurang selesa, Bukhari terus melepaskan tangan Humaira. Dia membisikkan kepada Humaira: Asif, ana tak sengaja tadi, bisik Bukhari kepada Humaira. Humaira hanya mendiamkan diri. Mereka terus masuk ke dalam LRT selepas membeli tiket. Di dalam tren LRT mereka duduk sebelah menyebelah kerana tiada lagi tempat duduk yang kosong. Bukhari sekali lagi cuba menyentuh tangan Humaira. Beberapa kali Humaira asyik menarik tangannya, akhirnya dia membiarkan sahaja. Inilah kali pertama tubuhnya disentuh oleh lelaki bukan mahram. Tanpa rasa takut mahupun segan, cinta yang dilandasi nafsu telah melenyapkan segala perasaan malu yang selama ini dijaga. Tanpa mereka sedari, perlakuan mereka dilihat seseorang. Syakira, seorang rakan seusrah Humaira turut berada di situ. Dia hanya berdiri jauh dari Humaira dan Bukhari kerana tiada tempat kosong untuk diduduki. Dia terkejut, Syakira mengharapkan bahawa dia tersilap orang. Istighfar beberapa kali dilafazkan. Seakan tidak percaya, pasangan yang sedang bermesra di dalam tren tersebut ialah sahabat seusrah dan sering bersama-sama menghadiri kuliah. Apatah lagi Bukhari yang turut dikenali sebagai pelajar cemerlang di kuliah al-Quran dan as-Sunnah. Syakira terkedu. Dia terkejut dan tidak tahu apa yang boleh dilakukan. Mungkin bagi penumpang-penumpang lain, mereka menyangka Humaira dan Bukhari ialah pasangan yang sudah bernikah. Masakan seorang gadis bertudung labuh dan pemuda berkopiah yang bukan mahram boleh bermesra di khalayak ramai. Mungkin inilah persepsi penumpan-penumpang tersebut. Tren itu sampai ke stesen KLCC. Syakira yang memang secara kebetulan turut mahu ke PC Fair di KLCC terus melangkah keluar sambil melihat sahaja tingkah laku Humaira dan Bukhari. Diikutkan hati, mahu ditegur di situ sahaja, tetapi Syakira masih ragu-ragu. Akhirnya dia memilih untuk bertindak selemah-lemah iman, membenci dengan hati apa yang dilihat tanpa mengubah dengan tangan mahupun lisan. Mereka bergerak ke lokasi PC Fair, manakala Syakirah menuju ke Masjid asy-Syakirin yang berdekatan kerana dia belum lagi menunaikan solat fardhu Zuhur. Usai solat Zuhur, Syakirah bergerak ke lokasi PC Fair di KLCC. Dia memilih perisian anti virus yang diperlukan dan sebuah pembesar suara. Di satu sudut yang berhampiran, Bukhari dan Humaira sedang melihat-lihat perisian anti virus. Humaira dan Bukhari serta Syakira tidak menyedari kehadiran antara satu sama lain. Hinggalah mereka semakin hampir di antara satu sama lain. Syakira terdengar satu suara yang amat dikenalinya. Anta nak beli anti virus yang mana satu? satu suara hinggap di telinga Syakira. Syakira melihat ke sebelah kanannya. Kelihatan Bukhari dan Humaira sedang khusyuk melihat-lihat perisian yang ada. Kedudukan mereka sangat rapat. Syakira terkedu. Apakah dia masih mahu memilih tindakan selemah-lemah iman atau dia perlu menegur mereka berdua agar perlakuan yang dilandasi nafsu itu terhenti. Syakira memikirkan bagaimanalah seandainya ada adik-adik usrah mereka ternampak naqibah-naqibah seperti mereka berkelakukan sedemikian. Naqibah-naqibah yang sentiasa tidak lekang dengan nasihat dari ayat al-Quran dan hadis yang sahih. Syakira bersuara, dia memilih untuk mencegah kemungkaran dengan lisan. Humaira, dia memanggil nama sahabatnya itu. Perlahan tetapi cukup untuk didengari oleh Humaira. Humaira terkejut mendengar seseoran menyebut namanya. Bukhari jua. Suara yang amat dikenali Humaira. Dia memandang ke arah kirinya, terkejut, sahabat seusrahnya, Syakira, sedang memerhatikan perlakuan mereka berdua. Sunyi seketika. Humaira terdiam. Syakira tergamam, mulutnya terkunci membisu. Humaira memecah suasana. Melihatkan keadaan sedemikian, Bukhari merasa terperangkap, dia segera meminta izin untuk berlalu pergi, ke tandas katanya, meninggalkan Humaira dan Syakira berdua. Apa anti buat di sini? soal Humaira. Hmm, ana sedang mencari-cari software anti virus, tak sangka pula berjumpa dengan anti.Dah lama ke anti di sini? soal Humaira lagi berdebar-debar. Tidak lah lama sangat, baru sahaja, sebab tadi ana solat di masjid asy-Syakirin. Oooo, jawab Humaira. Syakira mahu bertanyakan tentang Bukhari, tetapi dia tidak tahu bagaimana mahu memulakannya. Tapi dia tahu, dia mesti menyatakan kebenaran kepada sahabatnya itu. Dia perlu menyedarkan sahabat seperjuangan yang mana mereka bersama-sama menjadi naqibah, mendidik adik-adik usrah. Anti dengan Bukhari. Tidak sempat Syakira menamatkan ayatnya, Humaira segera memotong. Humaira sudah menjangka inilah soalan yang akan diajukan Syakira. Ooo, ana kebetulan bertembung dengan dia di sini ketika belek-belek anti virus. Anti tahulah ana bukan pandai sangat bab-bab komputer ni. Jadi ana minta dia tolong pilihkan anti virus yang baik untuk ana, terang Humaira cuba menyembunyikan dosa yang baru dilakukan. Hmm.. Syakira mengeluh. Dia berbisik kepada dirinya. Sanggup anti menipu ana. Telefon bimbit Humaira berbunyi, menandakan ada sms yang masuk menerjah inboxnya. Ana rasa elok ana balik sendirian, kalau tidak nanti Syakira tahu tentang kita. Bye sayang. Ukhwah Fillah. Assalamualaikum wbt. Sms dari Bukhari kepada Humaira. Anti lama lagi ke di sini, ana dah nak balik sekarang, apa kata kita balik sama-sama, Syakira mencadangkan walaupun dia masih belum puas melihat-lihat perisian yang sedia ada. Dia terus membayar harga perisian anti virus dan pembesar suara yang dibelinya. Nafsunya untuk melihat-lihat lagi barangan yang ada tertutup setelah melihat perlakukan Bukhari dan Humaira. Elok juga, ana pun dah lama di sini, jawab Humaira. Di dalam tren LRT Humaira lebih banyak bercakap berbanding Syakira. Dia tidak tahu bahawa Syakira telah menyaksika segala-galanya. Syakira pula asyik berfikir, bagaimanakah harus dia menegur sahabatnya. Singgah juga di mindanya, apakah silap dan salah tarbiah yang mereka terima selama ini hingga akhirnya Humaira terjerumus ke dalam perkara yang selama ini mereka tahu tentang iaitu Coupling. Mereka sama-sama sejak zaman matrikulasi di Petaling Jaya, hinggalah di Gombak, tidak jemu-jemu menghadiri program-program tarbiah, usrah, kuliah, bahkan menjadi naqibah pula buat adik-adik yang lain. Humaira juga sering memberi pengisian kepada adik-adik di matrikulasi di PJ walaupun sudah berada di kampus utama Gombak. Tetapi, Humaira yang berada di hadapan Syakira hari ini bukanlah Humaira yang dahulu.


Eh, dah nak dekat pukul 10 pagi ni. Dah lah, nanti-nantilah Ira sambung cerita Ira ni.Alah, tengah best ni. Kisah Ira ni boleh dibuat novel,jawab Alice. Novel, siapa nak tulis? Alice? Wah, dahsyat, seorang amoi sepet nak tulis kisah hidup gadis Melayu yang berpakaian seperti ninja, jawab Humaira sambil ketawa. Ish Ira ni. Dah lah jom siap, kata nak pergi pekan Tampin. Jom, jawab Humaira ringkas. Humaira bingkas bangun menuju ke biliknya sambil menarik tangan Alice yang masih kemalas-malasan. Tiba-tiba Alice bersuara: Ira, Alice nak pakai baju apa ye? Pakailah baju apa yang Alice ada, takkan nak Ira yang pilihkan pula.Tak adalah, Alice suka pakai t-shirt dengan jeans. Ketat pula tu. Ira tak segan ke jalan dengan Alice nanti. Apa orang kata pula nanti, jawab Alice. Alah Alice ni, pakai sahajalah apa-apa, Ira tak kisah. Jangan Alice tak berbaju sudahlah. Ke Alice nak jadi ninja macam Ira. Heheh, Humairah menjawab sambil bergurau. Isy Ira ni. Macam tu Alice pakai t-shirt dengan jeans sahajalah. Takkan nak pakai cheong sam kan. Macam tak sesuai sahaja.Suka hatilah, kalau Alice pakai cheong sam pun apa salahnya. Mesti apek-apek kat Tampin nanti melopong, tengok amoi mana lah pula ni.Ah Ira ni, tak habis-habis nak usik Alice.Haha, janganlah marah. Orang marah muka dia cepat tua. Cepatlah siap. Humaira memakai baju kurung berwarna ungu dengan corak-corak bunga. Ia adalah baju yang dijahit oleh ibunya sendiri, makcik Limah. Humairah membetulkan tudung dan niqab yang menutupi wajahnya. Perasaan risau muncul jua di hatinya. Ini lah kali pertama dia akan ke pekan dengan menutup wajahnya. Ok Alice, Ira dah siap ni. Jom gerak, Humaira memanggil Alice yang masih di dalam bilik. Okey, Alice dah siap ni, Alice keluar dari bilik. Dia memakai t-shirt dengan seluar jeans. Mereka berjalan menuju ke pekan Tampin. Sambil berjalan mereka berbual-bual. Humaira meluahkan rasa risaunya kepada Alice. Alice, Ira risaulah, Humaira meluahkan perasaannya. Apa yang Ira risau? soal Alice. Ini pertama kali Ira keluar ke pekan dengan pakai niqab. Entah apa orang kata nanti, jawab Humaira. Hmm, kenapa orang nak kata macam-macam.

 Kalau Alice boleh terima Ira pakai macam ni, takkanlah orang Melayu lain tak boleh, jawab Alice memberikan semangat kepada Humaira. Hmm, Alice tak faham. Tak apalah, kita tengoklah sahaja nanti.Sampai di sebatang sungai yang terletak berhampiran dengan landasan kereta api, Humaira berhenti berjalan. Alice terpinga-pinga. Kenapa berhenti di sini Ira. Kita nak tahan teksi ke?soal Alice. Humaira tidak menjawab soalan Alice. Dia mengeluarkan sesuatu daripada beg kecilnya. Dia melontarkan barang tersebut ke sungai. Dia melihat barang yang dilontar tadi tenggelam di dalam air sungai. Terus terpacul dari lidahnya Alhamdulillah. Alice masih tidak faham. Dia terus bertanya. Apa yang Ira buang tu? Ira macam bersyukur sahaja lepas buang barang tu sebab Alice dengar Ira sebut Alhamdulillah.Alice ingatkan cerita pagi tadi, Bukhari ada hadiahkan Ira key chain. Itulah barang yang Ira buang, jawab Humaira. Oooo, jawab Alice ringkas. Mereka terus berjalan hingga sampai ke pekan Tampin. Humaira dan Alice pergi ke sebuah pasaraya yang ada di situ untuk membeli barang-barang makanan. Humaira merancang untuk membuat reunion dengan rakan-rakan sepersekolahan mereka di rumah nanti. Jadi perlulah dibeli sedikit barang-barang makanan, minuman ringan dan lain-lain. Ish banyaknya Ira beli barang. Nak buat apa ni? Macam nak buat parti sahaja, soal Alice. Haah, nak buat parti, jawab Humaira. Alice seperti terlopong. Humaira ketawa kecil. Dia faham bahawa Alice mungkin terkejut apabila dia menyatakan bahawa dia mahu membuat parti di rumah. Alice membatu Humaira mencari makanan ringan seperti nugget, hot dog, dan lain-lain. Selesai mencari barang-barang yang diperlukan, mereka terus bergerak ke kaunter untuk membuat pembayaran. Lapan puluh ringgit lima puluh sen kesemuanya. Alice bersuara: Ira, Alice hauslah, jom kita minum dekat kedai sebelah ni.Heheh Alice ni, makan je tahu. Jomlah Ira pun haus ni. Mereka bergerak ke kedai roti di sebelah pasaraya tadi. Bakers Cottage namanya. Alice memilih kek-kek yang ada sambil Humaira di kaunter membuat pesanan untuk minuman mereka. Selesai membuat pesanan dan pembayaran, mereka pun duduk di meja dan kerusi yang disediakan. Alice tidak sabar-sabar mahu bersuara. Betul ke Ira nak buat parti ni? Macam tak percaya sahaja.Betullah, kenapa Alice tak percaya pula? soal Humaira pula. Yelah, takkan Humaira nak buat parti. Kalau Alice lainlah. Itupun Alice tak suka sangat. Yelah waktu parti nanti mesti pasang lagu kuat-kuat, lepas tu ada dancing, campur lelaki perempuan. Alice tak berapa gemarlah macam tu, takkan Ira suka pula?soal Alice. Hehe, Alice, Alice. Parti yang Ira maksudkan tu reunion kita dengan kawan-kawan sekolah kita lah. Ira nak buat kat rumah. Mana ada muzik-muzik semua tu. Kita makan-makan sahaja. Lagipun kita ajak kawan-kawan perempuan kita sahaja.Ooo, jawab Alice lega. Kenapa, Alice nak Zaid ada sekali ke? Hehehe, usik Humaira. Isy Ira ni. Mengarut lah. Mereka terus berbual sambil menikmati kek dan minuman yang mereka pesan tadi. Tiba-tiba kelibat seorang pemuda muncul. Dia masuk ke kedai tersebut. Mahu beli kek agaknya. Setelah memesan minuman dan kek yang dikehendaki, dia terus duduk di salah satu meja yang terletak berhampiran dengan meja yang diduduki oleh Alice dan Humaira. Dia menoleh ke arah mereka dan terlihat wajah Alice yang sedang memerhatikannya. Dia tersenyum dan terus duduk. Pemuda itu terus membuka buku yang baru dibelinya tanpa menoleh ke arah Humaira dan Alice lagi. Alice mencuit tangan Humaira seraya bercakap sesuatu tentang pemuda tersebut. Ira, kenal tak budak lelaki tu. Bukan dia ke yang bagi Alice daging semalam? soal Alice kepada Humaira. Humaira menoleh ke arah tempat pemuda tersebut duduk. Dia cepat-cepat memalingkan pandangannya apabila pemuda itu menoleh semula ke arah mereka. Hmmm, Ira berkata perlahan. Ira kenal ke budak lelaki tu. Sombong betul. Pandang kita pun tak mahu, sedangkan baru semalam jumpa.Habis tu Alice nak dia tenung Alice lama-lama ke? soal Humaira. Tak adalah, biasanya lelaki suka nak tengok lama-lama, lebih-lebih lagi kalau perempuan yang dia pernah jumpa sesekali. Semalam bukan main lagi panggil kita, suruh ambil daging, hari ni sombong pula.Alice, Alice. Banyak yang Alice kena belajar tentang Islam, jawab Humaira ringkas. Kenapa? Ada kaitan dengan Islam? soal Alice. Iya, dalam Islam kita ada adab. Macam Alice lihat semalam, dalam bab makan pun kita ada adab. Makan dengan tangan kanan, ambil makanan yang dekat, baca doa sebelum makan, baca doa selepas makan, jawab Humaira. Jadi? soal Alice lagi. Mungkin budak lelaki tu nak jaga adab. Dalam Islam, ada adab-adab pergaulan lelaki perempuan. Banyak adabnya, antara adab tersebut ialah menundukkan pandangan. Ada dalam al-Quran, tapi Ira tak ingat ayat dan surah mana, hurai Humaira. Dia berharap agar Alice dapat memahaminya. Ooo, jadi lelaki dan perempuan tidak bolehlah lihat antara satu sama lain. Macam tu susahlah, nak jalan kena tunduk sahaja sentiasa. Habis tu semalam boleh pula dia tengok Alice, siap berborak-borak lagi, soal Alice lagi untuk mendapatkan penjelasan. Tidaklah sampai macam tu. Jika ada urusan tidak mengapa. Macam semalam dia nak beri daging kepada Alice, takkan dia nak tunduk sahaja, dan takkan dia nak senyap sahaja. Macam pergi ke kedai, takkan nak tunduk sahaja waktu bayar wang. Islam tidaklah sampai begitu, ulas Humaira. Oooo macam tu. Nanti Ira kena ajar Alice lagi pasal pergaulan lelaki perempuan ni. Banyak Alice nak tahu. Boleh jadi bahan kajian assignment Alice nanti. Tapi, macam mana pula Ira tahu budak lelaki tu tak pandang kita sebab ikut adab pergaulan. Entah-entah dia malu ke, tak pun dia memang sombong ke, Alice menambah. Isy Alice ni. Banyak pula soalnya. Kita sangka baik sahajalah dengan dia. Takkan nak fikir yang buruk-buruk. Tak elok tu. Yang Alice asyik tanya tentang budak lelaki tu kenapa? Dah terpikat ke? Hehehe, Humaira bergurau. Isy Ira ni, dah lah. Dah lama kita kat tempat ni. Kek dalam pinggan ni pun dah habis. Jom balik, dah nak dekat pukul 12 dah ni. Mesti ibu Ira dah tunggu kat rumah tu.Mereka pun bangun dari tempat duduk masing-masing. Pemuda tersebut bingkas bangun apabila melihat mereka berdua mahu bergerak pulang. Ada sesuatu yang ingin disampaikan kepada mereka berdua. Dia terpinga-pinga seketika, tidak tahu bagaimana mahu memanggil mereka berdua kerana dia pun memang tidak kenal dengan Humaira dan Alice. Semalam, ketika menyediakan daging korban, itulah kali pertama dia melihat mereka berdua. Dia mendapat idea. Amoi, amoi, tunggu kejap, dia memanggil mereka berdua. Perkataan Amoi itu dia tujukan kepada Alice. Nasib baik tiada gadis-gadis Cina yang lain di sana. Jika tidak pasti mereka akan perasan yang pemuda itu memanggil mereka. Alice terkejut, dia menarik tangan Humaira. Humaira berhenti bergerak. Mereka berpaling dan memandang ke arah pemuda tersebut. Ya, ada apa. Jerit amoi-amoi, ingat saya tak ada nama ke?Alice berkata kepada pemuda tersebut. Sorry, sorry saya tak tahu nama kamu, tu yang panggil amoi sahaja tu, jawab pemuda tersebut. So, ada apa panggil kami ni. Kami nak cepat balik, jawab Alice, sambil Humaira di sebelahnya hanya mendiamkan diri sahaja. Sebenarnya ni, saya nak bagitahu kawan kamu ni. Malam esok ada program di masjid. Ada kuliah, ni handbill dia. Jadi jemputlah datang, terang pemuda tersebut. Oooo ok, tu sahaja. Ajak kawan saya sahaja, amoi ni tak nak ajak ke? soal Alice sambil tersengih. Dia memang begitu, suka bergurau hatta dengan orang yang baru dikenali. Ahhh, datanglah sekali kalau nak. Boleh dengar kuliah pasal Islam, nak tanya soalan pun boleh, jawab pemuda tersebut. Okey, Insya-Allah saya datang esok. Esok kita pergi ya Ira, kata Alice sambil mencuit tangan Humaira. Humaira hanya mengangguk sahaja. Kelihatan dia amat tidak selesa dengan keadaan sedemikian. Pemuda tersebut menyedari hal tersebut. Dia bingkas berkata: Okeylah, saya nak bagitahu tu sahaja, Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh, pemuda tersebut menutup perbualan mereka. Dia terus bergerak ke meja makan dia sambil Humaira dan Alice bergerak keluar dari kedai kek tersebut. Alice, kita singgah kedai buku kejap. Ira nak tengok-tengok bukulah, mana tahu ada novel-novel yang terbaru ke, Humaira berkata kepada Alice. Okey, jom, jawab Alice ringkas. Tiba di kedai buku, Humaira membelek-belek rak novel yang ada. Tiada novel-novel yang bagus, kesemuanya asyik bercerita tentang cinta. Membaca sinopsis di halaman belakang sudah cukup untuk dia memahami isi kandungan novel tersebut. Kadang kala rasa meluat dengan novel-novel yang seolah-olah menggalakkan golongan remaja untuk bercinta. Hmm, tak ada novel yang bestlah. Jom balik. Bosanlah novel-novel ni, asyik-asyik cinta, lepas tu putus. Suka sangat galakkan budak-budak ni bercinta, keluar dating sana sini, kata Humaira kepada Alice. Hmm biasalah Alice. Menulis sebab nak duit. Mereka tengok novel-novel macam tu laku, remaja suka. Mereka tulislah. Apa mereka kisah kesan kat budak-budak ni, jawab Alice.
Jomlah balik Alice. Dah lewat ni, ingatkan nak beli buku, tapi tak ada buku yang menarik.Ira, cuba Ira tengok budak perempuan yang dekat stesen bas tu. Ira cam tak dia. Macam kawan kita sahaja,kata Alice. Ooo yang baju putih pakai seluar jeans tu. Tu Hanisah kan. Kawan kita waktu tingkatan lima dulu. Jom pergi kat dia. Dah lama tak jumpa dia, jawab Humaira. Jom, jawab Alice pendek. Mereka berdua menuju ke arah sekumpulan gadis perempuan serta lelaki. Pakaian mereka seperti Alice, t-shirt ketat serta berseluar jeans. Yang lelaki pula, tidak lekang dengan rokok di bibir. Salah seorang daripada gadis-gadis tersebut adalah Hanisah, teman sepersekolahan mereka. Tibanya di kumpulan pelajar tersebut, Humaira terus ke arah gadis yang berambut panjang, memakai t-shirt putih dan jeans yang ketat hingga menampakkan bentuk susuk tubunya. Humaira membuka bicara: Assalamualaikum, Humaira memberi salam. Kumpulan pemuda dan pemudi itu terkejut. Mereka memandang Humaira dari atas ke bawah. Mungkin tertanya-tanya siapakah gadis berniqab ini? Mahu berceramah kepada mereka kah? Hanisah juga masih terpinga-pinga lebih-lebih lagi apabila melihat Humaira datang menghampiri dia. Memang dia tidak mengenali bahawa itu adalah Humaira. Masakan dia mampu mengenali itulah Humaira sedangkan wajah Humaira tersembunyi di sebalik kain niqab tersebut. Alice menyedari apa yang sedang terjadi. Dia segera membuka bicara: Hanisah, ni aku lah. Alice. Tak ingat ke?terang Alice. Ohh Alice. Kau buat apa kat sini. Lama tak jumpa kau, jawab Hanisah. Dia kelihatan riang bertemu rakan sepersekolahannya. Dia terus memeluk Alice. Alice terus mendakap sahabat lamanya itu. Sambil berdakapan, Hanisah membisik ke telinga Alice. Siapa budak perempuan yang datang dengan kau ni Alice?soal Hanisah. Lah, lupa pula aku. Ni Humaira lah, kawan kita, jawab Alice. Ohh Ira. Maaf Ira, aku betul-betul tak cam kau Ira, dia terus bersalaman dengan Humaira. Kelihatan seolah-olah ada tembok besar antara mereka. Hanisah kelihatan segan-segan untuk berdakapan dengan Humaira, tidak semesra seperti dengan Alice tadi. Humaira terus mendakap sahabat baiknya. Kau dah lain Ira, aku betul-betul tak kenal tadi. Aku ingat siapalah yang datang nak ceramah kat aku ni,kata Hanisah. Humaira tersentak dengan kata-kata Hanisah. Dia hanya tersenyum kelat. Tapi senyuman itu tersembunyi di sebalik kain niqabnya. Kau apa khabar Hanisah? Lama tak jumpa kau. Kau study kat mana sekarang? soal Humaira. Hmm, aku tak sambung study, aku kerja sekarang. Alah kerja dekat 7 Eleven sahaja,jawab Hanisah. Ooo, kata Humaira ringkas. Hah, Ira, Alice, kenalkanlah, ni kawan-kawan aku,Hanisah memperkenalkan kawan-kawannya. Yang perempuan terus bersalaman dengan Alice dan Humaira sambil menyebut nama masing-masing. 


Mereka kelihatan kekok ketika mahu bercakap dengan Humaira. Salah seorang daripada pemuda di dalam kumpulan tersebut turut menghulurkan tangan kepada Alice dan Humaira. Alice tersentak, kerana terkejut dia terus menghulurkan tangan menyambut salamnya. Tetapi Humaira mendiamkan diri. Dia meletakkan tangan di dadanya sebagai isyarat enggan bersalaman dengan lelaki tersebut. Dia berkata dengan perlahan, tapi cukup untuk didengari pemuda itu: Saya bukan mahram kamu, kata Humaira perlahan. Entah kenapa, pemuda tersebut tersebut kelihatan kurang berpuas hati. Dia berkata kepada rakan lelaki di sebelahnya: Sombong pula minah ni, ingat aku nak sangat kat dia, pakai macam hantu bungkus, siapa nak, kata lelaki tersebut kepada rakan di sebelahnya. Rakannya hanya ketawa kecil. Hanisah tidak mendengar kata-kata lelaki itu. Tetapi ia didengari oleh Humaira dan Alice. Humaira terdiam. Dia hanya mengurut dadanya. Dia beristighfar perlahan. Astaghfirullah,bisik Humaira perlahan kepada dirinya. Alice terkejut dengan kata-kata lelaki tersebut. Dia tidak sanggup mendengar kata-kata yang menghina sahabatnya Humaira. Entah dari mana datang keberaniannya, secara spontan, terus terkeluar dari mulutnya: Kurang ajar! Kau ni Islam ke apa kata macam ni kat kawan aku, kata Alice tegas. Humaira terkejut, Hanisah terpinga-pinga kerana tidak mengetahui pokok pangkal cerita. Humaira cuba menarik Alice, menenangkan Alice yang kelihatan teramat marah. Alice kelihatan masih belum berpuas hati. Pemuda tersebut merasa tercabar dengan kata-kata Alice, dia bersuara: Oi Amoi kafir, kau siapa nak cakap macam tu dengan aku. Kau tu kafir, kafir. Ahli neraka. Hanisah terkejut dengan kata-kata kawan lelakinya itu. Dia masuk campur. Hanisah cuba meleraikan keadaan yang semakin tegang. Orang ramai di stesen bas Tampin sedang memerhatikan apa yang sedang berlaku. Mereka tidak tahu pokok pangkal cerita. Mereka hanya mendengar Alice mengucapkan perkataan kurang ajar kepada pemuda tersebut, dan pemuda tersebut membalas dengan perkataan kafir berulang kali. Hanisah menyuruh kawan-kawan lelakinya yang lain membawa pemuda tersebut beredar dari situ. Dia bertanya kepada seorang kawan perempuannya. Apa yang jadi sampai mereka gaduh ni? Aku tak tahu apa-apa ni, soal Hanisah kepada Anisza. Bob tu, dia kutuk kawan kau yang pakai purdah tu. Kawan cina kau ni dengar, tu yang gaduh tu, jawab Anisza. Hmmm, Hanisah seperti mengeluh. Pertemuan mereka setelah sekian lama diganggu peristiwa tadi. Humaira masih cuba menenangkan Alice yang teramat marah. Hanisah membuka bicara: Ira, aku minta maaf pasal kawan-kawan aku tadi. Mereka memang macam tu, maaf okey, Hanisah berkata perlahan kepada Humaira dan Alice. Hmm tak apa. Bukan salah kau,jawab Humaira pendek. Alice, Ira, kau dah makan. Jom makan tengahari, aku belanja. Aku dengan kawan-kawan aku ni nak pergi makan lepas ni, Hanisah memberi cadangan. Eh tak apalah, aku dengan Alice nak balik rumah ni. Emak aku dah masak dah. Nanti membazir pula lauk tu, jawab Humaira sambil Alice di sebelahnya mengangguk. Alice bersuara: Hah esok, jam dua belas tengahari, kalau kau tak kerja, datanglah rumah Ira. Kita buat reunion, kawan-kawan kita yang lain pun ada,kata Alice. Ooo ada reunion, best tu. Okey aku mesti datang punya. Eh okeylah, aku nak kena pergi makan ni, lepas ni aku dah nak masuk kerja, kata Hanisah. Okey, jawab Alice dan Humaira serentak. Mereka bersalaman dengan Hanisah dan kawan-kawan perempuannya. Jom Ira, kita balik, kata Alice. Okey, jawab Humaira perlahan. Alice dapat merasakan bahawa Humaira masih terkejut dengan peristiwa tadi. Dia pun seakan tidak percaya bagaimana dia boleh berani berkata sedemikian kepada pemuda tadi. Dia memeluk bahu Humaira, sambil menggosok-gosok belakang sahabatnya. Dia berbisik ke telinga Humaira: Sabar ya Ira. Bukankah sabar itu cantik. Humaira tersenyum mendengar kata-kata Alice. Mereka berdua berjalan pulang. Humaira dan Alice tidak banyak berbual, tidak seperti ketika dalam perjalanan ke Tampin tadi. Mungkin mereka masih terkejut dengan apa yang berlaku tadi. Tidak sampai lima belas minit, mereka sudah sampai di halaman rumah Humaira. Kelihatan makcik Limah sedang mengangkat kain baju dari ampaian pakaian.

Assalamualaikum ibu. Ira dah balik ni, Humaira memberi salam. Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh. Ibu kat bawah ni, tengah pindah baju-baju ke bawah rumah. Nanti hujan, basah pula baju-baju kat ampaian tu, jawab makcik Limah. Alice, Alice naiklah dulu. Ira nak tolong ibu angkat baju ni,kata Humaira kepada Alice. Okey, jawab Alice pendek. Tak payahlah Ira, dah nak sudah dah pun. Pergi naik atas tu sediakan makanan tengahari,kata makcik Limah kepada anak kesayangannya. Owh, okey, lepas ni kita makan sama-sama ya bu, kata Humaira sambil dia terus bergerak naik ke atas rumah. Dia masuk ke dalam bilik. Dia melihat Alice sedang membelek-belek handbill yang diterima daripada pemuda yang mereka temui di kedai kek tadi. Aih, khusyuk nampak, baca apa tu? soal Humaira. Ni tengah tengok iklan yang budak lelaki tadi bagi. Budak janggut panjang tu, jawab Alice. Ohh minta sini, Ira nak baca, kata Humaira sambil Alice menghulurkan handbill tersebut kepada Humaira. Tertulis di atas handbill tersebut: Majlis ilmu bersama Ustaz Abu Ubaidah. Tajuk: Berbahagialah Orang Yang Asing Humaira tertarik dengan tajuk tersebut. Hmm best tajuknya. Kena pergi ni esok, kata Humaira. Alice menyampuk. Kalau Alice ikut esok boleh tak. Takkan Ira nak Alice duduk seorang diri kat rumah ni, kata Alice. Ooo Alice takut ya duduk seorang-seorang di rumah ni. Haih amoi ni, dah besar panjang pun takut lagi kah, kata Humaira sambil ketawa. Tak lah, Alice nak hadir sahaja. Mana tahu ada benda best boleh dapat. Tak pun Alice boleh tanya soalan ke nanti esok, jawab Alice. Hmm, kalau ikut Ira, boleh sahaja, tapi kena tanya ibu dulu lah. Takut-takut pihak masjid tak bagi non-Muslim masuk, jawab Humaira. Alice kelihatan mengharap sangat untuk menghadiri majlis tersebut. Alice, jom pergi dapur, kita sediakan makan tengahari, Humaira mengajak Alice. Mereka berdua terus menuju ke dapur. Kelihatan makcik Limah baru selesai dengan kerja-kerjanya tadi. Mereka berbual-bual sambil menyediakan hidangan makan tengahari di meja makan. Humaira bertanya kepada ibunya: Ibu, ibu tahu tak esok ada kuliah dekat masjid?Ooo haah. Ibu lupa nak bagitahu Ira. Esok kuliahnya. Mana Ira tahu?soal makcil Limah kepada anak gadis suntinya itu. Tadi Ira jumpa dekat kedai kek ada seorang budak lelaki. Semalam ada nampak dia dekat tempat sembelih korban. Dia lah yang beritahu,jawab Humaira. Ooo,jawab makcik Limah. Siapa penceramahnya bu? Ira tengok dekat iklan nama dia Abu Ubaidah. Tak pernah dengar pun nama tu, kata Humaira. Entah ibu pun tak tahu. Orang kata anak bongsu Lebai Hasan, dia baru balik dari Indonesia, mengaji di sana. Ira ingatkan Lebai Hasan? Jangan kata tak kenal pula, dulu waktu kecil Ira mengaji dengan Ustazah Hamidah, isteri Lebai Hasan, terang makcik Limah. Ooo, rumah yang sembelih kambing semalam tu rumah Lebai Hasanlah kan bu? soal Humaira lagi. Haah betullah tu, jawab makcik Limah pendek. Hah bu, esok Alice nak ikut sekali pergi dengar kuliah kat masjid boleh tak? soal Humaira. Hmm ibu tak pastilah, tapi kalau yang ibu ingat, waktu Ustaz Ghazali ajar feqh dulu, dia kata boleh sahaja bukan Islam masuk masjid. Tapi tak tahulah, kena tanya pihak masjid dahulu. Tak apa lah nanti ibu tanyakan kat orang masjid, jawab makcik Limah. Alice hanya melihat Humaira dan ibunya berbual. Perutnya sudah mulai lapar, lauk pauk serta nasih sudah tersedia di atas meja makan. Ira, makcik, jomlah makan, perut Alice dah berbunyi ni, kata Alice sambil menepuk-nepuk perutnya. Haah Ira, kasihan Alice, lapar sangat tu, jawab makcik Limah. Haah kasihan dia, lepas ni berjoget pula lah agaknya perut dia tu. Hehehe, Humara bergurau. Makcik Limah dan Alice ketawa mendengar gurauan Humaira. 

 By nk mtk maaf sgt sbb xdpt truskan m'update novel ni .By pn dpt scara on9 & xhbis baca lg.Maaf sgt2 kt kwn2 yg follow utk bce novel nie ... asif jiddan :'( .Nnti beli la ea novel nie ,(^^)