. . .بسم الله الرحمن الرحيم

Sunday, 26 February 2012

.:: Luka Dan Pengorbanan ::.



PENGORBANAN  . . 

Kenapa perlu ada air mata menangisi sebuah pengorbanan . .

Andai pengorbanan itu lahir dr hati sendiri tanpa dipaksa . .

Kenapa perlu ada air mata menangisi sebuah pengorbanan . .

Andai pengorbanan itu demi kebahagiaan orang tersayang . .

Kenapa perlu ada air mata menangisi sebuah pengorbanan . .

Andai hati ikhlas berjihad berkorban kerana ALLAH SWT . .

Kenapa perlu ada air mata menangisi sebuah pengorbanan . .

Andai diri yakin tersembunyi sebuah hikmah kurniaan ILAHI . .

Kenapa perlu ada air mata menangisi sebuah pengorbanan . .

Andai di hadapanya terbentang seribu kebahagiaan . .

( Sesungguhnya Allah sangat mencintai orang-orang yang selalu ingin membahagiakan orang lain dengan apa yang dimilikinya )


~ LA TAHZAN  ~


Ruby: 12'20am





Friday, 24 February 2012

.:: Srikandi Cinta Nan Suci ::.


Engkau bermula dengan sengsara
Dalam mencari bahagia
Terasa bagai baying-bayang
Gelap walau di suluh cahaya
Pepasir pantai pun berubah
Pabila hakikat melanda
Ketenangan yang kau cari
Terpancar di lorong sufi
Kau hias rumah kasih abadi
Serik menghiasi singgahsanamu
Kau berjaya merubah segala
Kasih semalam menjadi esok
Kelunakan tangisan kasihmu
Dalam simpuhan ketaatan
Bagi mengharapkan keredhaan
Dari mu Tuhan pencipta alam
Rabiatul Adawiyah
Serikandi yang tercipta
Sungguh agung pengabdianmu
Kau berjaya menjadi ikhtibar
Asmaramu dihampar suci
Pintalan dari awanan putih
Membuahkan titisan rahmat
Menyuburkan mawar yang layu
Namamu menjadi sanjungan
Ikutan ummah sepanjang zaman
Ayuh bersama kita susuri
Perjalanan kekasih Allah


 Dialah Rabiatul Adawiyah, ahli Sufi & Srikandi Cinta nan agung. Kekasihnya hanyalah Allah yg satu. Betapa agungnya cinta pd Allah yg satu & sanggup berkorban apa shj yg ada di dunia ini demi bertemu penciptaNYA . .

Thursday, 23 February 2012

.:: Hati Terluka ,Jiwa Merintih ::.




                   Kita terima Qada & Qadar ALLAH SWT ye . . . :)

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Demi Allah yang jiwaku di tangannya! Tidak Allah memutuskan sesuatu ketentuan bagi seorang mukmin melainkan ada kebaikan baginya dan tiada kebaikan itu kecuali bagi mukmin jika memperoleh kegembiraan, dia berterima kasih bererti kebaikan baginya. Jika ditimpa kesulitan dia bersabar bererti kebaikan baginya.”

 Disuarakan oleh bijak pandai: “Adalah lebih baik menjadi orang beriman yang diuji, daripada menjadi orang kafir yang turut sama diuji. Bukankah lebih baik menjadi orang yang sabar ketika diuji daripada menjadi orang pemarah sedang diuji.”

Firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya kami akan beri percubaan kepada kamu, sehingga kami buktikan orang yang bersungguh-sungguh dari antara kamu dan orang yang sabar dan hingga kami nyatakan hal kamu.” (Surah Muhammad, ayat 31)

Bersabarlah ! seperti firman ALLAH  yang bermaksud: “Hai orang beriman. Berlaku sabarlah. Sabarkan dan perteguhkan kekuatanmu dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beroleh kebahagiaan.” (Surah ali-Imran, ayat 200)

Berkata Junaid al-Baghdada katanya: “Bala adalah pelita bagi orang arif, menyedarkan orang murtad, memperbaiki orang mukmin dan menghancurkan orang yang lalai. Tidak seorang pun akan mendapat manisnya iman sebelum dia ditimpa bala, rela dan bersabar.”

Sabda Rasulullah SAW yang diriwayatkan Muslim yang bermaksud: “Sangat mengagumkan keadaan seorang Muslim kerana segala keadaannya serba baik dan tiada mungkin terjadi demikian kecuali bagi orang mukmin, jika mendapat nikmat dia bersyukur. Itu adalah kebaikan baginya dan bila mendapat kesusahan dia bersabar, itu kebaikan baginya.”

Golongan yang sabar sedar mengenai kemanisan, kepahitan dan penderitaan akan berkurang bahkan hilang lenyap berganti kegembiraan. Firman Allah yang bermaksud: “Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang yang sabar iaitu apabila kesusahan menimpa, mereka berkata; sesungguhnya kami ini milik Allah dan sesungguhnya kepada-Nya kami akan kembali.” (Surah al-Baqarah, ayat 155-156)

 


 WALLAHU'ALAM . .

Friday, 17 February 2012

.:: Relakan Perpisahan Itu ::.



Bibir tersenyum ,jiwa menangis .Inilah keadaan by skarang ni .Apa lg mampu by bwt ,andai ini lah suratan takdir yg tertulis utk by . .Janji yg tidak sempat dilaksanakan sepenuhnya ,terus dimungkiri .Sedangkan memungkiri janji itu merupakan satu dosa yg besar . .terlupakah dia ?
By tidak mengharap wang ringgit,by tidak mengharap harta bertimbun.Cuma by harapkan KESETIAAN antara satu sama lain.By mengharapkan kita menghargai hubungan yg ALLAH beri utk kita .Bukan kita MENGHANCURKAN hubungan ni demi kepuasan nafsu kita sendiri . .

KENAPA KITA DI UJI ? ? ? ?
Firman Allah SWT: "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan: "Kami telah beriman", sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta." (QS Al-Ankabut: 2~3)


AKU KECEWA YA ALLAH . . .
 Firman Allah SWT: "Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yang beriman." (QS Al-Imran: 139)


BAGAIMANA UNTUK KITA HADAPI SEMUA INI ? ? ? ?
Firman Allah SWT: "Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaran dan perteguhkanlah kekuatanmu serta patuhlah kamu kepada Allah supaya, kamu beruntung (mencapai kemenangan)." (QS Al-Imran: 200)
Firman Allah SWT lagi: "Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk" (QS Al-Baqarah: 45)


APA HIKMAH DARI SEMUA INI YA ALLAH . . .
 Firman Allah SWT: "Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri, harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka..." (QS At-Taubah: 111)


PADA SIAPA AKU PERLU BERGANTUNG ? ? ? ?
 Firman Allah SWT: "...Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari-Nya. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal dan Dia memiliki Arasy yang agung." (QS At-Taubah: 129)


AKU TAK MAMPU BERTAHAN LAGI YA ALLAH . . .
 Firman Allah SWT: "... ..dan janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah melainkan kaum yang kafir." (QS Yusuf: 12)

Kadang-kadang sebelum kita dapat menikmati sebuah KEBAHAGIAAN ,ada air mata yang menitis menangisi sebuah DUGAAN . .la tahzan ya ukhti ^^

Thursday, 16 February 2012

.:: Sehari Bersama Yusof ::.



Assalamualaikum wbt . .ce teka ,spe ni ? ha . .ni la spupu baru ,esh.,asyik dpt spupu baru je ni ,nk adik bru bleh ummi ? ?hehe . .nama dia ni Yusof ,apa perasaan Yusof bila dpt msuk blog kak Ruby ni ? ? mesti bangga kan ? haha :) 



Adu . .budak ni xleh duk diam lah . .olo ,olo ,eh ? ? patut pn  xleh duk diam ,time ni dia tngh gatal kt belakang bdn dia rupanya .Tugas by pe lg,garu lah . .haha . .yg kt belakang 2 nama dia Haida Dinie .Adikku yg bongsu ,by ngn aida ni 1 kepala je sbenarnya .Tambah2 lg hal b'kaitan kucing.hehe ..Tp bila dh over' 2,pham2 lah,confirm kena marah .huhu :)


Ha . jgn pelik plak tgk gmbar ni,xde la romantik sgt kan ?Yusof jgn risau ek ,kak xkan bwt apa2  kat Yusof ni .Yusof pn xbaligh lagi .. hehehe :)


Adik by punyer pasal la ni ,npe la dia bg c yusof ni pegang fon by ni ? tgk ,kan yusof dh nk mkan benda  ni.Jangan yusof . .jangan . .meh cni fon ni .eh3 ,bdk ni :)

Akhirnya . .yusof dh letih b'men .Sekarang dia nak kt mama dia plak . .by pn dh letih sebenarnya dukung dia ni . .ok ,jom msuk dlm rmah ! comel kan Yusof ? kan ? kan ? :)



 



























.:: Dugaan Untuk Kita ::.




Orang cakap kalau nak kenal CINTA ,senang je .Masa kita sedih ,kt spe kita nak luah ? masa kita gembira ,dengan spe kita nak kongsi ? bek & buruk kita,ngn spe kita nk critakan ?ha . . kalau org tu org yg sama ,itulah CINTA kita . Tapi mgkin kita keliru kan ?mgkin kita ni hnya sahabat ,tp ,kadang2,dr persahabatanlah t'jdinya percintaan.btul x ?Lebih2 lg ,kita xsnggup kehilangan si dia . .

Lumrah manusia . .bila ada yg baru ,bila ada yg lebih bek dr yg dulu ,kita mudah meninggalkan yang lama.Maklumlah ,spe xnk yg baru kan ?msti dh jemu ngn yg lama kan ?hehe ..itulah mnusia ,bila smua itu hilang ,hem ..pham2 lah kan.Kadang2 kita xsedar ,ALLAH  nk uji kita dgn kehadiran insan lain ,utk apa ? utk menilai adakah kita m'hargai hubungan yg ALLAH bagi sebelum ini.Untuk melihat adakah kita bersyukur dgn kasih sayang kurnian ILAHI sblm ini. .mgkin kita xsedar kan ? ? ?
Haa . .masa ni lah nk tunjuknya bahwa Adam mulai lemah dgn godaan .Jgn tamak wahai Adam ,berilah hati kamu utk seorg Hawa shj.knpa sy b'ckp cmni ?sbb INSYALLAH ,kamu akn akn m'dpat balasan yg sama dr wanita.Spe yg xnk kalau kita satu-satunya org yg b'tahta di Hati pasangan kita kan ? Lelaki perlu tahu ,setitik air mata wanita jatuh disebabkan dia ,100x sebatan dr tulang rusuk wanita itu sndri akan dia dpt di akhirat nnti.Tidak takutkah kamu wahai Adam ? ?

Tolonglah kami wahai Adam ,jangan biarkan air mata kami mengalir kernamu .sebab kami cuba menyimpan air mata kami utk menyesali dosa-dosa yang pernah kami lakukan . .

Ketika kamu mengambil keputusan untuk pergi bersama yg lain ,apa lg mampu kami bwt wahai Adam ? Sedar x kamu wahai Adam ,kami cuba memdampingimu utk jdikan kamu seorg lelaki yg bek ,seorg suami yg bek & seorg ayah yg bek . .tapi kamu mudah ,mudah melupakan kami dgn mengejar nikmat dunia . .( saat kamu pergi bersama org lain ,ak redha .ak berdoa memohon petunjuk & dengan kuasa ALLAH ,pada hari yg sama,pd waktu yg sama,kamu mula gelisah memikirkan kesilapanmu meninggalkanku  . .

Kamu tw apa yg ak rsa bila ak tw bhwa kamu gelisah disaatku menadah tangan memohon doa ? ALLAH SWT lebih penting darimu dlm hidupku ! Hanya DIA yg berkuasa menentukan segalanya ,DIA yg membuka pintu hatimu untukku ,bkan ak ,sbb ak rela kau pergi meninggalkanku . .& kau tw knpa ak menerimamu semula ?sbb ak yakin ,ALLAH hadirkan ak dlm hdupmu utk menjagamu & ak nk kita sedar ,mgkin ALLAH msh nk uji hubungan kita ini . .
~ Ku harap kita akan dipertemukan 1 hari nanti .Di mana ketika itu ,ak telah siap .Ak layak mendampingimu .Bukan hanya sekadar isteri ,tapi ibu kepada anak-anak kita .Jika tiada JODOH antara kita ,ak redha kau pergi .Krna . .segalanya belum termetrai ,segalanya belum disaksi ,Ku pasrah jika itu terjadi.Kerna . .biarlah tangis sebelum janji dimetrai ,bukannya setelah semuanya selesai .Ak mencari siapa yg ikhlas menemani ,siapa yg sanggup memberi ,siapa yg mampu menerima & siapa yg pasrah dan redha . . Andai jodoh ,INSYALLAH ,kitakan berbahagia ,meski HAYAT TIDAK SAMA . .Ak akan berusaha membahagiakanmu .Andai JODOH bukan milik kita.Pasti ada HIKMAH disebaliknya .Ak doakan kebahagiaanmu.Bermohonlah pada-NYA selalu,kerna hanya DIA yg akan mendengar isi hatimu ~ ~


Semoga kita dapat melalui segala DUGAAN UNTUK KITA selamanya . .
                                               

                                           
                                                                   KHAS UNTUK ASRUBAIRAYAMENSYA 

Tuesday, 15 November 2011

.:: REDHA IBU BAPAKU PENTING DALAM MEMILIHMU ::.


Kita sangat perlu kepada redha atau restu ibu bapa dalam semua perkara termasuk dalam membina rumah tangga. Redha ibu bapa amat penting kerana ia membekalkan kita keyakinan untuk melangkah ke alam perkahwinan. Dan untuk mendapat redha ibu bapa, kita perlu menjaga hati mereka. Bayangkan jika kita melangkah ke alam perkahwinan tanpa doa, restu atau redha ibu bapa, maka di hati kecil kita tidak akan ada keyakinan untuk menempuh alam yang baru itu.


Perkahwinan merupakan satu proses untuk menyempurnakan agama. Tetapi, adakah sempurna agama jika sesuatu perkahwinan itu tidak mendapat restu ibu bapa? Perkahwinan yang dibina atas dasar cinta semata-mata umumnya tidak akan kekal lama. Jika berkahwin semata-mata kerana cinta, cinta boleh luntur. Kalau disebabkan dorongan seksual, ia juga boleh berkurang. Kalau berkahwin kerana duit, ini juga mungkin satu hari tidak stabil. Begitu juga kalau sebab kecantikan, kecantikan akan pudar akhirnya. Sebab itu Nabi s.a.w. menekankan bahawa perkahwinan itu adalah untuk menyempurnakan agama. Tanda kita betul-betul beragama, kita berkahwin mengikut sunnah Nabi.


Dalam soal ini, ibu bapa umumnya lebih tahu menilai kesesuaian calon menantu kerana mereka melihat dari banyak aspek. Kesan yang jelas bagi perkahwinan yang tidak direstui ibu bapa adalah gagal mendapat keberkatan. Hilangnya keberkatan menyebabkan timbul masalah silih berganti dan timbul rasa tidak yakin dalam menghadapi masalah akibat tidak mendapat doa dan redha ibu bapa tadi. Jika ada restu ibu bapa, apabila menghadapi sesuatu masalah, kita rasa yakin boleh menyelesaikannya walaupun masalah itu nampak berat. Perkahwinan itu sesuatu yang membahagiakan tetapi tanpa redha ibu bapa maka lebih mudah berlaku huru-hara. Sebaliknya dengan keredhaan ibu bapa, perkahwinan terasa lebih menyeronokkan.


Kita sering membaca kisah rumah tangga yang porak-peranda dan berlaku cerai-berai. Kalau dikaji, di hujungnya kita akan dapati perkahwinan itu dulunya tidak mendapat keredhaan ibu bapa. Ada yang disebabkan telah berlaku perkara tidak elok sebelum kahwin maka ibu bapa terpaksa setuju mereka berkahwin walaupun hati kecil mereka tidak meredhainya.


Diam ibu bapa dengan pilihan jodoh anaknya mungkin menandakan mereka tidak bersetuju, cuma mereka tidak menyuarakannya secara terus-terang. Diamnya itu mungkin tanda tidak setuju dengan pilihan anak tetapi dia tidak kata tidak setuju sebab tidak mahu melukakan hati anak. Dalam hal ini, si anak hendaklah cuba memahami isi hati ibu bapa dan menjaga hati mereka. Walaupun diam ibu bapa mungkin juga menandakan mereka berfikir dan bersetuju tetapi si anak perlu bertanya secara berhemah untuk memastikan ibu bapa betul-betul merestui pilihannya. Lazimnya jika ibu bapa redha dengan pilihan anaknya, mereka akan iringi dengan nasihat dan kata-kata semangat.


Tetapi jika tiada respons atau hambar saja, anak kena pastikan betul-betul untuk menjaga hati mereka. Ada ibu bapa yang menuruti pilihan calon pasangan anaknya setelah didesak atau dipujuk walaupun hati kecil mereka tidak benar-benar meredhainya.Itu perlunya syura atau perbincangan. Tetapi apa yang berlaku hari ini adalah pertengkaran, bukan perbincangan. Pertengkaran tidak mendatangkan natijah yang baik. Banyak masalah yang nampaknya berat dan tidak boleh diselesaikan tetapi apabila dibawa berbincang, ia selesai akhirnya. Begitu juga dengan masalah pilihan calon pasangan.


Syura yang diadakan dalam keadaan hati bersih dan baik, insyaAllah natijahnya baik. Bukan ibu bapa saja perlu mendengar pandangan anak tapi anak juga perlu bersikap terbuka dalam mendengar pandangan ibu bapa. Sikap berterus-terang perlu ada dalam berbincang dan kalau perlu, si anak boleh meluahkan perasaannya. Hati ibu bapa tetap perlu dijaga sampai bila-bila walaupun seseorang itu sudah ada tanggungjawab lain dalam rumah tangga yang dibina. Bagi seorang wanita yang sudah berkahwin misalnya, tanggungjawab untuk mentaati suami tidak mengurangkan hak ibu bapanya untuk ditaati dan dijaga hati mereka.