Bismillahirahmanirrahim ,
Assalamualaikum wbt buat follower² & pembaca² Blog Cahaya Musim Bunga sekalian ,moga berada di bawah rahmat & perlindungan yang Esa .Terlebih dahulu saya mohon maaf kerana blog ni dah lama ‘hilang’ ,kalau tak silap lebih kurang 4 bulan kan ?Alhamdulillah ,di kesempatan ini saya akan menjawab persoalan² dari follower² sekalian ,blog ni tak hilang sebenarnya ,Cuma saya privacykan dari tontonan umum kerana saya sedang buat sedikit pengubahsuaian & saya sendiri tidak sempat untuk mengupdate apa² kisah & cerita untuk bacaan pembaca² sekalian.
Berkaitan novel islamik yang saya cuba karang beberapa bulan yang lepas ,saya mohon beribu kemaafan sebab saya tak dapat nak ‘go on’ dengan penulisannya atas sebab² peribadi yang tak dapat saya elakkan.Buat sahabat² rapat saya yang bertanya perkembangan novel tu ,& berminat untuk mengetahui kesudahan novel tersebut ,sekali lagi saya memohon beribu kemaafan .Saya hanya merancang tetapi DIA lebih berhak menentukan segalanya .Segala yang diatur oleh-NYA untuk saya kini betul² diluar jangkaan saya dimana watak² inspirasi saya tidak begitu memberi cukup idea untuk saya menyiapkan penulisan ini.Maaf ,maaf ,maaf ):
Alhamdulillah ,Alhamdulillah ,Alhamdulillah ,kini sudah menjelang tahun 2013 bersamaan 1434H ,umur pun makin meningkat la kan ? AMALAN ? DOSA ? yang tu ,boleh sama² fikir ,bagaimana cara meningkatkan amalan & mengurangkan dosa (:
Alhamdulillah ,azam tahun lepas ( 2012 ) sudah terlaksana dengan baik mengikut susunan dari-NYA ,penghijrahan pada tarikh 2 MEI 2012 cukup memberi seribu kenangan dalam diri .Walaupun pada permulaannya mendapat tentangan hebat ,kini ,DIA menganugerahkan KEMENANGAN buat diri dimana mereka semua sudah akur dengan keputusan diri.Bercakap tentang perubahan ,memang senang untuk berubah ,tetapi istiqamah untuk melaksanakan perubahan itu susah bila diri diuji dengan dugaan² dimana terkadang membuat diri tersungkur menyembah bumi .Menangis memohon simpati dari yang ESA .Siapa kata hidup tak selalu indah ?DIA akan memberi keindahan itu bila tiba waktunya .Bersyukurlah atas nikmat dugaan yang diberi kerana tanpa kita sedar ,kita makin dekat dengan-NYA ,makin rindu pada-NYA ,makin kasih & sayang pada-NYA ,& makin cinta pada-NYA walau tak pernah bersua zahir ..
Wallahulam ,Tabarakallah ...
-- RAws -- (^^)
Tweet

No comments:
Post a Comment