. . .بسم الله الرحمن الرحيم

Monday, 30 July 2012

.:: Gadis BerniQab ( Part 1 )



Assalamualaikum wbt :')

Terlebih dahulu by nk ucapkan setinggi-tinggi penghargaan untuk MOHD MASRI ,penulis novel bertajuk 'Gadis Berniqab' nie .Untuk sape2 yg mgkin xberpeluang memiliki novel nie ,InsyaALLAH ,by akan kongsi sedikit sebanyak kisah2 yg terkandung di dalamnya .Semoga dapat b'sabar menanti by utk m'update cite ni dr semasa ke semasa .Semoga ruang yg ada di bulan penuh mulia ini dapat kita penuhi dengan perkara2 yg berfaedah & bermanfaat utk diri kita .Wallahualam 。◕‿◕。


 Posted Image Toot! Toot. Telefon Nokia Humaira berbunyi. Satu nombor yang asing muncul di skrin telefon bimbitnya. �Isy, siapa pula yang call aku ni, pagi-pagi raya pulak tu,� Monolog Humaira sendirian di dalam hati. �Assalamualaikum WBT.� Humaira memulakan bicara. Talian terputus. Usai sahaja Humaira mengucap salam, pemanggil misteri itu terus menamatkan panggilan. Humaira terdiam seketika. �Ah, orang silap nombor agaknya,� rungut Humaira di dalam hati. Dia segera mengenakan anak tudungnya. Dengan berbaju kurung berwarna merah jambu, dan sedikit corak-corak bunga. Itulah baju pemberian Bukhari. Saat memakai baju kurung itu, Humaira terkedu seketika, kenangan-kenangan lampau bersama Bukhari kembali menerjah kotak fikirannya. �Isy, Ira, apa yang kamu menungkan pagi-pagi raya ni. Dah siap cepat, kita nak pergi masjid dah. Ke kamu nak duduk kat rumah sahaja pagi raya ni,� makcik Limah memanggil anak tunggalnya itu. Humaira tersedar dari lamunannya. Suara ibunya menghilangkan kenangan-kenangan yang cuba mengingatkan dia. �Isy, mestilah nak pergi masjid. Ira tengah bersiap ni ibu.� Humaira segera mencapai niqabnya. Niqab yang dia jahit sendiri. Inilah hari pertama dia menutup wajahnya. Malam tadi, dia meluahkan rasa hati kepada ibunya. �Ibu, Ira mahu pakai purdah,� itulah bait kata yang diluahkan Humaira kepada ibunya malam tadi seraya mereka tamat solat Isya� berjemaah di rumah. Ibunya terkejut. �Anakku mahu berpurdah?� Terus Humaira menunjukkan niqab yang sudah dia selesai jahit siang itu. Si ibu terdiam. Beliau mengusap kepala Humaira. Ibunya membisikkan �Semoga engkau istiqamah wahai anakku.� �Macam mana ibu, lawa tak Ira pakai niqab ni,� Humaira berkata kepada ibunya yang sudah bersiap mahu ke masjid. �Anak ibu sentiasa cantik,� jawab makcik Limah ringkas. �Dahlah tu, jom cepat pergi masjid. Tu kat masjid dah ramai orang, nanti penuh kena solat atas tar pulak.� Gesa makcik Limah kepada anaknya. �Jom ibu.� Kedua beranak ini berjalan ke masjid yang jaraknya hanya 300 meter sahaja dari rumah mereka. Sambil berjalan mereka bertakbir. الله اكبر الله اكبر الله اكبر، لا اله الا الله و الله اكبر، الله اكبر و لله الحمد Sampai di masjid, segenap ruang masjid sudah dipenuhi manusia. Laungan takbir bergema memenuhi ruang masjid. ***** Tamat sahaja khutbah, Humaira dan ibunya berkemas untuk pulang ke rumah. Perut yang kosong sudah mula berbunyi. Maklumlah, sebelum pergi ke masjid, mereka tidak menjamah apa-apa. Humaira memeriksa telefon bimbitnya. Tadi ketika solat raya, telefon bimbitnya bergetar. Nasib baik dia sudah men�set�kan telefonnya ke �silent mode�. Jika tidak sudah pasti ia mengganggu jemaah-jemaah lain yang sedang khusyuk bersolat. Humaira hairan, nombor yang sama seperti pagi tadi juga yang menghubunginya. Humaira terus berjalan pulang bersama ibunya. Sambil berjalan dia menaip mesej ke nombor yang asyik muncul di skrin telefonnya itu. �Aslm wbt. Boleh saya tahu siapa kamu?� SMS tidak berbalas. Humaira dan ibu nya terus berjalan dengan pantas. Perut mereka berdua sudah mula menari dan menyanyi. �Toot, Toot! Telefon bimbit Humaira berbunyi. Nombor misteri itu muncul kembali. Tapi kali ini ia mengisi ruangan kotak mesej Humaira. Humaira membuka mesej yang diterima. �Cuba kamu lihat di hadapan rumah kamu.� Humaira terus melihat ke arah rumahnya. Kelihatan seorang gadis yang sedang duduk di atas tangga batu rumahnya. Seolah-olah gadis itu sedang menanti kepulangan Humaira dan ibunya. Humaira melajukan langkah beliau. Ibunya tertinggal di belakang. Mak cik Limah kehairanan dengan tingkah laku Humaira. �Sakit perut agaknya, nak pergi tandaslah tu,� bisik mak cik Limah di dalam hatinya. Sampai di tangga rumahnya, Humaira seakan-akan tidak percaya. Hatinya berbunga-bunga. Gadis yang sedang duduk di tangga hanya melihat sahaja ke arah Humaira, seolah-olah tidak mengenali Humaira. Gadis itu bermata sepet, rambutnya perang, mungkin diwarnakan. Dengan pakaian yang ranggi, jaket yang seolah-olah sejenis sahaja dengan seluar jeans ketat yang dipakainya. �Alice!� jerit Humaira. Si gadis terkejut mendengar namanya dipanggil. Dia membuka mulutnya �Bagaimana kamu kenal saya?� �Isy, kamu dah tak kenal saya lagi ke, Ira lah. Humaira bte Mohd Syafie.� �Hah!� gadis bermata sepet terkejut. Dia seakan tidak percaya. Dia masih keliru, termanggu-manggu. Humaira memahami gusar di hati temannya itu. Terus Humaira menyingkap kain niqabnya. �Hah, ni sayalah, Humaira, tak percaya lagi?� Melihat sahaja wajah disebalik niqab itu, Alice terus melonjak keriangan. Dia terus memeluk Humaira. Dia seakan tidak percaya di hadapannya ini ialah Humaira, teman sekelasnya dahulu. �Isy, Alice, kenapa kamu datang tak bagitahu awal-awal. Nasib baik saya ada di rumah.� �Alah, Ira. Saya tahu, hari raya mesti kamu ada di rumah. Sebab tu saya datang.� Humaira tergelak kecil. Dia memanggil ibunya. Mak cik Limah terkejut dengan kehadiran Alice. Dia terus memeluk Alice. �Eh, Ira, ajaklah Alice tu naik, kasian dia, datang dari jauh tu.� �Jom Alice!� Pagi raya itu menjadi satu saat yang amat tidak disangka-sangka oleh Humaira. Alice, teman sepersekolahannya dahulu. Sudah 4 tahun tidak berjumpa. 5 tahun mereka sekelas. Duduk sebelah menyebelah. Tamat sahaja SPM, mereka terpisah. Alice mengikut ayahnya untuk tinggal di England. Tambahan pula dia melanjutkan pelajaran di sana. �Eh. Berapa lamu Alice cuti di Malaysia ini?� soal Humaira. �Kenapa, Ira tak sudi ke saya duduk di rumah kamu ni lama-lama.� �Eh, takdelah. Alice nak duduk setahun pun boleh.� Alice tergelak. �Kalau saya duduk setahun, siapa mahu jaga papa saya.� Alice menyambung lagi, �Mungkin dalam 3-4 hari Alice di sini. Papa pun ada di KL, dia ada urusan kerja sedikit.� �Ooo,� jawab Humaira pendek. Mereka berdua terus berbual dan berbual. Sambil membelek album-album lama mereka, melihat kenangan-kenangan mereka di sekolah dahulu. �Ira, Alice tanya satu soalan boleh?� Alice bersuara perlahan. �Boleh, kenapa pula tak boleh?� Humaira menjawab. �Kenapa Ira pakai kain tutup muka kamu waktu balik dari masjid tadi.� Humaira tersenyum, dia terdiam seketika, mungkin sedang mencari jawapan. �Kenapa, Alice tak sukakah saya pakai begitu?� �Eh, takdelah, Alice nak tahu sahaja.� �Entah, Ira selesa, Ira tak suka orang tengok wajah Ira, lebih-lebih lagi lelaki.� �Kenapa?� soal Alice. Humaira terdiam. Dia menyambung bicara, �Ira mahu orang menyukai Ira, kerana diri Ira, bukan kerana wajah Ira.� �Ooo,� Alice seakan terpegun. �Bukhari tau pasal ni?� Alice menyoal lagi. �Dia tiada kaitan lagi dengan hidup Ira. Sudah jangan sebut nama dia lagi,� Ira menjawab dengan nada yang sebak. Seolah-olah ada sesuatu yang menghimpit perasaan apabila nama Bukhari disebut. �Sorry, Ira. Alice tak ada niat nak sakitkan hati Ira.� �Never mind.� Mereka berdua terdiam. Nama Bukhari tadi seakan menganggu keseronokan yang baru sahaja mereka kecapi. �Congrats Ira,� tiba-tiba sahaja Alice memecahkan suasana yang sunyi. �Aik, kenapa pula Alice tiba-tiba ucap tahniah ni.� �Ya, tahniah kerana Ira telah menyembunyikan wajah jelita Ira dari pandangan lelaki.� �Apa maksud Alice. Kenapa perlu tahniah?� �Ira, Alice bangga dengan Ira. Ira dah tak macam dahulu. Dulu Ira sibuk nak wajah cantik, facial sana-sini, risau takut-takut lelaki tak terpikat dengan Ira. Alice suka Ira yang sekarang.� �Kenapa?� soal Ira lagi. �Iyelah. Ira dah tak macam perempuan lain. Tak perlu sibuk-sibuk nak make-up supaya boyfriend suka. Alice suka Ira macam sekarang.� �Ooo macam tu. Ira ingat Alice tak suka Ira pakai macam ni.� �Apa pulak tak suka, lawa, macam ninja perempuan,� Alice berseloroh. �Ooo, Alice ejek Ira ye, takpe, takpe,� Ira seakan merajuk. �Eleh, lawa sangatlah muka merajuk tu,� Alice berkata sambil menggeletek pinggang Humaira. Humaira ketawa kegelian. �Eh, jomlah makan. Ira dah laparlah.� �Jom,� jawab Alice. ***** Humaira baru sahaja usai menunaikan solat Zohor. Alice sedang duduk sambil memerhatikan Humaira berzikir selepas solat. Alice sedang membelek-belek niqab yang Humaira jahit sendiri itu. �Heh, kenapa Alice dok belek, nak pakai ke?� �Isy, mengarutlah Ira ni.� �Betulke Alice suka Ira tutup muka ni?� soal Humaira. �Mestilah suka. Bagi Alice Ira lah perempuan yang bebas, tak payah fikir macam mana nak puaskan mata lelaki yang dok sibuk nak tengok perempuan cantik.� �Heh, so, Alice tak sukalah ye lelaki tengok pipi Alice yang comel ni ye?� soal Humaira sambil mencubit pipi Alice. �Isy, sakitle Ira cubit. Mestilah saya tak suka. Lelaki ni tengok perempuan muka cantik sikit, mesti jadi macam singa tak makan sebulan.� �Hehe, lawaklah Alice ni. Habis tu, macam Ira ni, takde lelaki sukalah sebab Ira tutup muka,� Humaira menambah pula. Alice terdiam. �Betul jugakkan, takdelah lelaki yang suka Ira nanti,� rungut Alice pula. Humaira ketawa sahaja melihat telatah Alice. Tiba-tiba Alice bersuara: �Alah kalau lelaki jahat suka dok tenung muka perempuan cantik, mestilah yang suka perempuan macam Ira ni lelaki baik-baikkan. Betul tak Ira?� soal Alice. �Heh betul sangatlah tu.� Tiba-tiba telefon Nokia Humaira berbunyi. �Siapa tu Ira?� soal Alice. Humaira menatap nama yang terpapar di skrin telefonnya. �Huh, tak sudah-sudah mamat ni,� rungut Humaira di dalam hati. �Bukhari,� Humaira menjawab soalan Alice tadi. 

Bersambung ... -


Monday, 23 July 2012

.:: Inspirasi Hatiku , Perindu CinTa Abadi ::.



BY : ( mesej ummi ) ummi ,nk g konsert nie .... ngn kawan2 ,sume prempuan ,konsert dlm kampus je.
UMMI : ( reply ) nk g mana2 ,ingat sikit ,awak tu RABIATUL ADAWIAH ,jaga sikit ...
BY : nk g konsert nasyid je la ummi ... :')

Ingatan dr ummi ,RABIATUL ADAWIAH ,nama yg hampir sama dgn namaku Nurul Ruby'Atul Adawieyah ,berharap jugak diri ni boleh mencontohi keperibadiaan seorang sufi. Andainya diri boleh menjadi sepertinya ,tp ,diri ni hanya sekadar manusia biasa ,sering kali lalai dr mengingati-NYA ... ALLAHURABBI .. Dia wali ALLAH mencintai Rabbnya lebih dari segalanya .Keperibadiannya menjadi inspirasi hati , {^◕‿◕^



Rabiatul Adawiyah adalah seorang wali Allah yang mengabdikan dirinya kepada Allah. Kesabaran dan perjuangan harus dicontohi oleh wanita islam hari ini. Walaupun sejarah hidupnya bermula dari seorang wanita yang tidak mentaati Allah, akhirnya di memilih jalan sufi dalam mencari ketenangan hidup.

Kisah bermula pada zaman dahulu di mana kejahilan menyelebungi masyarakat arab kebanyakan sekolah agama telah ditutup. Ayah Rabiatul Adawiyah adalah guru agama tapi terpaksa menjadi pendayung sampan. Untuk menarik minat orang menaiki sampannya dia akan mendendangkan lagu yang merdu ketika mendayung sampan. Rabiatul Adawiyah sentiasa disamping ayahnya hinggalah dia dewasa, apabila ayahnya meninggal dunia. Dia menggantikan tempat ayah sebagai pendayung sampan dan mendendangkan lagu yang merdu. Mendengarkan suaranya yang merdu itu menarik hati seorang lelaki untuk membawanya untuk dipersembahkan kepada raja dan dia terpaksa berkhidmat untuk raja. Setiap hari dia menyanyi dan menuang arak kepada raja dan tetamu raja.

Suatu hari timbul kesedaran di hatinya merasa insaf dengan segala perbuatannya kerana kejahilannya itu sedangkan bapanya adalah seorang guru agama. Dari hari itu Rabiatul Adawiyah tidak mahu lagi menyanyi dan menuang arak. Dia sering duduk bersendirian berzikir kepada Allah. Dia juga diseksa oleh raja dengan kerja yang berat. Pernah suatu hari pengawal raja disuruh melepaskan ular dan kala jengking ke dalam bilik Rabiatul Adawiyah kerana raja tidak senang melihat dia sentiasa berzikir. Tetapi akhirnya ular tersebut menerkam pengawal raja. Rabiatul Adawiyah tetap tenang, walaupun dia tidak diberi makan dia tetap mampu menjalankan ibadat kepada Allah. Apabila raja mengintainya di dalam bilik, kelihatan dia sedang munajat memohon doa kepada Allah. di dalam kegelapan biliknya kelihatan cahaya yang menyuluh ke arahnya. Pada suatu malam raja bermimpi seorang tua datang dan mengatakan supaya melepaskan Rabiatul Adawiyah dan jangan lagi menyiksanya kemudia raja melihat Rabiatul Adawiyah berpakaian serba putih naik ke atas langit. Beliau terus ke bilik Rabiatul Adawiyah untuk melihat sama ada Rabiatul Adawiyah masih ada atau sudah pergi. Kelihatan Rabiatul Adawiyah masih berzikir dan berdoa.

Sampai habis tempoh masa Rabiatul berkhidmat dengan raja, akhirnya dia dilepaskan oleh raja. Rabiatul Adawiyah berterima kasih kepada raja dan tidak meminta apa-apa daripada raja walaupun raja memberi peluang kepadanya untuk meminta apa saja sebelum dia pergi. Apabila dia pulang ke kampungnya, rumah telah roboh dan penduduk kampungnya juga ramai yang telah berpindah. Dia meminta orang menyediakan sebuah pondok kecil untuknya. Pada suatu malam, seorang pencuri terpandang pondok Rabiatul Adawiyah lalu dia ingin pergi mencuri di situ. Ketika itu Rabiatul Adawiyah sedang solat. Dia tidak menjumpai apa-apa di dalam rumah Rabiatul Adawiyah melainkan sebiji tempayan. Lalu dia merasa kecewa dan ingin bunuh Rabiatul Adawiyah. Apabila dia mengeluarkan pisan dan ingin menikanm Rabiatul Adawiyah tiba-tiba dia menjadi keras dan pisaunya terjatuh. Rabiatul Adawiyah terkejut. Rabiatul mengatakan pada pencuri itu ambillah apa yang dia inginkan jika dia seorang pencuri tetapi mengapa ingin membunuhnya. Lalu dia menyuruh pencuri itu mengambil wudhuk dan bersolat serta memohon pada Allah apa yang dia inginkan. Lalu pencuri itu bersolat dan meinta pada Allah agar mendapat rezeki yang banyak supaya dia tidak perlu menjadi pencuri lagi.

Pada masa yang sama diluar kelihatan kereta kuda yang membawa banyak harta yang menuju ke arah pondok Rabiatul Adawiyah. Raja menghantar orang untuk memberi Rabiatul Adawiyah harta yang banyak. Apabila orang itu datang menemui Rabiatul Adawiyah kerana ingin menyerahkan harta itu, Rabiatul Adawiyah mengatakan dia tidak pernah meminta harta dari Allah tetapi orang disebelahnya yang memohon kepada Allah jadi berikanlah harta itu kepada orang yang memintanya. Pencuri itu gembira kerana mendapat harta dan dia membuat sebuah mahligai yang indah. Pada suatu hari ada seorang lelaki menemui pencuri itu dan bertanya bagaimana dia mendapat harta yang begitu banyak dalam sekelip mata. Dia pun menceritakan kisahnya kepada lelaki itu. Lelaki itu menjelaskan kepadanya bahawa wanita yang ditenuinya itu adalah wali Allah. Dia berasa terkejut dan menyesal kerana tidak berterima kasih kepada Rabiatul Adawiyah lalu dia ke pondok rabiatul Adawiyah untuk menemuinya. Ketika itu Rabiatul Adawiyah sedang nazak. Akhirnya Rabiatul Adawiyah pergi menemui kekasihnya.

Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa apabila mereka dibayangi-bayangi fikiran jahat (berbuat dosa) dari syaitan, mereka pun segera ingat kepada Allah, maka ketika itu juga mereka melihat (kesalahan-kesalahannya).

[Surah al-A'raf, ayat 201]

Tuhanku, tenggelamkan aku dalam cintaMu

Hingga tak ada sesuatupun yang menggangguku dalam jumpaMu
Tuhanku, bintang-gemintang berkelap-kelip
Manusia terlena dalam buai tidur lelap
Pintu-pintu istana pun telah rapat tertutup
Tuhanku, demikian malampun berlalu
Dan inilah siang datang menjelang
Aku menjadi resah gelisah
Apakah persembahan malamku Kau Terima
Hingga aku berhak mereguk bahagia
Ataukah itu Kau Tolak, hingga aku dihimpit duka,
Demi kemahakuasaan-Mu
Inilah yang akan selalu ku lakukan
Selama Kau Beri aku kehidupan
Demi kemanusiaan-Mu,
Andai Kau Usir aku dari pintuMu
Aku tak akan pergi berlalu
Karena cintaku padaMu sepenuh kalbu




Ya Allah, apa pun yang akan Engkau
Karuniakan kepadaku di dunia ini,
Berikanlah kepada musuh-musuhMu
Dan apa pun yang akan Engkau
Karuniakan kepadaku di akhirat nanti,
Berikanlah kepada sahabat-sahabatMu
Karena Engkau sendiri, cukuplah bagiku




Aku mengabdi kepada Tuhan
Bukan karena takut neraka
Bukan pula karena mengharap masuk surga
Tetapi aku mengabdi,
Karena cintaku padaNya
Ya Allah, jika aku menyembahMu
Karena takut neraka, bakarlah aku di dalamnya
Dan jika aku menyembahMu
Karena mengharap surga, campakkanlah aku darinya
Tetapi, jika aku menyembahMu
Demi Engkau semata,
Janganlah Engkau enggan memperlihatkan keindahan wajahMu
Yang abadi padaku



Ya Allah
Semua jerih payahku
Dan semua hasratku di antara segala
Kesenangan-kesenangan
Di dunia ini, adalah untuk mengingat Engkau
Dan di akhirat nanti, diantara segala kesenangan
Adalah untuk berjumpa denganMu
Begitu halnya dengan diriku
Seperti yang telah Kau katakana
Kini, perbuatlah seperti yang Engkau Kehendaki




Aku mencintaiMu dengan dua cinta
Cinta karena diriku dan cinta karena diriMu
Cinta karena diriku, adalah keadaan senantiasa mengingatMu
Cinta karena diriMu, adalah keadaanMu mengungkapkan tabir
Hingga Engkau ku lihat
Baik untuk ini maupun untuk itu
Pujian bukanlah bagiku
BagiMu pujian untuk semua itu




Buah hatiku, hanya Engkau yang kukasihi
Beri ampunlah pembuat dosa yang datang kehadiratMu
Engkaulah harapanku, kebahagiaan dan kesenanganku
Hatiku telah enggan mencintai selain dari Engkau




Hatiku tenteram dan damai jika aku diam sendiri
Ketika Kekasih bersamaku
CintaNya padaku tak pernah terbagi
Dan dengan benda yang fana selalu mengujiku
Kapan dapat kurenungi keindahanNya
Dia akan menjadi mihrabku
Dan rahasiaNya menjadi kiblatku
Bila aku mati karena cinta, sebelum terpuaskan
Akan tersiksa dan lukalah aku di dunia ini
O, penawar jiwaku
Hatiku adalah santapan yang tersaji bagi mauMu
Barulah jiwaku pulih jika telah bersatu dengan Mu
O, sukacita dan nyawaku, semoga kekallah
Jiwaku, Kaulah sumber hidupku
Dan dariMu jua birahiku berasal
Dari semua benda fana di dunia ini
Dariku telah tercerah
Hasratku adalah bersatu denganMu
Melabuhkan rindu




Sendiri daku bersama Cintaku
Waktu rahasia yang lebih lembut dari udara petang
Lintas dan penglihatan batin
Melimpahkan karunia atas doaku
Memahkotaiku, hingga enyahlah yang lain, sirna
Antara takjub atas keindahan dan keagunganNya
Dalam semerbak tiada tara
Aku berdiri dalam asyik-masyuk yang bisu
Ku saksikan yang datang dan pergi dalam kalbu
Lihat, dalam wajahNya
Tercampur segenap pesona dan karunia
Seluruh keindahan menyatu
Dalam wajahNya yang sempurna
Lihat Dia, yang akan berkata
“Tiada Tuhan selain Dia, dan Dialah Yang maha Mulia.”




Rasa riangku, rinduku, lindunganku,
Teman, penolong dan tujuanku,
Kaulah karibku, dan rindu padaMu
Meneguhkan daku
Apa bukan padaMu aku ini merindu
O, nyawa dan sahabatku
Aku remuk di rongga bumi ini
Telah banyak karunia Kau berikan
Telah banyak..
Namun tak ku butuh pahala
Pemberian ataupun pertolongan
CintaMu semata meliput
Rindu dan bahagiaku
Ia mengalir di mata kalbuku yang dahaga
Adapun di sisiMu aku telah tiada
Kau bikin dada kerontang ini meluas hijau
Kau adalah rasa riangku
Kau tegak dalam diriku
Jika aku telah memenuhiMu
O, rindu hatiku, aku pun bahagia

Wednesday, 18 July 2012

.:: Andai Ini Ramadhan Terakhirku ( Part 2 )



Nil itu menjadi kering oleh Mesirku yang mulai berubah ....

Hari berganti hari ... keadaan disini bagiku cukup tenang untukku ... tiada lagi gangguan yg selama ini sering menganggu rehatku .Kedengaran sayup2 surah Yassin dibaca ,begitu dekat & menyentuh hatiku .Aku kenal suara itu ,itu suara isteriku ,isteri yang selama ini sering menemaniku dikala susah mahupun senang ...

Kemunculan anak-anak di katilku  menyebabkan aku sedih .Tanpa sedar ,setitis air mata jatuh ke pipi ,baru aku tw ,inilah perasaan yg mungkin orang lain xkan pernah memahaminya.Bila diri sendiri tw ,masa yg ada hanya cukup untuk meninggalkan kenangan terakhir dariku & akan tetap tinggal menjadi memori terindah buat mereka ...

Makin banyak ubat ,makin sakit diri aku ni ...  .. letihnya diri ,ALLAH je tw ,sedih ,sakit ,perit ,segalanya aku dh rasa .. semoga ia menjadi kafarah atas segala dosa2ku ... 

Sedih ,ye ,memang sedih ... bila membayangkan aku akan tinggalkan segalanya yg pernah aku ada di dunia ini ...

Aku dijangka akan masuk bilik bedah pada awal syawal nanti .. dimana semua umat Islam bergembira menyambut Aidilfitri ,aku akan bertarung ngn nyawaku sendiri .Tiada lagi wajah riang keluargaku dapat ku tatap andai ini Ramadhan yang terakhir untukku ....

Bila semua kelengkapan masuk bilik bedah siap , & aku tidak merasa apa2 pn .. selain kegelapan yg menjadi temanku dikala ini ... tiada lagi suara2 ..semuanya sudah tiada ..

PERMULAAN SYAWAL :'(

Aku masih bernafas ... aku dimaklumkan bahwa doktor tidak berani amil risiko untuk membedahku .Jika diteruskan ,peluang untukku hidup terlalu nipis .Aku redha ,andai ini yang terbaik ,akan ku tempuhi hari2 mendatang dgn sabar .. Mungkin belum tiba saatnya lagi untuk aku kembali kepada-NYA ..

AJAL MAUT ALLAH YANG TENTUKAN ~~~

p/s : Kisah benar ,tiada rekaan wlw sedikit pun ,watak dlm cerita ini adalah separuh dr nyawa by sendiri ... semoga beliau terus tabah menghadapi dugaan hidup untuknya .. Sesungguhnya sakit itu kafarah dosa :')

THE END _ :)

Sunday, 15 July 2012

.:: Andai Ini Ramadhan Terakhirku ( Part 1 ) ::.



Kisah Sebenar yg menjadi memori buat diri .....

.......................................................................................................................................................

Hari demi hari berlalu begitu pantas .. tanpaku sedar ,perubahan diriku semakin ketara ...berat badanku kian susut.Ubat yg selama ini ku telan ,ku tenung lama ... sampai bila harusku telan semua ini ? tapi ,aku tw ,sakit ini kafarah dosa ... aku redha & pasrah ....

Semakin lama ,semakin sakit dadaku ini .. Asma yg ku alami sering kali 'menjengah' diri ni tanpa diminta ...duit yg keluargaku habiskan untuk ubat2ku tidak terkira banyaknya ... terasa diri ni menyusahkan mereka semua .. tapi apakan daya ..ALLAH je mampu m'balas budi mereka ....

Bila parah ,hospital tempat 'bercuti' untukku ,boleh dikatakan rumah ke 2 untukku ... ye ,memang sebelum ni aku dah tw penyakitku ... tapi 2 sebelum ,& sekarang ... aku xsangka ,akan jadi separah ini ... kenapa saat2 akhir baru disahkan semua ni ? ALLAHURABBI ... kenapa disaat bulan mulia RAMADHAN bakal menjelma & AIDILFITRI yg sepatutnya m'jadi hari yg bahagia untuk semua umat Islam bergembira menjadi hari yg begitu sedih buatku ? kenapa .....


Asma .. ye ,aku tw aku asma skarang nie ... tapi aku xsangka ,asma yg ku hidapi sejak b'tahun2 lamanya kini memberi impak besar dalam hidupku ... seperti sediakala aku telan ubat2 asmaku .. tapi kali nie .......

Penyakit asmaku makin parah ,aku xtw kenapa jadi camni ... & akhirnya keluarga membawaku ke Hospital besar ... tergiang-giang di telingaku kata2 dr saudara mara yg datang melawat 'dah cam nazak dah ni' .... kata-kata yg menyentap hati aku ....

Akhirnya .... aku terlantar di hospital ... Ramadhan pula bakal menjelang beberapa hari je lagi ... doktor2 sibuk memeriksa diriku .. m'buatkan diriku sedikit rimas ....


& Akhirnya ... keputusan sebenar penyakitku keluar ...

Aku menghidap KANSER DARAH .... darah merah (haemoglobin) kurang ,baruku tw ... rupanya ini punca ku asma ... & skrang darah putihku melebihi darah merah .. itu penyebab kanserku ... bila sebut kanser ... xtw cmne nk gambarkan perasaanku ... 1 yg aku pasti ,harapan untukku hidup xlama ...Ajal Maut Di Tangan Tuhan.... ni semua akan menjadi penyebab kematianku suatu hari nanti ...

....... bersambung ......

Wednesday, 11 July 2012

.:: Terimalah Diriku Kembali Bersamamu ::.



Hanya tinggal beberapa jam je lagi untuk tinggalkan bumi USIM nie ,cuti 2 bulan nie ,Insyallah ,akan dimanfaatkan dgn sebaiknya ....

Raut kebahagiaan dari wajah sahabat2 telah membuatku mengukir sedikit senyuman ,berbahagia
hanya untuk mereka ,bukan utk diri sendiri ...

Lantai sering m'jadi tempat utkku 'landing' ,tertidur sebentar selepas penat memikirkan cara utk selesaikan masalahku ... & paling m'buatku sesal bila t'paksa  menyusahkan kawan2 sekeliling utk menggangkatku ...bila sume nie akan berakhir ... bila ....

Sudah hampir genap 1bulan diri dipinggir insan tercinta ... tempat berpautku telah pergi membawa egonya sendiri ... tidak lagi menghiraukan diriku disini .. Allahurabbi ... sedihnya diri nie xtertahan lagi ...

Penguat semangatku hanya sahabat2 & ahli keluarga lain yg menyokong perjuanganku ... sedangkan yg aku harap utk memberi sokongan penuh adalah ibubapaku sendiri ... kenapa selepas diri nie berjanji utk istiqamah baru menentangku ... kenapa tidak dr awal lagi setelah aku menyuarakan niat utk berhijrah .. kenapa mesti menentangku wahai nyawaku .. sedangkan kamu lebih mengenaliku sejak aku wujud di dunia ini ....

4tahun aku menunggu utk btul2 m'dapat peluang 'berhijrah' ,4tahun wahai nyawaku ... tidakkah kamu tw tentang hal itu ? ye ,waktu tu belum sesuai utkku berhijrah ...kini ,aku telah dewasa ,boleh menilai baik&buruk ... salahkah aku cuba m'bawamu ke Jannah ? salahkah aku m'perbaiki diriku yg suatu saat nanti kepimpinanmu akan disoal dihadapan pencipta mu ? nyawaku ,andai dirimu xmampu memimpinku ,biarlah aku mencari cahaya ku sendiri .. Hidayah perlu dicari ,bukan datang bergolek ....

Usah menentang diriku lagi ... wlw apa pun yang terjadi ,darah yg mengalir dalam badan kita adalah dr darah yg sama ... pinggirlah aku ,buanglah aku ,sakitilah aku ,sbb sampai bila2 pn ,namamu tetap terpahat dlm doaku hingga akhir hayatku ...

Antara kamu duhai nyawaku @ ALLAH .. maafkan diri ni ... aku terpaksa menentangmu demi Tuhanku ... 2 pilihan yg terpaksa ku pilih .. menjadi anak derhaka @ mempermainkan hukum ALLAH ,aku lebih memilih utk m'bawamu ke Jannah-NYA ... biarlah sensaraku di dunia .. asal kebahagiaan akan dapat sama2 kita nikmati di SYURGA-NYA nanti...amin ..


~ YA ALLAH ,bukalah pintu hatinya utk terimaku kembali ke sisinya .....




Surat Al-Ahzab: 59


Hai Nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mu`min, Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka. Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak di ganggu. Dan Allah adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Wednesday, 11 April 2012

.:: Peringatan Untuk Anak Adam ::.


 Gempa berukuran 8.9 skala Richter melanda Semeuleu, Aceh. Gempa ini terjadi pada 03.38 petang waktu tempatan.

Amaran tsunami :

GEORGETOWN, PENANG: ESTIMATED TIME OF
TSUNAMI HITTING THE COAST AT 9.11PM

PORT DICKSON: ESTIMATED TIME OF TSUNAMI
HITTING THE COAST AT 2.10AM

SINGAPORE TSUNAMI ALERT: ESTIMATED TIME OF
TSUNAMI: 7.51AM TOMORROW

PLEASE ALERT ALL YOUR FAMILIES AND FRIENDS
WHO ARE STAYING ON WEST COAST OF MALAY PENINSULA.
---

9:11 - Oleh itu, jika mereka bertaubat (dari
kekufuran), dan mendirikan sembahyang serta memberi zakat, maka mereka itu adalah saudara
kamu yang seugama; dan Kami menjelaskan ayat-ayat keterangan Kami satu persatu bagi kaum yang
mahu mengetahui.

2:10 - Dalam hati mereka (golongan yang munafik
itu) terdapat penyakit (syak dan hasad dengki),
maka Allah tambahkan lagi penyakit itu kepada
mereka; dan mereka pula akan beroleh azab seksa
yang tidak terperi sakitnya, dengan sebab mereka
berdusta (dan mendustakan kebenaran).

7:51 - (Tuhan berfirman: Orang-orang kafir itu ialah) orang-orang yang menjadikan perkara-
perkara ugama mereka sebagai hiburan yang
melalaikan dan permainan, dan orang-orang yang telah terpedaya dengan kehidupan dunia (segala
kemewahannya dan kelazatannya). Oleh itu, pada
hari ini (hari kiamat), Kami lupakan (tidak hiraukan)
mereka sebagaimana mereka telah lupa (tidak
hiraukan persiapan-persipan untuk) menemui hari
mereka ini, dan juga kerana mereka selalu
mengingkari ayat-ayat keterangan Kami .

~ sebagai peringatan buat mereka yg lalai =(


Friday, 6 April 2012

♥ TERSURAT & TERSIRAT : LELAKI dan WANITA ♥



Wanita...
Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki.

Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.

Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri. Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.

Pernahkah kita lihat sebaliknya??
Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.

Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya . Bukankah ibu adalah seorang wanita ?

Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya , manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan
anak-anak.

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabk an terhadap 4 wanita :
1. ibunya ,
2. isterinya ,
3.anak perempuannya , dan
4. saudara perempuannya.

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini :
1. suaminya,
2. ayahnya,
3. anak lelakinya dan
4. saudara lelakinya .



Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja :
1. sembahyang 5 waktu
2. puasa di bulan Ramadhan
3. taat suaminya dan
4. menjaga kehormatannya .

Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.
Mas yaALLAH.. .sayangnya ALLAH pada wanita ....

Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki , tetapi ingatlah wahai lelaki...kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi
pemimpin...maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya. supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA..


p/s : sila share ilmu ini ,kerna ilmu ini datangnya dr ALLAH SWT . .