Assalamualaikum wbt :')
Terlebih dahulu by nk ucapkan setinggi-tinggi penghargaan untuk MOHD MASRI ,penulis novel bertajuk 'Gadis Berniqab' nie .Untuk sape2 yg mgkin xberpeluang memiliki novel nie ,InsyaALLAH ,by akan kongsi sedikit sebanyak kisah2 yg terkandung di dalamnya .Semoga dapat b'sabar menanti by utk m'update cite ni dr semasa ke semasa .Semoga ruang yg ada di bulan penuh mulia ini dapat kita penuhi dengan perkara2 yg berfaedah & bermanfaat utk diri kita .Wallahualam 。◕‿◕。
Toot! Toot. Telefon Nokia Humaira berbunyi. Satu nombor yang asing
muncul di skrin telefon bimbitnya. �Isy, siapa pula yang call aku ni,
pagi-pagi raya pulak tu,� Monolog Humaira sendirian di dalam hati.
�Assalamualaikum WBT.� Humaira memulakan bicara.
Talian terputus. Usai sahaja Humaira mengucap salam, pemanggil misteri
itu terus menamatkan panggilan. Humaira terdiam seketika.
�Ah, orang silap nombor agaknya,� rungut Humaira di dalam hati.
Dia segera mengenakan anak tudungnya. Dengan berbaju kurung berwarna
merah jambu, dan sedikit corak-corak bunga. Itulah baju pemberian
Bukhari. Saat memakai baju kurung itu, Humaira terkedu seketika,
kenangan-kenangan lampau bersama Bukhari kembali menerjah kotak
fikirannya.
�Isy, Ira, apa yang kamu menungkan pagi-pagi raya ni. Dah siap cepat,
kita nak pergi masjid dah. Ke kamu nak duduk kat rumah sahaja pagi raya
ni,� makcik Limah memanggil anak tunggalnya itu.
Humaira tersedar dari lamunannya. Suara ibunya menghilangkan
kenangan-kenangan yang cuba mengingatkan dia. �Isy, mestilah nak pergi
masjid. Ira tengah bersiap ni ibu.�
Humaira segera mencapai niqabnya. Niqab yang dia jahit sendiri. Inilah
hari pertama dia menutup wajahnya. Malam tadi, dia meluahkan rasa hati
kepada ibunya. �Ibu, Ira mahu pakai purdah,� itulah bait kata yang
diluahkan Humaira kepada ibunya malam tadi seraya mereka tamat solat
Isya� berjemaah di rumah.
Ibunya terkejut. �Anakku mahu berpurdah?�
Terus Humaira menunjukkan niqab yang sudah dia selesai jahit siang itu.
Si ibu terdiam. Beliau mengusap kepala Humaira. Ibunya membisikkan
�Semoga engkau istiqamah wahai anakku.�
�Macam mana ibu, lawa tak Ira pakai niqab ni,� Humaira berkata kepada
ibunya yang sudah bersiap mahu ke masjid.
�Anak ibu sentiasa cantik,� jawab makcik Limah ringkas.
�Dahlah tu, jom cepat pergi masjid. Tu kat masjid dah ramai orang, nanti
penuh kena solat atas tar pulak.� Gesa makcik Limah kepada anaknya.
�Jom ibu.�
Kedua beranak ini berjalan ke masjid yang jaraknya hanya 300 meter
sahaja dari rumah mereka. Sambil berjalan mereka bertakbir.
الله اكبر الله اكبر الله اكبر، لا اله الا الله و الله اكبر، الله اكبر و
لله الحمد
Sampai di masjid, segenap ruang masjid sudah dipenuhi manusia. Laungan
takbir bergema memenuhi ruang masjid.
*****
Tamat sahaja khutbah, Humaira dan ibunya berkemas untuk pulang ke rumah.
Perut yang kosong sudah mula berbunyi. Maklumlah, sebelum pergi ke
masjid, mereka tidak menjamah apa-apa.
Humaira memeriksa telefon bimbitnya. Tadi ketika solat raya, telefon
bimbitnya bergetar. Nasib baik dia sudah men�set�kan telefonnya ke
�silent mode�. Jika tidak sudah pasti ia mengganggu jemaah-jemaah lain
yang sedang khusyuk bersolat. Humaira hairan, nombor yang sama seperti
pagi tadi juga yang menghubunginya.
Humaira terus berjalan pulang bersama ibunya. Sambil berjalan dia menaip
mesej ke nombor yang asyik muncul di skrin telefonnya itu. �Aslm wbt.
Boleh saya tahu siapa kamu?�
SMS tidak berbalas. Humaira dan ibu nya terus berjalan dengan pantas.
Perut mereka berdua sudah mula menari dan menyanyi. �Toot, Toot! Telefon
bimbit Humaira berbunyi. Nombor misteri itu muncul kembali. Tapi kali
ini ia mengisi ruangan kotak mesej Humaira.
Humaira membuka mesej yang diterima. �Cuba kamu lihat di hadapan rumah
kamu.�
Humaira terus melihat ke arah rumahnya. Kelihatan seorang gadis yang
sedang duduk di atas tangga batu rumahnya. Seolah-olah gadis itu sedang
menanti kepulangan Humaira dan ibunya. Humaira melajukan langkah beliau.
Ibunya tertinggal di belakang. Mak cik Limah kehairanan dengan tingkah
laku Humaira. �Sakit perut agaknya, nak pergi tandaslah tu,� bisik mak
cik Limah di dalam hatinya.
Sampai di tangga rumahnya, Humaira seakan-akan tidak percaya. Hatinya
berbunga-bunga. Gadis yang sedang duduk di tangga hanya melihat sahaja
ke arah Humaira, seolah-olah tidak mengenali Humaira. Gadis itu bermata
sepet, rambutnya perang, mungkin diwarnakan. Dengan pakaian yang ranggi,
jaket yang seolah-olah sejenis sahaja dengan seluar jeans ketat yang
dipakainya.
�Alice!� jerit Humaira.
Si gadis terkejut mendengar namanya dipanggil. Dia membuka mulutnya
�Bagaimana kamu kenal saya?�
�Isy, kamu dah tak kenal saya lagi ke, Ira lah. Humaira bte Mohd
Syafie.�
�Hah!� gadis bermata sepet terkejut. Dia seakan tidak percaya. Dia masih
keliru, termanggu-manggu.
Humaira memahami gusar di hati temannya itu. Terus Humaira menyingkap
kain niqabnya. �Hah, ni sayalah, Humaira, tak percaya lagi?�
Melihat sahaja wajah disebalik niqab itu, Alice terus melonjak
keriangan. Dia terus memeluk Humaira. Dia seakan tidak percaya di
hadapannya ini ialah Humaira, teman sekelasnya dahulu.
�Isy, Alice, kenapa kamu datang tak bagitahu awal-awal. Nasib baik saya
ada di rumah.�
�Alah, Ira. Saya tahu, hari raya mesti kamu ada di rumah. Sebab tu saya
datang.�
Humaira tergelak kecil. Dia memanggil ibunya. Mak cik Limah terkejut
dengan kehadiran Alice. Dia terus memeluk Alice.
�Eh, Ira, ajaklah Alice tu naik, kasian dia, datang dari jauh tu.�
�Jom Alice!�
Pagi raya itu menjadi satu saat yang amat tidak disangka-sangka oleh
Humaira. Alice, teman sepersekolahannya dahulu. Sudah 4 tahun tidak
berjumpa. 5 tahun mereka sekelas. Duduk sebelah menyebelah. Tamat sahaja
SPM, mereka terpisah. Alice mengikut ayahnya untuk tinggal di England.
Tambahan pula dia melanjutkan pelajaran di sana.
�Eh. Berapa lamu Alice cuti di Malaysia ini?� soal Humaira.
�Kenapa, Ira tak sudi ke saya duduk di rumah kamu ni lama-lama.�
�Eh, takdelah. Alice nak duduk setahun pun boleh.�
Alice tergelak. �Kalau saya duduk setahun, siapa mahu jaga papa saya.�
Alice menyambung lagi, �Mungkin dalam 3-4 hari Alice di sini. Papa pun
ada di KL, dia ada urusan kerja sedikit.�
�Ooo,� jawab Humaira pendek.
Mereka berdua terus berbual dan berbual. Sambil membelek album-album
lama mereka, melihat kenangan-kenangan mereka di sekolah dahulu.
�Ira, Alice tanya satu soalan boleh?� Alice bersuara perlahan.
�Boleh, kenapa pula tak boleh?� Humaira menjawab.
�Kenapa Ira pakai kain tutup muka kamu waktu balik dari masjid tadi.�
Humaira tersenyum, dia terdiam seketika, mungkin sedang mencari jawapan.
�Kenapa, Alice tak sukakah saya pakai begitu?�
�Eh, takdelah, Alice nak tahu sahaja.�
�Entah, Ira selesa, Ira tak suka orang tengok wajah Ira, lebih-lebih
lagi lelaki.�
�Kenapa?� soal Alice.
Humaira terdiam. Dia menyambung bicara, �Ira mahu orang menyukai Ira,
kerana diri Ira, bukan kerana wajah Ira.�
�Ooo,� Alice seakan terpegun.
�Bukhari tau pasal ni?� Alice menyoal lagi.
�Dia tiada kaitan lagi dengan hidup Ira. Sudah jangan sebut nama dia
lagi,� Ira menjawab dengan nada yang sebak. Seolah-olah ada sesuatu yang
menghimpit perasaan apabila nama Bukhari disebut.
�Sorry, Ira. Alice tak ada niat nak sakitkan hati Ira.�
�Never mind.�
Mereka berdua terdiam. Nama Bukhari tadi seakan menganggu keseronokan
yang baru sahaja mereka kecapi.
�Congrats Ira,� tiba-tiba sahaja Alice memecahkan suasana yang sunyi.
�Aik, kenapa pula Alice tiba-tiba ucap tahniah ni.�
�Ya, tahniah kerana Ira telah menyembunyikan wajah jelita Ira dari
pandangan lelaki.�
�Apa maksud Alice. Kenapa perlu tahniah?�
�Ira, Alice bangga dengan Ira. Ira dah tak macam dahulu. Dulu Ira sibuk
nak wajah cantik, facial sana-sini, risau takut-takut lelaki tak
terpikat dengan Ira. Alice suka Ira yang sekarang.�
�Kenapa?� soal Ira lagi.
�Iyelah. Ira dah tak macam perempuan lain. Tak perlu sibuk-sibuk nak
make-up supaya boyfriend suka. Alice suka Ira macam sekarang.�
�Ooo macam tu. Ira ingat Alice tak suka Ira pakai macam ni.�
�Apa pulak tak suka, lawa, macam ninja perempuan,� Alice berseloroh.
�Ooo, Alice ejek Ira ye, takpe, takpe,� Ira seakan merajuk.
�Eleh, lawa sangatlah muka merajuk tu,� Alice berkata sambil menggeletek
pinggang Humaira.
Humaira ketawa kegelian. �Eh, jomlah makan. Ira dah laparlah.�
�Jom,� jawab Alice.
*****
Humaira baru sahaja usai menunaikan solat Zohor. Alice sedang duduk
sambil memerhatikan Humaira berzikir selepas solat. Alice sedang
membelek-belek niqab yang Humaira jahit sendiri itu.
�Heh, kenapa Alice dok belek, nak pakai ke?�
�Isy, mengarutlah Ira ni.�
�Betulke Alice suka Ira tutup muka ni?� soal Humaira.
�Mestilah suka. Bagi Alice Ira lah perempuan yang bebas, tak payah fikir
macam mana nak puaskan mata lelaki yang dok sibuk nak tengok perempuan
cantik.�
�Heh, so, Alice tak sukalah ye lelaki tengok pipi Alice yang comel ni
ye?� soal Humaira sambil mencubit pipi Alice.
�Isy, sakitle Ira cubit. Mestilah saya tak suka. Lelaki ni tengok
perempuan muka cantik sikit, mesti jadi macam singa tak makan sebulan.�
�Hehe, lawaklah Alice ni. Habis tu, macam Ira ni, takde lelaki sukalah
sebab Ira tutup muka,� Humaira menambah pula.
Alice terdiam. �Betul jugakkan, takdelah lelaki yang suka Ira nanti,�
rungut Alice pula.
Humaira ketawa sahaja melihat telatah Alice. Tiba-tiba Alice bersuara:
�Alah kalau lelaki jahat suka dok tenung muka perempuan cantik, mestilah
yang suka perempuan macam Ira ni lelaki baik-baikkan. Betul tak Ira?�
soal Alice.
�Heh betul sangatlah tu.�
Tiba-tiba telefon Nokia Humaira berbunyi.
�Siapa tu Ira?� soal Alice.
Humaira menatap nama yang terpapar di skrin telefonnya. �Huh, tak
sudah-sudah mamat ni,� rungut Humaira di dalam hati.
�Bukhari,� Humaira menjawab soalan Alice tadi.
Bersambung ... ◕ ‿-
No comments:
Post a Comment