. . .بسم الله الرحمن الرحيم

Monday, 30 July 2012

.:: Gadis BerniQab ( Part 2 ) ::.





Kenapa tak jawab telefon tu? Soal Alice lagi. Malas, Jawab Humaira ringkas. Pelik, terpacul perkataan itu dari mulut Alice. Humaira memandang ke arah wajah Alice. Lalu menyoalnya, Apa yang pelik? Alice mendiamkan diri. Heh, tak ada apa-apalah Ira. Eh Ira, petang ni Ira bawaklah Alice jalan-jalan keliling kampung ni. Boleh je, apa salahnya. Eh, Alice dekat UK ambil course apa ya? Alah Ira ni, takkan itu pun tak tahu. Ira lupalah. Alice belajar Comparative Religion di sana. Wah, menarik! Takdelah menarik sangat, tapi bestlah jugak. Hah Ira, Alice ada beberapa soalan ni, tentang agama Islam. Ira kena jawab soalan Alice ni. Kalau Ira tak nak jawab? Ira menyoal sambil tersengih. Ooo kalau Ira tak nak jawab, malam ni jugak Alice balik KL. Ala merajuklah pulak dia. Hah apa soalannya? Isy, kot ye pun sabarlah dulu. Tu kain sembahyang Ira tu. Tak lipat lagi. Nanti nampak mak Ira, mesti kena marah. Humaira terus mengemas sejadah yang digunakan untuk bersolat Zohor tadi. Ibunya, makcik Limah seorang yang pengemas. Pantang kalau dilihatnya barang-barang yang bersepah-sepah. Silap hari bulan boleh kena leter sampai ke malam kalau ada yang tak kemas. Hah, Ira dah kemas ni. Apa soalan Alice tu? Ok, hari tu dalam kelas, ada pensyarah Alice cakap Islam ni suka sangat rendah-rendahkan hak wanita. Lepas tu dia bagi contoh tentang harta pusaka.

 Dia kata anak lelaki akan dapat lebih dari anak perempuan. Betulke Ira macam tu, atau pensyarah tu yang tipu sebenarnya. Oo betullah apa yang pensyarah Alice cakapkan itu. Isy, Ira macam tak rasa apa-apa pun. Takkan Ira tak rasa yang Islam ni tak adil kat perempuan. Kenapa tak bagi sama rata sahaja. Isy tak adil betul. Humaira terdiam. Dia seolah memikirkan sesuatu. Dia sedang mencari jawapan kepada soalan Alice itu. Bukan mudah, silap jawab akan menambahkan kekusutan dan salah faham. Silap jawab, takut-takut mengubah hukum Allah pula. Alice merenung wajah Humaira. Perasaan menyesal timbul di hatinya. Kenapa perlu dia timbulkan soalan yang merencatkan kegembiraan pertemuan mereka ini. Ira, Alice minta maaf kalau soalan tadi buat Ira kecik hati. Alice tak ada niat apa-apapun. Eh, ok je. Takde marah pun. Hah pasal soalan Alice tu. Memang betulpun. Tapi, ketidakadilan tu terjadi sebab kesilapan manusia, bukan sebab undang-undang harta pusaka yang ada di dalam al-Quran tu. Apa maksud Ira? Okey, macam ni. Memang menurut Islam lelaki dapat hak lebih dalam harta pusaka. Tetapi Islam bukan hanya bagi harta yang lebih, bahkan Islam letakkan tanggungjawab yang lebih kepada anak lelaki. Contohnya? Alice menyoal lagi. Hah tu yang Alice kena faham. Dalam Islam lelaki yang bertanggungjawab sara keluarga. Anak lelaki yang wajib bagi nafkah dari segi wang, harta kepada ibu bapa bila mereka dah tua. Lagipun, kalau ada kakak atau adik perempuan yang belum berkahwin, mereka semua bawah tanggungjawab anak lelaki tadi. Hatta kalau kakak atau adik perempuan tu dah umur 25 tahun, anak dara lagi, belum kahwin dan dia tak nak pulak kerja. Maka wajib si anak lelaki tadi sara hidup saudara perempuan dia tu. Sebab dalam Islam bukan jadi kewajipan pada perempuan untuk cari harta dan duit. Tu kerja lelaki, 

Humaira menerangkan dengan panjang lebar. Alice kelihatan sedikit terlopong. Humaira hanya tergelak sahaja melihat reaksi Alice itu. Bukan tu sahaja, lelaki juga kena tanggung anak-anak dia, isteri dia lagi. Walaupun seorang isteri tu kaya atau berkerja. Si suami tetap wajib tanggung perbelanjaan seharian mereka. Walaupun si suami bergaji kecil dan si isteri dia ni ahli korporat yang gaji berpuluh ribu. Ooo, macam tu rupanya. Jadi, masalah yang timbul sekarang bukan pada undang-undang yang Islam ajar. Masalah dia ada pada sebahagian orang Islam. Bila sampai part harta pusaka, semua dok bising nak bahagi ikut undang-undang Islam, tapi bila sampai kepada tanggungjawab kepada keluarga, semua lepas tangan. Tu yang menyebabkan jadi tak adil, dan perempuan rasa ditindas. Kalau begitu, yang patut kita salahkan orang Islam lah, bukan agama Islam. Betul tak Ira? Hah betullah tu. Tak ada ke undang-undang yang boleh pastikan waris-waris harta pusaka tu jalankan tanggungjawab masing-masing? soal Alice lagi. Entah, Ira pun tak pastilah Alice. Ira ni bukan pandai sangat bab-bab ni. Isy, Ira pandai apa. Dah kuranglah sikit soalan Alice pasal Islam lepas Ira jawab tadi. Nanti balik UK, bolehlah Alice cakap macam Ira jawab tadi kat pensyarah Alice. Hehhe. Hah kata tadi ada banyak soalan? Ni baru satu je. Memang banyak pun, takpelah, nanti-nantilah, lagipun Alice nak duduk sini bukan sehari je. Banyak masa lagi. Hah, Ira jangan lupa ye. Petang ni bawak Alice jalan-jalan kat kampung ni. Iye, Ira tak lupanya. Ok, Alice ngantuklah, Alice tidur kejap ye. Nanti bila dah nak petang, Ira kejutlah Alice ye. Ok, jawab Humaira pendek. 

***** Kedengaran azan Asar berkumandang. Humaira segera mengejutkan Alice. Lagipun selepas Asar nanti dia mahu membawa Alice melihat orang kampungnya yang akan menyembelih dua ekor kambing untuk dijadikan korban. Alice, Alice bangun. Dah petang ni. Isy Ira ni, kacau betullah. Tak puas tidur lagilah. Penat perjalanan dari UK tak hilang lagi. Heh jangan ngada-ngada. Tadi kata nak jalan-jalan kat kampung ni. Mana tahu ada mamat kampung ni terpikat kat Alice ke, seloroh Humaira. Huih, apalak diaorang terpikat kat Alice, diaorang jatuh hati kat Ira le. Bukan senang nak jumpa ninja perempuan kat kampung ni, jawab Alice sambil ketawa. Dahlah tu, pergi mandi. Lepas Ira selesai solat Asar ni kita keluar. **** Usai solat Asar. Humaira dan Alice pun bergerak keluar. Tiba-tiba Alice memanggil Humaira. Ira, kamu lupa satu benda lah? Apa dia? Ni, takkan kamu nak bagi lelaki tengok pipi kamu yang gebu itu, jawab Alice sambil tangannya melambai-lambai dengan niqab berwarna merah jambu itu. Hah, Ya Allah, terlupa pulak aku nak pakai niqab ni, bisik Humairah ke dalam hatinya. Hai Ira, macam mana boleh lupa ni. Ingat kat siapa tu? Heheh. Alah dah terlupa nak buat macam mana. Lagipun Ira baru je mula pakai niqab, so kadang-kadang terlupalah. Kan Tun Dr Mahathir pernah cakap Melayu muda lupa. Heheh. Loyar buruk pulak budak ni, jawab Alice. Jom Alice, Ira nak tunjuk satu benda best. Apa benda yang best sangat tu? Alah ikut jele. Mereka berdua segera turun dari rumah. Humaira membawa Alice menaiki basikal LeRun nya. Alice duduk membonceng di belakang. Isy, Ira slow-slow lah sikit. Kang terjatuh dalam sungai ni pulak, rungut Alice ketika basikal mereka melalui sebatang jambatan kayu yang merentasi sebatang anak sungai. Hahaha, Alice ni penakut lah jugak. Ingatkan dah biasa naik kapal terbang dah tak takut dah. Humaira terus memecut basikal LeRun nya sambil Alice memeluk erat rakannya, takut-takut terjatuh dari basikal. 

Sesekali pemuda-pemuda kampung yang sedang duduk-duduk di kedai kopi, bersiul dan mengusik-ngusik mereka. Mungkin terpegun dengan wajah Alice. Masakan tidak. Di sekolah dulu, Alice digelar sebagai Princess. Menjadi kegilaan ramai. Hatta pelajar-pelajar Melayu dan India pun ramai yang tertarik dengan keayuan wajahnya. Hah! Alice, kan aku dah kata ramai budak kampung ni nak ngorat kamu Alice. Huh, tak ingin aku, jawab Alice. Humaira hanya tergelak kecil. Akhirnya mereka tiba di destinasi yang dituju. Kelihatan ramai orang lelaki di situ. Kelihatan juga wanita-wanita kampung yang berusia. Mereka semua seolah-olah sedang mengerumuni sesuatu. Isy, tempat apa ni Ira. Apa yang menarik kat sini? Hah! Alice, kamu pernah dengar tak tentang ibadah korban? Pernah jugak, yang Alice tau nanti orang Islam akan sembelih lembu, kambing, ayam. Humaira tergelak. Isy, mana ada orang sembelih korban guna ayam. Lembu dengan kambing adalah. Hehe Alice main teka je. Manalah saya tahu. Hah dah jom kita pergi tengok orang tu sembelih kambing. Jom, jawab Alice. Tengok tu, pakcik tu tengah siap sedia nak sembelih kambingle tu. Eh mana kambingnya? Tu, dalam kandang tu, jawab Humaira sambil menunjukkan jari telunjuknya ke arah kandang kambing. Kelihatan seekor sahaja kambing yang belum disembelih. Isy, kenapa tak bawak je kesemua kambing tu keluar. Kan senang, tak payah ulang alik nak ambik kambing tu dari kandang, kata Alice. Hah, tu yang Alice kena tau. Islam ajar, kalau nak sembelih binatang, kita jangan takut-takutkan binatang-binatang tu. Janganlah pergi asah pisau depan haiwan yang nak disembelih. Apatah lagi nak biar haiwan-haiwan tu tengok kawan-kawan diorang kena sembelih. Cuba Alice bayangkan kalau Alice tengk Ira kena sembelih macam kat Iraq tu, terang Humaira. Isy, adake sampai cakap macam tu. Betul gakkan. Mesti takut kambing-kambing tu kalau tengok kawan-kawan dia kena sembelih. Dulu waktu zaman Nabi, ada seorang lelaki Islam pergi asah pisau depan binatang yang nak disembelih. Ira lupalak apa binatang tu kambing atau unta. Lepas tu Nabi Muhammad nampak. Nabi cakap kat lelaki tu, kau nak bunuh binatang ni dua kali ke. Oo macam tu. Isy dahlah. Jom tengok, kambing tu pun dah dibawak ke tempat sembelih. Kejap lagi kambing tu nak kena sembelihlah. Jom tengok. Bebarapa pemuda kampung itu sedang menumbangkan kambir biri-biri itu. Kepalanya diletakkan di atas satu tempat yang sudah digali lubang. Mungkin supaya darah kambing itu tak bersepah-sepah hingga mengotori kawasan sekitar. 

Seorang lelaki dalam lingkungan 60an mengeluarkan sebilah pisau yang kelihatan sedikit panjang daripada biasa. Mata pisaunya amat tajam. Mata kambing itu ditutup dengan kain. Mungkin bagi mengelakkan ia ketakutan melihat orang-orang disekelilingnya. Bismillah Allahuakbar, pakcik yang memegang pisau itu memulakan upacara penyembelihan. Pisau yang tajam itu terus diletakkan dileher kambing. Ia ditekan dengan lembut tapi dilakukan dengan agak pantas. Mungkin bagi mengurangkan kesakitan kambing itu. Darah merah memancut keluar. Iii, kasianlah kambing tu. Kenapa Alice? Yelah, tak sampai hati Alice tengok dia kena sembelih. Heh Alice, dah nama pun binatang. Kalau tak sembelih macam mana nak makan. Takkan nak campak kambing tu hidup-hidup dalam periuk. Hehe. Tapi macam menariklak Alice tengok cara orang tu sembelih tadi. Macam ada rule tertentu yang kena ikut. Teratur je. Mestilah Alice, cara nak masuk tandas pun Islam ajar. Takkan cara sembelih Islam tak ajar. Pemuda-pemuda kampung di situ segera menyiat kulit kambing yang sudah disembelih itu. Dalam masa tak sampai setengah jam, kambing itu sudah selesai dilapah. Masakan tidak, dengan tenaga kerja yang ramai. Cuma tinggal untuk dagingnya dipotong kecil-kecil sahaja supaya mudah dibahagikan kepada orang ramai. Kelihatan seorang pemuda yang berumur di dalam lingkungan 20an. Pemuda itu sederhana tinggi, dengan rambut yang nipis seperti rekrut tentera. Cuma yang memelikkan dia jika dibandingkan dengan pemuda-pemuda lain di situ ialah rupa parasnya. Dia seakan membiarkan sahaja janggutnya yang panjang sehingga ke dada tu. Ini membuatkan wajahnya seakan lebih tua. Cuma wajahnya yang masih menunjukkan usia muda dan tubuhnya yang kecil. Sedangkan pemuda-pemuda lain jika berjanggutpun, pasti sejemput sahaja. Dia sedang memotong daging-daging kambing itu sambil memasukkannya ke dalam plastik. Kelihatan kesan-kesan tompok darah di kemeja T putihnya. Masakan tidak sudah 3 ekor kambing disembelih. Pasti ada tompok-tompok darah pada daging yang melekat pada bajunya. Selepas itu, daging-daging tersebut ditimbang. Pemuda tadi menoleh ke arah Humaira dan Alice. Dia seakan terpaku. Dia melambai kepada Alice. Amoi, meh sini ambil daging ni. Free ma, tak payah bayar. Hah Alice, mamat tu panggi kamu ambil daging. Pergilah. Isy seganlah, saya sorang je Cina kat sini. Alah pergi jelah, dah dia panggil. Entah-entah dia minat kat Alice kot, seloroh Humaira. Alice terus pergi ke arah pemuda tersebut. Brother, bolehke saya ambil daging ni, saya bukan Islam le, soal Alice. Ambil jele, apa salahnya, orang Islam ke, bukan Islam ke, semua boleh ambil. Ke kamu tak makan kambing? Huh saya makan je apa yang boleh dimakan. Hah nah ambil dua bungkus, satu untuk kamu, satu untuk kawan kamu yang pakai purdah tu. O Thank you ye brother. Amoi! Hah tunggu kejap! Why? Heh, kawan kamu yang pakai purdah tu siapa, orang kampung ni ke? Oo brother minat kat dia ke, meh saya panggil dia nak tak. Eh jangan! Saya nak tahu je, segera pemuda itu memotong Alice sebelum sempat dia memanggil Humaira. Brother orang kampung ni kan, takkan tak tahu, dia tu anak tunggal makcik Limah yang duduk dekat hujung kampung tu. Ooo, pemuda itu seakan melopong. Hah okeylah brother, kawan saya dah ajak balik tu. Ok siye-siye. Ok, bye, jawab pemuda itu. Tanpa pemuda itu sedari, tukang sembelih tadi yang juga ayahnya memerhatikan sahaja dia berbual dengan Alice. Ayahnya datang ke arah dia. Heh, kau Mat, sempat lagi kau usha amoi tu ye? Heh mana ada ayah, bagi dia daging je. Haih bagi daging pun sampai 2 minit dia berdiri kat sini. Ke engkau berkenan kat dia? Isy, ayah ni mengarutlah. Takkan saya nak minat amoi tu. Heh apa salahnya. Hahaha, ayah pemuda itu berkata sambil tertawa. Humaira terus mengajak Alice untuk pulang. Jam tangan Alice menunjukkan jam 630 petang. Humaira mengayuh basikalnya perlahan-lahan. Hai slow pulak Ira bawak basikal. Tadi bukan main laju lagi dia. Yelah, tadi Ira takut tak sempat nak bawak Alice tengok orang sembelih korban, sebab tu bawak laju-laju. Kenapa, Alice nak Ira kayuh laju-laju ke, Ira on je. Heh taknak! Alice muda lagi, tak nak mati cepat, hehehe. Eh Alice, tadi apa yang kamu dok borak dengan mamat jaga daging tadi? Bukan main lama lagi. Heh, nape. Ira jeleske. Huih, tak ingin Ira nak jeles. Hehe, Alice tertawa kecil.


"Hah Ira, apa yang dok borak-borak kat bawah tu. Naik cepat, dah nak maghrib dah ni!" kedengaran suara makcik Milah memanggil Humaira yang sedang leka berbual-bual dengan Alice di halaman rumah. "Hah Alice, mak Ira dah panggil tu. Jom cepat naik. Lepas solat maghrib nanti boleh kita makan malam. Ira dah lapar ni." "Hah jom!," jawab Alice ringkas. Allahuakbar..Allahuakbar..Allahuakbar Allahuakbar Kedengaran suara azan dilaungkan dari masjid yang hanya 300 meter sahaja dari rumah Humaira. Kelihatan pakcik-pakcik tua di kampung itu sedang berjalan kaki ke arah masjid. Kanak-kanak yang kecil juga tidak terlepas untuk turut serta menunaikan solat fardhu di masjid. Humaira masih lagi di dalam bilik air. Makcik Milah sudah membebel-bebel di dapur. "Hah, tulah, tadi mak suruh naik cepat tak nak. Ni dah habis azan pun masih dalam bilik air." Humaira, walaupun berada di dalam bilik air, dia masih mampu mendengar suara leteran ibunya. Dia hanya tersenyum. Sudah lali dengan keadaan sebegitu. Dia segera mengelap tubuhnya dan keluar dari bilik air. "Hah, cepat sikit, kita nak solat jemaah ni. Ira jadi imam ye, ibu jadi makmum." "Ok," jawab Humaira pendek. "Hah Alice, tak mandi lagi ke, pergi mandi, lepas Ira habis solat, kita makan malam. Isy, takkan nak makan dengan bau kambing ni," kata Humaira kepada Alice sambil ketawa. "Yelah, yelah, Alice nak pergi mandilah ni." Alice terus mengambil tuala lalu masuk ke bilik air. Sayup-sayup kedengaran suara Humaira sedang mengalunkan surah al-Fatihah. Alice kenal bacaan itu. Itu suara Humaira. Sudah lama dia tidak mendengar Humaira membaca al-Quran. Di sekolah dahulu, dia sering menyuruh Humaira membacakan al-Quran untuknya. Alice suka. Macam mendengar satu alunan irama yang lembut, menenangkan jiwa. Apatah lagi dengan kelembutan suara sahabatnya Ira.

 ****** Kenangan di sekolah dahulu menerjah kembali ke dalam minda Alice. "Hah Ira, apa yang kamu dok hafal tu?" "Ira tengah hafal al-Quran lah." "Ooo, kenapa nak hafal al-Quran. Masuk dalam examke nanti?" soal Alice lagi. "Isy, tak adalah. Kalau Ira hafal al-Quran. Senang sikit nak solat. Boleh baca banyak-banyak surah." "Isy, surah tu apa? Surat Alice tau le." "Hish, Alice ni banyak betul lah soal, Alice pergilah Tanya ustazah Hamidah. Mesti dia jawab." "Alah Ira ni. Kedekutlah. Bagi jelah tahu." "Ok, ok. Ira main-main jelah, Takkan marah kot. Surah tu kalau kita nak translate dalam bahasa Inggeris maksud dia chapter. Alah macam dalam novel-novel kita belajar kat sekolah kan ada chapter." "Ooo, Ira bacalah. Alice nak dengar." "Ok, Ira baca surah Fatihah nak. Ni surah pertama dalam al-Quran." "Ok." ****** "Alice, apa yang lama sangat dalam bilik air tu." Alice tersedar dari lamunannya. Kenangan lalu disekolah bersama Humaira dahulu terus hilang. Cepat-cepat dia menyiram tubuhnya dengan air kolah yang sejuk itu. Tidak seperti dirumahnya. Kesejukan air tersebut membuatkan tubuh Alice menggigil. Segera dicapainya tuala dan mengelap tubuhnya. "Amboi, berangan ye. Orang dah habis solat pun dia still berendam lagi." "Mana ada le Ira ni, orang mandile tadi." "Hah yelah tu, entah-entah teringat kat cik abang siang tadi kot." "Huh, mengarutlah Ira ni, dahlah Alice nak pakai baju ni. Dah lapar." Makcik Milah dan Humaira sedang menyediakan makanan di dapur. Alice segera turun ke dapur apabila selesai memakai pakaian. Dia tidak mahu hanya melihat sahaja walaupun dia adalah tetamu di rumah ni. "Siapa yang masak semua ni makcik? Ira ke? Tak nampak pun dia masak?" "Heh dah tahu bertanya pula. Makciklah yang masak. Ira tu rindu sangat kat kamu. Dapat jumpa kamu manalah dia ingat nak masak ni." "Hehe, alah mak ni. Hari ni je Ira tak masak.

 Hari lain Ira yang masakkan." "Heh yelah tu. Hah dah lah tu, jom makan. Tadi kata lapar sangat," makcik Milah mencelah. "Haah Alice ni, dari petang tadi dia asik mengadu lapar je. Heheh." " Sedaplah sup kambing yang makcik buat ni," Alice bersuara. "Memang sedappun, kalau Ira yang buat tak tahulah sedap ke tak," jawab makcik Milah. "Isy mak ni, kalau Ira buat. Mestilah sedap, Ira kan anak mak. Mesti macam mak jugak." Toot..Toot..Toot. Telefon bimbit Humaira berbunyi. Humaira melihat ke arah skrin telefon bimbitnya. "Ah, dia lagi." "Siapa tu Ira, kenapa tak jawab?" "Huh, Bukhari. Tak habis-habis budak tu." "Apa lagi yang dia nak dengan kamu Ira?" soal makcik Milah lagi. "Entah, dari pagi tadi asyik call je. Ira tak angkat pun. Malas nak layan." Makcik Milah hanya membisu mendengar jawapan Humaira. Alice hanya memerhatikan sahaja reaksi Humaira dan makcik Milah. Persoalan timbul di benak Alice. Kenapa kedua-dua beranak ini seolah-olah membenci apabila nama Bukhari disebut. Kelihatan wajah Humaira sudah tidak seceria tadi. Nama Bukhari seolah-olah telah mencabut kegembiraan dan keceriaan. Alice bertekad, malam ini aku akan cuba dapatkan juga jawapannya dari Humaira. Usai makan malam. Mereka bertiga mengemaskan dapur. Tatkala melihat makcik Milah sudah tiada di dapur, Alice segera berbisik di telinga Humaira. "Kenapa Ira macam tak suka bila nama Bukhari disebut?" Humaira terdiam. Tangannya masih ligat menyusun pinggan makngkuk di raknya. Sambil Alice pula sedang membilas pinggan mangkuk yang ada di dalam sinki. "Ira benci dia." "Kenapa? Bukan dia boyfriend Ira ke?" "Tu dulu. Ira benci dia." "Kenapa?" Alice menyoal lagi. "Nantilah Ira bagitahu. Malam nanti kita cerita pasal ni, ok," Humaira menjawab perlahan. "Ok, tapi Alice tak paksa kalau Ira tak nak cerita." Kelihatan makcik Milah sudah bersiap sedia untuk bersolat Isya'. Dia sedang menunggu Humaira yang masih di dapur. "Dahlah tu Ira, lepas solat nanti sambunglah kemas dapur tu. Dah azan ni." "Hah Ira, kamu pergilah sembahyang. Biar saya habiskan kemas dapur ni." "Ok," jawab Ira pendek. Usai sahaja mengemaskan dapur, Alice segera ke ruang tengah, tempat makcik Milah dan Humaira sedang bersolat. Mereka masih sedang khushuk bersolat. Alice mencapai satu risalah yang dia nampak di rak tersebut. Tajuknya "Perkara-Perkara Yang Membatalkan Solat". Tiba-tiba matanya tertumpu kepada satu tajuk. "Batalnya Solat Dengan Lintasan Wanita, Keldai dan Anjing Hitam". Dia terpaku. Masakan sampai begini. Solat terbatal kerana wanita melintas di hadapan. Hatinya masih dapat menerima. tetapi, dia seakan tidak mempercayai apabila ia diletakkan sebaris dengan anjing hitam dan keldai. Sungguh hina! Alice terus membaca. Dia melihat satu potongan ayat yang berbunyi: "Shalat itu terputus dengan (lintasan) keldai, wanita (yang sudah baligh/dewasa) dan anjing hitam." Jiwa Alice memberontak, entah kenapa dia seakan marah. Masakan dia dapat menerima apabila wanita disamakan dengan keldai dan anjing hitam. Dia tidak sabar-sabar menunggu Humaira selesai dari solat. "Ah baik aku lupakan tentang Bukhari. Hal ini lebih penting untuk aku tanyakan kepada Humaira," bisik hati Alice. Humaira baru sahaja selesai solat. Dia berzikir perlahan-lahan. Hatinya masih bercampur baur. Geram dengan Bukhari yang tidak habis-habis mengganggunya. Sedih mengenangkan kisah lampunya bersama Bukhari. Dia menadah tangan, memohon kekuatan daripada Allah. Dia mengalunkan doa ini perlahan-lahan. "Ya Allah, sesungguhnya saya adalah hamba-Mu, puteri hamba lelaki dan perempuan Mu, , ubun-ubunku ada di Tangan-Mu, telah berlalu padaku hukum-Mu, adil pada ketentuan-Mu. Aku meminta kepada-Mu dengan seluruh Nama yang Engkau miliki, yang Engkau menamakannya untuk Diri-Mu atau yang Engkau ajarkan kepada seseorang dari makhluk-Mu atau yang Engkau turunkan dalam kitab-Mu atau yang Engkau simpan dalam ilmu ghaib yang ada di sisi-Mu. Jadikanlah Al-Qur`an sebagai musim bunga (penyejuk) hatiku dan cahaya dadaku, pengusir kesedihanku serta penghilang kegundahanku." Air matanya tidak henti-henti mengalir. Berat sungguh ujian mu Tuhan. Sekian lama aku cuba melupakannya, kenapa dia muncul lagi. Alice masih khusyuk membaca risalah itu. Hatinya tidak tenang. Nama Bukhari sudah luput dari ingatan. Dia mahukan penjelasan Humaira. Usai sahaja berdoa, Humaira terus mengemaskan telekung dan sejadahnya. Dia pergi ke arah Alice. "Hmm. Alice nak Ira cerita tentang Bukhari ye, baik Ira ceritakan sekarang, tapi jangan terkejut ye," Humaira bersuara sayu. "Ira, Alice rasa kita tangguhkan dulu cerita Bukhari tu. Alice ada soalan yang lebih penting, ok?" "Hmm boleh juga, apa yang penting sangat tu?" Alice memberikan risalah yang dia baca kepada Humaira. Dia terus bertanyakan kemusykilannya. "Hah, Alice tak sangka macam ni sekali Islam pandang wanita. Ira tengok ni. Jelas kat sini Nabi Muhammad samakan perempuan dengan anjing hitam dan keldai!" Alice bersuara keras sambil menunjukkan apa yang tertulis di dalam risalah itu. Dia bersuara lagi: "Ira, selama ini Alice tak percaya yang Islam pandang hina perempuan. Jawapan Ira siang tadi tentang harta pusaka amat baik. Tapi Alice tak tahu apa pula jawapan Ira kali ini. Alice tak nampak apa-apa lagi penjelasan kat sini.

" Humaira terus mengamati apa yang tertulis disitu. Hadithnya sahih. Tertulis di situ "Riwayat Muslim dalam Shahih-nya I/365/510, Abu Dawud, At-Tirmidzi, dan lain-lain. Adapun tambahan "al-haidh" maka disebutkan dalam riwayat Ahmad dan selainnya dengan sanad yang shahih.)" Humaira ligat memikirkan jawapan yang sesuai. Masakan dia mahu menolak apa yang tertulis di dalam hadith sahih. Nauzubillah! Benar! Dulu dia pernah keliru. Hampir-hampir dia bertegang urat dengan ustaz Ghazali, ustaz yang mengajar Feqh as-Sunnah dikampungnya. Tapi akhirnya dia tewas dengan jawapan ustaz tersebut. Tapi dia tidak fikir jawapan ustaz itu boleh menjawab persoalan Alice. Dia ligat memikirkan lagi jawapan yang sesuai. Alice memandang wajah Humaira. Dia tidak sabar-sabar menantikan jawapan Humaira. Tiba-tiba Humaira teringat satu diskusi tentang sifat-sifat Allah. Ketika itu Ustaz Ghazali, ustaz yang berusia 50 tahun itu sedang mengajar Tauhid al-Asma' wa as-Sifat. Beliau sedang membahaskan tentang sifat Yadd yang bermaksud tangan. Maka ketika itu, seorang pemuda, yang dalam lingkungan umur 22 tahun telah bertanyakan satu soalan. 

Pemuda itu berkata: "Jika ustaz menyatakan Allah mempunyai tangan, maksudnya ustaz telah menyamakan Allah dengan manusia. Saya ada tangan, ustaz pun ada tangan. Mana boleh Allah sama dengan makhluk." Kelihatan Ustaz Ghazali tenang sahaja. Beliau menjawab: "Untuk menyamakan sesuatu dengan sesuatu yang lain, ia memerlukan kepada isyaratnya ataupun dikenali sebagai adat at-tasybih. Seandainya saya nampak seekor lembu baru sahaja lalu dan saya kata lembu itu ada telinga. Dan keesokannya saya berkata bahawa kamu mempunyai telinga. Adakah itu bermakna kamu sama dengan lembu? Sudah pasti tidak. Maka begitulah dengan Allah, wa lillahi masalul a'la." Pemuda itu terpaku, lalu terus meninggalkan majlis ilmu tersebut. Humaira tersenyum. Dia sudah mendapatkan jawapannya. Kaedah jawapan Ustaz Ghazali itu boleh dia gunakan dalam situasi ini. Humaira terus melihat ke wajab Alice, dia berkata: "Rileklah Alice, janganlah garang-garang macam ni, takut Ira tau." "Mana boleh tak marah, Alice tak suka orang hina kaum perempuan." "Heh ok, ok. Hah Ira ada jawapannya. Tapi panjang sedikit. Ira akan buat analogi, dan Alice cuba kaitkan dengan apa yang Nabi Muhammad cakap tu." "Ok," jawab Alice cepat. "Hmm, Alice suka makan pisang tak?" soal Humaira. "Isy, apa kaitan pisang dengan kata-kata Nabi Muahammad tadi. Janganlah pusing-pusing." "Alah jawab jelah soalan Ira tadi." "Ok, Alice jawab. Ye, Alice suka makan pisang." "Ok, Alice agak-agak, monyet suka makan apa?" "Makan pisanglah," jawab Alice sambil berasa pelik dengan soalan Humaira itu. "Hah! Kalau macam tu Alice sama dengan monyetlah sebab Alice suka makan pisang." "Eh, apa pulak. Memanglah Alice suka makan pisang, tapi tak semestinya Alice macam monyet." "Heheh, janganlah marah. Gurau je." "Ok, kalau saya kata muka Alice cantik macam bulan Alice suka tak?" "Mestilah suka, siapa tak suka kena puji?" jawab Alice. "Ok, tapi bukankah bulan tu permukaan dia kasar, takkanlah muka Alice macam tu?" "Isy, apalah Ira ni. Mestilah orang kaitkan cantik dengan keadaan bulan purnama bila dilihat dari jauh." "Jadi, maksudnya, bila Ira kata muka Alice cantik macam bulan, bukan bermaksud Alice ni serupa betul-betul macam bulankan?" Humaira pula menyoal. "Hah betullah tu." "So, kita balik kembali pada kata-kata Nabi Muhammad tentang wanita, keldai dan anjing hitam." "Hah apa kaitan soalan-soalan tadi dengan kata-kata nabi tu?" "Jawapan-jawapan Alice tadi sebenarnya adalah penjelasan untuk persoalan wanita, keldai dan anjing hitam tu," terang Humaira. "Isy, Ira terangkanlah, Alice still tak dapat kaitkan dengan apa yang Alice cakapkan tadi. "Ok, ok. Macam ni walaupun diletakkan wanita tu satu ayat dengan keldai dan anjing hitam, itu tak menunjukkan bahawa taraf wanita sama dengan binatang-binatang tu." "Hmm," Alice mengeluh seolah-olah masih kurang faham dengan penjelasan Humaira. "Ok tadi Alice suka makan pisang, dan monyet pun suka makan pisang. Tapi persamaan tu hanya pada sifat suka makan pisang, bukan bermakna taraf Alice dengan monyet serupakan. Betul tak?" "Hah betullah tu," jawab Alice. "So, samalah macam hadith ni. Persamaan hanyalah pada keadaan di mana wanita yang sudah baligh, keldai dan anjing hitam jika melintas depan orang solat, maka solat orang itu akan batal. Ia tidak menunjukkan bahawa taraf wanita sama dengan haiwan tu. Kata-kata nabi ni hanya cerita tentang membatalkan solat. Tak bolehlah kita nak kaitkan ia dengan taraf wanita dan lain-lain." Kelihatan Alice masih menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. "Hah, takpelah kalau Alice tak faham sekarang, tapi cuba Alice kaitkan semua yang kita cerita tadi. Insya-Allah Alice akan faham." "Hmm, Alice dah faham sikit, cuma sukar sikitlah sebab nak kaitkan dengan apa yang kita cerita tadi." "Hmm, takpelah, perlahan-lahan. Elok jugak Alice tanya tadi." Alice hanya mengangguk. Humaira bersuara: "Sebenarnya, setiap apa yang kita baca akan ditafsirkan dengan pelbagai penafsiran. Macam tadi Alice faham ayat tu sebagai menghina perempuan, sedangkan Ira tak faham macam yang Alice faham. Macam tu jugaklah dengan isu-isu yang lain. Contohnya kalau isu aurat, kalau mereka yang sudah ada prejudis tentang Islam. Bila baca ayat tentang aurat, dia akan akan fikir Islam kongkong wanita. Tapi kalau orang lain, mungkin dia akan fikir yang menutup aurat ni lambang wanita yang bermaruah. So, setiap orang ada kefahaman dan tafsiran masing-masing." "Jadi?" soal Alice pendek. "So, kita kena berlaku adil. Bila kita baca sesuatu atau dengar sesuatu, kita kenalah faham sebagaimana yang orang yang bercakap atau menulis tu nak maksudkan. Jangan kita pergi palingkan kepada maksud yang lain." "Ooo, macam tu. Thank you Ira sebab terangkan kat Alice." "Heh tak payahlah nak thank you, thank you. Kita kan kawan." "Hah Ira, bila nak cerita tentang Bukhari, awal lagi ni. Baru pukul 10, takkan nak tidur kot. Ceritalah." "Heh ingatkan dah lupa dah cerita pasal Bukhari, okeylah Ira cerita sekarang." 

Bersambung .... heee (:

No comments:

Post a Comment